Showing posts with label ANGGOTA. Show all posts
Showing posts with label ANGGOTA. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

LUCU!!! - GAMBAR ANGGOTA POLIS CUN PULA JADI VIRAL

Kalau sebelum ini gambar cikgu sekolah berkebaya cun melecun menjadi bualan hangat di media sosial kini beredar pulak gambar seorg anggota polis cun pulak bak artis korea.







Tidak diketahui pula, di dalam polis ada anggota secantik ini. Sudah pasti ramai anak-anak muda yg masih solo berlumba-lumba nak try menambat hati gadis secantik ni, siapa tak nak, boleh jadi bakal bini. Dan juga pastinya ramai anak-anak muda yg masih solo berlumba-lumba untuk menyertai anggota polis saat melihat gambar ini.







Kalau berminat sertai polis tak apa, jangan berangan pula kena berkas dengan anggota ini. Comel pula bila anggota ini, duduk seperti itu pegang pistol pula.



Anggota Polis wanita yg dikatakan paling viral dalam internet kerana kecantikan dan keayuaan gadis comel ini, tidak diketahui sumber gambar ini datangnya dari mana tetapi ia telah pun meletup di internet.



Mungkin anggapan orang lain berbeza, Anggota Polis bukan bekerja hanya tangkap penjenayah, tetapi mungkin gais ayu ini hanya buat kerja-kerja di pejabat je, siapa tahu..?





View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan

2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan | Tiga anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di Pasir Putih, Kelantan, pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter beliau.

2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan
Gambar Hiasan
Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kampung Banggol Telipot, Pasir Putih.

Serbuan dilakukan dengan tujuan mengesan suspek kes bunuh dan tembak yang telah lama diburu polis.

Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek yang berada dalam rumah terbabit telah bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek berkenaan, menyebabkan dua suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Salah seorang penjenayah yang dikenali sebagai Mat Hatim, 25, dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh di negeri ini.

Dua anggota polis yang cedera terkena tembakan di bahagian pergelangan tangan dan kaki kiri, sementara seorang lagi terkena serpihan peluru di bahagian perut sebelah kanan.

Bagaimanapun, kesemua anggota dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Dua pucuk pistol dipercayai milik suspek turut dirampas.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/5052

View the original article here

Monday, 2 June 2014

Anggota polis URB maut, rakan parah dirempuh penjenayah


Foto

SEORANG anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta. - Foto Bharian
PARIT BUNTAR: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.
"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit.


"Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.

Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan.

"Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu," katanya.              

sumber                             

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

5 GAMBAR ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH PENJENAYAH


Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.

Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.

Sumber