Monday 1 September 2014

[Gambar] Gagal Rompak Ambank, Perompak Maut Di Tembak

[Gambar] Gagal Rompak Ambank, Perompak Maut Di Tembak | Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Oleh Pak Guard Di Ambank Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang

[Gambar ] Gagal Rompak Ambank, Perompak Maut Di Tembak

Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Oleh Pak Guard Di Ambank Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang.

Seorang lelaki yang ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan ketika cuba merompak sebuah bank (dikatakan AmBank) di Jalan Sungai Dua di sini, semalam.

Sejumlah RM60,000 dipercayai dilarikan oleh lelaki berusia 30-an itu sebelum ini disyaki daripada kumpulan sama dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.


Pak guard yang sama juga pernah tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu dalam kejadian rompakan sebelum ini,

Thaiveegan berkata, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu dalam kejadian pada 11.17 pagi semalam.


"Pak guard yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek ketika perompak tersebut belum sempat berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Lelaki tersebut didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.


Pihak polis juga turut menemui Proton Saga yang dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Pak guard berusia 29 tahun itu menerima pujian dari Thaiveegan disebabkan kecekapan beliau bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan.

Sila (KLIK) untuk menonton video tersebut.

sumber
http://depalma-sp.blogspot.com/2014/08/perompak-bermisai-palsu-ditembak-mati.html


View the original article here

No comments:

Post a Comment