Monday 1 September 2014

6 Gambar Proton Compact Car

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car | Sempena hari kemerdekaan hari ini yang jatuh pada hujung minggu, website auto terkenal Paultan mengeluarkan 6 gambar terbaru Proton Compact Car yang direstui sendiri oleh pihak DRB/Proton dan bukannya gambar bocor seperti yang terjadi sebelum ini.

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car

Beberapa gambar menarik Proton Compact Car (PCC) disudut luaran dan dalaman memperlihatkan betapa Proton berusaha gigih untuk menjadikan model ini sebagai model mereka paling terbaik pernah dihasilkan. Ternyata design luaran dan dalaman PCC tidak mengecewakan.


Sebagai tambahan kepada design yang menarik, Proton juga menyatakan model terbaru mereka ini mempunyai ANCAP (Australasian New Car Assessment Program) sehingga 5 bintang. Jelas ia sesuatu tambahan yang terbaik buat Proton.

Interior Proton Compact Car

bagi interior pula, kami menyukai keseluruhan dashboard mereka. Bagi model highline, head unit touch screen dipertaruhkan disamping push start button.

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car

Apapun, kita nantikan sahaja pelancaran model terbaru ini yang dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat setelah keluarnya gambar rasmi ini. Semoga Proton berjaya.



sumber
http://paultan.org/2014/08/31/proton-compact-car-first-full-body-photo-released/

View the original article here

No comments:

Post a Comment