Monday 1 September 2014

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah | Siapa yang mampu bertahan bila termakan sesuatu yang bercampur dengan haiwan seperti cicak. Sebelum ini heboh kisah botol kicap dan cili yang tercemar dengan bangkai cicak, kali ini lain pula ceritanya.

Terkini seorang pesara sebuah syarikat pengangkutan terpaksa menerima rawatan di hospital akibat mengalami muntah dan cirit-birit selepas memakan roti bersama gula merah yang dipercayai tercemar dan mengandungi bangkai seekor cicak.

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah

Mangsa, Balakrishnan Apu, 60, berkata, dia membeli gula merah itu di sebuah kedai di Jalan Pasar, di sini kelmarin untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.

Menurutnya, selepas membuka bungkusan dan menyapu gula ke atas roti, dia terus memakan roti itu.


“Lepas makan sekeping roti, saya ambil sekeping lagi untuk dimakan dan ketika itu baru saya perasan ada bangkai seekor cicak di dalam bungkusan gula berkenaan,” katanya.

Balakrishnan berkata, terkejut dengan penemuan itu, dia segera memuntahkan roti yang dimakannya.

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah

Katanya, kira-kira satu jam kemudian, dia mengalami sakit perut dan terpaksa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

"Walaupun perkara itu memudaratkan kesihatan saya, namun saya tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan undang-undang.


“Apa yang saya mahu, syarikat pengeluar gula yang beroperasi di Perak itu dinasihatkan lebih berhati-hati supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.



sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/angkara-bangkai-cicak-dalam-gula-merah-1.312303

View the original article here

No comments:

Post a Comment