Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Misteri Puisi Dari Jepun Yang Mengundang Kematian Sesiapa Yang Membacanya

Terdapat sebuah kisah seram dari Jepun. Tentang sebuah puisi berjudultajuk 'Tomino no Jigoku' atau Neraka Tomino, sebuah karangan puisi yang sangat mengerikan dan membuat bulu tengkuk berdiri ketika membacanya. Sebuah peringatan mengatakan jangan membaca dengan suara yang lantang, cukup di dalam hati. Atau anda akan matia dengan mengjemput.

Kisah menyeramkan puisi Tomino berkembang di kalangan masyarakat Jepun dan menjadi salah satu legenda. Ada sebuah cerita yang membuat kita semakin merasa seram di sebalik asal-usul puisi ini.

Tomino adalah seorang gadis kecil yang dilahirkan cacat, ia menulis puisi yang kemudian ditunjukkan kepada orang tuanya. ketika melihat isi puisi Tomino yang menyeramkan, orang tuanya menghukum Tomino dengan mengurungnya dalam gudang sempit dan tidak pernah memberinya makan. Beberapa hari kemudian, Tominopun di temui meninggal dengan dengan cara yang aneh.

Konon, semenjak peristiwa itu, puisi Tomino jadi menyeramkan. Cerita dari mulut ke mulut berkembang dan memberi amaran, jangan membaca dengan suara lantang kerana akan mengundang bencana dan kematian.

Kemungkinan cerita yang berkembang di atas hanya kisah dongeng. Puisi berjudul 'Neraka Tomino' sebenarnya dimuatkan dalam buku kompilasi puisi Yomota Inuhiko "The Heart is Like a Rolling Stone" (? ? ? ? ? ? ? ? ? ?). Di dalamnya memuat berbagai koleksi puisi, termasuk puisi "Tomino no Jigoku" karya Saizo Yaso dari tahun 1919. Entah bagaimana sehingga puisi tersebut berkembang menjadi legenda yang sangat menyeramkan. Bawah: karangan dari puisi Tomino:
Tomino no Jigoku

ane wa chi wo haku, imoto wa hihaku,
kawaii tomino wa tama wo haku
hitori jihoku ni ochiyuku tomino,
jigoku kurayami hana mo naki.
muchi de tataku wa tomino no aneka,
muchi no shubusa ga ki ni kakaru.
tatake yatataki yare tataka zutotemo,
mugen jigoku wa hitotsu michi.
kurai jigoku e anai wo tanomu,
kane no hitsu ni, uguisu ni.
kawa no fukuro ni yaikura hodoireyo,
mugen jigoku no tabishitaku.
haru ga kitesoru hayashi ni tani ni,
kurai jigoku tanina namagari.
kagoni yauguisu, kuruma ni yahitsuji,
kawaii tomino no me niya namida.
nakeyo, uguisu, hayashi no ame ni
imouto koishi to koe ga giri.
nakeba kodama ga jigoku ni hibiki,
kitsunebotan no hana ga saku.
jigoku nanayama nanatani meguru,
kawaii tomino no hitoritabi.
jigoku gozarabamo de kitetamore,
hari no oyama no tomebari wo.
akai tomehari date niwa sasanu,
kawaii tomino no mejirushini.

neraka Tomino

Kakak yang muntah darah, adik yang meludah api
Tomino yang lucu meludah permata yang berharga
Tomino meninggal sendirian dan terjatuh ke dalam neraka
Neraka kegelapan, tanpa dihiasi bunga
Apakah itu kakak Tomino memegang cambuk?
Jumlah bekas luka berwarna merah sangatlah membimbangkan
Disebat dan dipukul sangatlah mendebarkan,
Jalan menuju neraka yang kekal hanyalah salah satu cara
Mohon bimbingan ke dalam neraka kegelapan,
Dari kambing emas, dan dari burung bulbul
Berapa banyak yang tersisa dari dalam bungkusan kulit,
Disiapkan untuk perjalanan tak berkesudahan menuju neraka
Musim semi akan segera datang ke dalam hutan serta lembah,
Tujuh tingkat di dalam gelapnya lembah neraka
Dalam sangkar burung bulbul, dalam kereta sorong domba,
Di Mata Tomino Yang Lucu Menitiskan airmata
tangisan burung bulbul, di sebalik hujan dan badai
Menyuarakan cintamu untuk adik tersayangmu
Gema tangisanmu melolong melalui neraka,
serta darah memekarkan bunga merah
Melalui tujuh gunung dan lembah neraka,
Tomino yang lucu berjalan sendirian
Untuk menjemputmu ke neraka,
Duri-duri berkilauan dari atas gunung
menancapkan duri ke dalam daging yang segar,
Sebagai tanda untuk Tomino yang lucu

Itulah puisi Tomino yang mengundang kematian, dalam syairnya memang mempunyai kata-kata yang sangat seram untuk di baca dan puisi ini juga adalah salah satu benda menyeramkan.

