Monday 1 September 2014

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Charlie/Tomcat

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Charlie/Tomcat | Menerusi sebuah laman web, mediahubline, dilaporkan seorang pengguna Facebook telah berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook.

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Charlie/Tomcat

Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie atau Tomcat.

Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.

Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.

Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.

Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi.

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Tomcat

#Namun kami meragui sedikit tentang kesan gigitan keatas bayi tersebut kerana carian di google mendapati kesan keatas bayi/manusia yang digigit semut Charlie/Tomcat ini agak berbeza.

Kami juga cenderung merasakan bayi ini sebenarnya seperti telah dilahirkan dengan keadaan begini sejak azali lagi sama seperti gambar kanak-kanak dibawah ini....apapun ini hanya pandangan kosong kami dan kami doakan agar mereka cepat sembuh seperti sedia kala.


sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/muka-bayi-bengkak-teruk-akibat-digigit.html


View the original article here

No comments:

Post a Comment