Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Bakal Lancar Pada 25 September

Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Bakal Lancar Pada 25 September | Proton Iriz (belum nama rasmi) telah melakukan media review keatas model mereka. Menerusi Metro dan Paul Tan Proton dilaporkan akan melancarkan model kompak serba barunya pada 25 September ini.

Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Lancar 25 September
Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Lancar 25 September

Nama sebenar model empat pintu yang ketika ini menggunakan kod Proton Compact Car (PCC) itu akan diumumkan pada majlis pelancarannya di kilang pemasangan model itu di Tanjung Malim, Perak.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, model dalam segmen B itu akan dibuka untuk tempahan bermula hujung minggu ini di semua bilik pameran dan jualan Proton seluruh negara.


“Kami ketika ini sedang menunggu kelulusan akhir mengenai harga daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



“Bagaimanapun, kami percaya harga yang bakal diketahui pembeli yang menempah kereta ini pada akhir minggu ini adalah harga yang berdaya saing,” katanya selepas taklimat mengenai mengenai model terbaru Proton di sini, hari ini.

Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Lancar 25 September

Model itu ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter VVT dengan beberapa ciri menarik yang dipadankan seperti sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem anti brek (ABS), kawalan kestabilan elektrik (ESC), sistem bantuan bukit, sistem tanpa kunci, pengagihan brek elektronik (EBD) dan sistem yang membuka kunci pintu secara automatik sekiranya berlaku kemalangan.

Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Lancar 25 September

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Protonlancarmodelkompak25Septini/Article?mutakhir
Paul Tan

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

4 Colour Menarik Untuk Proton Iriz

4 Colour Menarik Untuk Proton Iriz | Berikut merupakan render dari Theopilus Chin, seorang yang terkenal dilaman web Paul Tan mengenai "ilham rekaannya" sendiri tentang colour scheme yang bakal disarungkan ke atas kereta kompak terbaru Proton Iris (nama belum rasmi).

4 Colour Menarik Untuk Proton Iriz


Dari lakaran beliau, hasilnya memang sangat menyerlah dan menakjubkan.....Bagaimanapun masih ramai yang menantikan spesifikasi sebenar baik luaran mahupun dalaman kereta tersebut dari pihak Proton sendiri.


Menerusi komen pembaca di Paul Tan, ramai yang memberikan tanggapan positif tentang kereta terbaru Proton ini. Adakah ia mampu memecah monopoli Perodua serta kereta kompak lain yang telah ada dipasaran?


Apapun kita tunggu saja hingga tarikh pelancarannya nanti.

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car

sumber
http://paultan.org/2014/09/01/proton-iriz-compact-car-colours-rendered/



View the original article here

Monday, 1 September 2014

6 Gambar Proton Compact Car

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car | Sempena hari kemerdekaan hari ini yang jatuh pada hujung minggu, website auto terkenal Paultan mengeluarkan 6 gambar terbaru Proton Compact Car yang direstui sendiri oleh pihak DRB/Proton dan bukannya gambar bocor seperti yang terjadi sebelum ini.

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car

Beberapa gambar menarik Proton Compact Car (PCC) disudut luaran dan dalaman memperlihatkan betapa Proton berusaha gigih untuk menjadikan model ini sebagai model mereka paling terbaik pernah dihasilkan. Ternyata design luaran dan dalaman PCC tidak mengecewakan.


Sebagai tambahan kepada design yang menarik, Proton juga menyatakan model terbaru mereka ini mempunyai ANCAP (Australasian New Car Assessment Program) sehingga 5 bintang. Jelas ia sesuatu tambahan yang terbaik buat Proton.

Interior Proton Compact Car

bagi interior pula, kami menyukai keseluruhan dashboard mereka. Bagi model highline, head unit touch screen dipertaruhkan disamping push start button.

6 Gambar Terbaru Proton Compact Car

Apapun, kita nantikan sahaja pelancaran model terbaru ini yang dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat setelah keluarnya gambar rasmi ini. Semoga Proton berjaya.



sumber
http://paultan.org/2014/08/31/proton-compact-car-first-full-body-photo-released/

View the original article here