Monday 1 September 2014

[2 Gambar] Inspektor Polis Maut Terbabas

[2 Gambar] Inspektor Polis Maut Terbabas | Seorang Inspektor maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di Kilometer 33.7 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli dekat Gerik tengah hari tadi.
   
[2 Gambar] Inspektor Polis Maut Terbabas

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manab Beharum berkata kejadian berlaku pada pukul 12.15 tengah hari ketika Md Sairie Mat Daud, 32, yang menunggang motosikal jenis Honda CBR 1000 berkonvoi bersama enam rakannya.
   

Mangsa bertugas di Unit D6 (Operasi dan Integorasi) Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan disahkan meninggal dunia di Hospital Gerik.
   
"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar pembahagi jalan, " katanya. - Bernama

Assalamualaikum YDH Tan Sri Dato Sri,
Laporan Kemalangan Maut (Kes menarik melibatkan pegawai kanan polis)
1. No Rpt : Grk (T) Rpt 905/14
2. Tarikh : 30/08/14
3. Masa : 1215 hrs
4. Lokasi : KM 33.7 JRTB-Gerik-Jeli.
5. Sek. : 41(1) APJ 1987
6. Kend Terlibat :
K1-M/sikal berkuasa besar no JPS 242 jenis honda CBR 1000
7 )Mangsa :
M1- Md Sairie bin Mat Daud
(Penunggang m/sikal)
K/P Polis : G /17740
Alamat: Caw D4 IPD Johor Bahru Selatan,Johor .
Umur: 32 tahun
Kerja: Pegawai Kanan Polis
Keadaan:Meninggal dunia.
8)SIASATAN AWAL :
Kemalangan berlaku apabila penunggang m/sikal semasa berkonvoi bersama 6 m/sikal yang lain dari arah Gerik ke Jeli apabila tiba di tempat kejadian jalan selekoh menurun bukit gagal mengawal m/sikal lalu terbabas ke kiri,melanggar tembok simen pembahagi jalan sebelum terjatuh dan tercampak ketengah jalan. Mangsa dibawa ke hospital Gerik oleh pihak JPAM dan disahkan oleh doktor meninggal dunia pada jam 1425 hrs.
9) I.O kes : Insp Hasniza binti Che Ibrahim
Justifikasi : Kecuaian penunggang m/sikal

#Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan muslim yang beriman dan beramal soleh.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/inspektor-maut-akibat-kemalangan-1.312457

View the original article here

No comments:

Post a Comment