View the original article here

Friday, 24 October 2014

ALKISAH!!! Kisah Kematian Bruce Lee Yang Penuh Misteri


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yg menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yg mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yg dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yg terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yg memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yg terbaik di dunia.

Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yg dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping.

Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yg tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yg nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yg didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yg dimilikinya.



Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. (Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yg ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)

Dia bertarung dengan Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN 
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN 
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yg popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN 
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur.

Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital.

Tetapi, Lee sudah pun meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee.

 


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

Tanda-Tanda Kematian Menurut Kepercayaan Hindu

Ramai orang yang masih bertanya-tanya akan misteri tentang kematian. Kematian adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan sangat dekat dengan kehidupan manusia.

Kerana ada kelahiran dan ada juga kematian.

Kepercayaan Hindu mengatakan bahawa ada beberapa tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kematian akan segera datang. Tapi tanda-tanda ini juga boleh muncul jauh sebelum seseorang meninggal.



1. Tanda Pertama
Bila kulit seseorang sudah menjadi pucat dan kemerahan itulah tanda kematian sudah dekat. Usia orang tersebut tidak akan lebih dari 6 bulan selepas mengalami tanda tersebut.

2. Tanda Kedua

Kematian akan datang jika seseorang sudah tidak boleh melihat bayangan dirinya di dalam cermin, kaca ataupun air. Boleh dilihat oleh orang itu sendiri tetapi orang lain tidak.

3. Tanda Ketiga

Tanda yang ketiga adalah ketika sesorang melihat semua benda yang dilihatnya berwarna hitam.

4. Tanda Keempat

Bila tangan kiri seseorang mengalami kejang dalam masa satu minggu maka itulah petanda kematian dan tidak akan lebih dari satu bulan lamanya.

5. Tanda Kelima

Jika deria seseorang mulai tidak boleh digunakan, maka usianya hanya sampai dengan 6 bulan lamanya.

6. Tanda Keenam

Kematian boleh juga diketogerikan dengan tidak mampu untuk melihat cahaya bulan, matahari ataupun api.

7. Tanda Ketujuh

Jika lidah mula kaku, gusi menebal dan bengkak dalam keadaan seseorang sedang sakit, maka usianya tidak akan lama.

Itulah tanda-tanda kematian menurut kepercayaan Hindu.

View the original article here

Thursday, 18 September 2014

Pesta Persiapan Untuk Kematian Diri Sendiri Di Jepun

Setiap manusia pasti akan mati, tidak ada yang tahu bila datangnya hari itu. Tetapi jika anda tinggal di Jepun, anda boleh mempersiapkan diri di hari kematian itu secantik yang anda mahu. Ada sebuah pesta di mana seseorang boleh memilih makeup seperti apa yang akan anda pakai semasa dikebumikan, baju apa yang dipakai dan keranda apa yang akan mereka pilih. Semua ada dalam Shukatsu Festa.

Biasanya orang meninggal tidak akan memilih mahu dikebumikan dengan cara bagaimana,  bergantung pada agama dan kepercayaan yang dianuti. Namun dalam pesta Shukatsu Festa yang diadakan di Tokyo, semua orang boleh mempersiapkan perhiasan di hari kematiannya. Festival yang unik ini dihadiri lebih dari 5000 orang setiap tahun.

Ramai orang takut dikebumikan, namun warga Jepun bersemangat mempersiapkan diri sebaik mungkin. Sehingga semasa mati kelak, dia tetap cantik atau kacak di dalam keranda dan pakaian pilihannya sendiri. Maksud "shukatsu" adalah persiapan di penghujung. Tidak hairanlah jika masing-masing boleh mempersiapkan diri sebaik mungkin di hari pengkebumiannya.



View the original article here