Monday 1 September 2014

Remaja Di Tangkap Gara-Gara Tembak Bayi

Remaja Di Tangkap Gara-Gara Tembak Bayi   | Seorang ibu muda bertindak mengejar sekumpulan remaja lelaki sebaik saja anak perempuannya berusia dua tahun menangis akibat terkena pelet besi yang ditembak salah seorang remaja terbabit.

Remaja Di Tangkap Gara-Gara Tembak Bayi

Wanita berusia 27 tahun itu kemudian berjaya menahan seorang remaja berusia 13 tahun dan merampas sejenis alat menyerupai pistol angin dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Beberapa rakan remaja itu bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari Rabu lalu, kumpulan remaja itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas program di sekolah memandangkan mereka masih memakai pakaian ko-korikulum ketika kejadian.

Kanak-kanak terbabit, Nurul Shafiyyah yang sedang bermain di luar rumahnya di Limbongan Permai di sini, cedera selepas bahagian belakang badannya terkena pelet yang tersasar.

Bapa kanak-kanak itu, Nizam Tamby, 41, berkata, Nurul Shafiyyah sedang bermain di luar rumah sambil ditemani ibunya, sebelum secara tiba-tiba menangis.

Menurutnya, dia yang sedang bekerja ketika itu terus bergegas pulang apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu, sebelum membawa anaknya ke Hospital Melaka.

"Pemeriksaan mendapati anak saya cedera di bahagian belakang badannya akibat terkena pelet besi berkenaan.

“Saya bersyukur kerana ia tidak mengenai bahagian lain, terutama matanya. Saya tidak berani memikirkan apakah kesannya sekiranya itu berlaku,” katanya di sini, semalam.

Menurut Nizam, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada hari kejadian selepas dinasihatkan supaya berbuat demikian oleh Hospital Melaka.

Menurutnya, senjata yang berjaya dirampas isterinya juga telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

“Saya juga telah merujuk perkara ini kepada sekolah remaja berkenaan. Pihak sekolah berjanji akan menyiasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar yang mengesahkan kejadian berkata, alat yang digunakan remaja berkenaan bukan pistol angin tetapi sejenis alat yang dibuat sendiri remaja berkenaan menggunakan paip PVC.

"Kita  kini sedang menyiasat kejadian berkenaan di bawah Seksyem 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Difahamkan polis sudah merekodkan keterangan remaja berkenaan, di mana dia mengaku menggunakan alat berkenaan untuk menembak burung sebagai hobi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/angkara-pistol-buatan-sendiri-1.312387

View the original article here

No comments:

Post a Comment