Pada tahun 1973,
Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yg menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh
Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yg mereka naiki telah singgah sebentar di
lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh
Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.
Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa
Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai
Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.
Beliau ingin melihat sejauh mana
hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yg dinamakan silat itu.
Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika
Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu,
silat Meor Abdul Rahman adalah yg terbaik, TETAPI jika
Bruce Lee pula yg memenangi perlawanan itu,
Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yg terbaik di dunia.
Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan
pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yg dapat
bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan
Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping.
Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar
Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.
Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang
ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu
Cikgu Ahmad bin Lazim.
Memandangkan
Bruce Lee masih muda dan mentah,
Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati
Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun,
Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana
Bruce Lee terus mendesak, maka
Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada
Bruce Lee tersebut.
Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar,
Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat
Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia,
Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.
Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya
Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan
(Kipas Nandung) yg tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yg nyata berbisa telah menyebabkan
Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas
Bruce Lee,
Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas
Bruce Lee menggunakan air yg didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah
Bruce Lee pulih daripada
kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya
Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui
kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yg dimilikinya.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan
Bruce Lee dengan
Dato' Meor Abdul Rahman ini, B
ruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. (Menurut
Daniel Inosanto, murid kanan
Bruce Lee, di hari-hari terakhir
Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati,
Bruce Lee giat
mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas
Bruce Lee disambung oleh
Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris
JKD yg ditauliahkan oleh
Bruce Lee.
Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran
Jee Kune Do nya.)
Dia bertarung dengan
Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn
Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan
Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.
BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yg popular pada masa itu.
BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur.
Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital.
Tetapi, Lee sudah pun meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee.
View the original article here