Showing posts with label PEROMPAK. Show all posts
Showing posts with label PEROMPAK. Show all posts

Monday, 3 November 2014

Video - Perompak Kejam Pukul Lelaki Sedang Tidur Hingga Mati


Insiden mengerikan menunjukkan manusia gila lakukan pembunuhan kejam tanpa belas kasihan. rakaman seorang pencuri yang masuk ke rumah dan, mendapati seorang lelaki tua yang tidur di atas katil.

Tanpa berkata apa-apa, penjenayah tersebut memukul beberapa kali di kepala orang tua itu dengan tongkat besi sampai mati.

            

View the original article here

Monday, 1 September 2014

[Gambar] Gagal Rompak Ambank, Perompak Maut Di Tembak

[Gambar] Gagal Rompak Ambank, Perompak Maut Di Tembak | Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Oleh Pak Guard Di Ambank Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang

[Gambar ] Gagal Rompak Ambank, Perompak Maut Di Tembak

Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Oleh Pak Guard Di Ambank Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang.

Seorang lelaki yang ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan ketika cuba merompak sebuah bank (dikatakan AmBank) di Jalan Sungai Dua di sini, semalam.

Sejumlah RM60,000 dipercayai dilarikan oleh lelaki berusia 30-an itu sebelum ini disyaki daripada kumpulan sama dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.


Pak guard yang sama juga pernah tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu dalam kejadian rompakan sebelum ini,

Thaiveegan berkata, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu dalam kejadian pada 11.17 pagi semalam.


"Pak guard yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek ketika perompak tersebut belum sempat berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Lelaki tersebut didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.


Pihak polis juga turut menemui Proton Saga yang dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Pak guard berusia 29 tahun itu menerima pujian dari Thaiveegan disebabkan kecekapan beliau bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan.

Sila (KLIK) untuk menonton video tersebut.

sumber
http://depalma-sp.blogspot.com/2014/08/perompak-bermisai-palsu-ditembak-mati.html


View the original article here

Thursday, 29 May 2014

KUMPULAN PEROMPAK DIBURU LANGGAR POLIS SEHINGGA MAUT!!

Tasek Gelugor: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish warna kelabu dipercayai digunakan sekumpulan penjenayah ketika merompak sebuah van rokok ditemui dibakar oleh orang awam dalam sebuah kebun pisang di Ara Kuda di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kenderaan itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 5.30 petang. 

"Kami mendapat maklumat daripada Polis Kontinjen Kedah memaklumkan sebuah daripada dua kereta disyaki digunakan kumpulan perompak terbabit sedang menghala ke kawasan SPU dan terus melancarkan Op Tutup. 

"Namum kami menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta jenis Toyota Wish yang ditinggalkan dalam keadaan terbakar," katanya.
KEADAAN MPV yang ditemui orang awam.

Abdul Rahman berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan pihaknya mendapati nombor pendaftaran kenderaan berkenaan turut ditanggalkan penumpangnya sebelum melarikan diri.

Berikutan itu pihaknya kini sedang melakukan gerakan susulan dalam usaha untuk mengesan kumpulan yang menggunakan kenderaan berkenaan. 

"Diharapkan orang awam melihat kenderaan atau kumpulan individu mencurigakan agar menghubungi kami dengan segera bagi tindakan selanjutnya," katanya. 

Sementara itu, menurut sumber pemeriksaan dilakukan mendapati kenderaan terbabit disahkan digunakan suspek ketika melakukan samun dalam kejadian di Parit Buntar, Perak semalam. 

"Suspek dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan berkenaan dan kami akan melakukan gerakan mengesan mereka," katanya. 

Dalam kejadian di Parit Buntar, Perak kira-kira jam 1 petang semalam, mangsa, Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah selepas dilanggar kenderaan digunakan kumpulan perompak terbabit....Sumber: myMetro

View the original article here

PEROMPAK DIHEMPAS DENGAN PINTU KERETA OLEH JURURAWAT DI HOSPITAL UMUM SARAWAK!!

KUCHING: Perompak dihempas dengan pintu kereta beberapa kali oleh seorang jururawat yang bertindak berani melawan perompak terbabit di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin.

Difahamkan, insiden berlaku ketika jururawat berusia 39 tahun itu baharu memasuki keretanya apabila seorang lelaki yang tidak dikenali juga menyerbu masuk ke tempat duduk belakang dan terus mengacu pisau ke leher mangsa.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada suspek yang kemudian terus bertindak keluar dari keretanya dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

“Mangsa semasa cuba menyelamatkan diri cuba ditarik semula oleh suspek namun tindakan pantasnya dengan menghempas pintu kereta beberapa kali ke arah suspek menyebabkan suspek mengalami kecederaan dan tidak mampu menghalang mangsa melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Beberapa pengawal keselamatan HUS yang menyedari insiden tersebut kemudian berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sehingga berita ini ditulis semalam, suspek yang berasal dari Matang itu, dilaporkan masih ditahan di balai polis dan akan direman sementara siasatan lanjut pihak polis dijalankan....UTUSAN BORNEO

View the original article here