Showing posts with label PENJENAYAH. Show all posts
Showing posts with label PENJENAYAH. Show all posts

Friday, 14 November 2014

WOW!!!5 Penjenayah Wanita Yang Mempunyai Rupa Yang Cantik..

Dibawah ini adalah 5 penjenayah wanita yg mempunyai rupa yg cantik tetapi melakukan jenayah yang amat kejam sehingga membawa kepada bunuh anak sendiri.. Mereka juga melakukan jenayah tersebut pada usia remaja. Ada yg telah dijatuhkan hukum dan ada yg masih dalam perbicaraan. 



1. Stephanie Beaudoin






Walaupun dia baru berusia 21 Tahun, namun dia berhadapan dengan 114 pendakwaan antaranya adalah pecah masuk 42 buah rumah, curi kereta, memiliki barangan curi, serta memiliki 9 senja ta tanpa lesen. Dia telah ditangkap pada bulan Sept 2014 yg lalu dan sedang menghadapi perbicaraan ke atas kesemua kesalahan yg telah dilakukannya. 





2. Casey Anthony






Casey 22 Tahun, dituduh membunuh anak perempuannya yang baru berusia 2 tahun pada tahun 2008. Anaknya yang bernama Caylee ditemui mati di sebuah hutan selepas 6 bulan kehilangannya dilaporkan. Polis percaya Caylee menderita sebelum kematiannya dimana mulut budak malang itu di lekat dengan pita pelekat dan disuntik dengan Chloroform. Pada mulanya mahkamah melepaskannya kerana kekurangan bukti untuk mensabitkannya. Namun rayuan dan perbicaraan masih diteruskan dan jika disabit kesalahan Casey boleh dihukum mati.












3. Amanda Knox






Amanda Knox 27 Tahun gadis cantik yang dituduh bersama-sama dengan Raffaele Sollecito membunuh Meredith Kercher pada tahun 2007. Ketika itu umur Amanda baru 20 Tahun. Amanda seorang gadis dari USA melanjutkan pelajarannya di Universiti For Foreigners Itali pada bulan Sept 2007. Amanda dan Meredith tinggal serumah bersama-sama 2 orang gadis Itali. Pada bulan Nov 2007, mayat Meredith ditemui dengan kesan tikaman di leher. Amanda, Raffaela dan Patrick Lumumba dituduh bersama-sama membunuh Meredith. Setelah menjalani beberapa perbicaraan dan rayuan,akhirnya Amanda Knox diapti bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Itali, dan dijatuhi hukuman penjara 28 Tahun 6 Bulan. Kisah Amanda Knox ini juga pernah difilemkan yang bertajuk The Face of an Angel.





4. Candice Rose Martinez






Candice Rose Martinez atau lebih dikenali sebagai "Cell Phone Bandit" telah melakukan 4 raompakan bank di Utara Virginia, USA pada bulan Oktober dan November 2005 dan ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan belajar di Kolej Komuniti Virginia Utara. Di diberi gelaran "Cell Phone Bandit" oleh pihak media kerana semasa dia melakukan rompakan dia sedang bercakap telefon bimbit. Pad a13 Disember 2005, Martinez didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah di US dan dihukum enjara selama 12 Tahun dan ditambah menjalani tempoh percubaan selama 5 tahun. 





5. Amy Elizabeth Fisher






Amy Elizabeth Fisher 40 tahun diberikan gelaran "the Long Island Lolita" oleh pihak media kerana semasa dia berumur 17 tahun, ditelah menembak beberapa kali ke isteri kekasihnya kerana cemburu sehingga enyebabkan kecederaan parah. Amy dihukum penjara 6 tahun kerana cubaan membunuh. 

 


EJENINFO


View the original article here

Monday, 29 September 2014

Wanita Cantik Dan S3ksi Ini Jadi Penjenayah Paling Hebat Di Kanada

Perompak wanita ini menjadi heboh di dunia maya. Pengguna media sosial yang melihat gambar perompak bernama Stephanie Beaudoin itu menyifatkan ia sebagai jenayah paling cantik s * ksi di dunia, Britain s Mail melaporkan.

Beaudoin, 21, mempunyai 114 tuduhan jenayah terhadapnya. Beliau telah ditangkap pada bulan lalu berkaitan dengan jenayah yang melibatkan pecah 42 rumah, dan juga menghadapi tuduhan untuk secara haram memiliki dan menyimpan sembilan senjata api.

Beaudoin diyakini telah bekerjasama dengan tiga rakannya untuk merompak 114 rumah di serata tempat di Kanada. Bekas pelajar kejururawatan ini akan menghadapi 100 lebih pertuduhan terhadap dirinya.

Peguamnya, Denis Lavigne, mengatakan kepada ahkbar La Nouvelle Union, "Rekod mengesankan. Aku diberi sebuah dokumen yang tebalnya kira-kira 12 inci."

Beaudoin dijadualkan akan menghadapi pertuduhan perbuatannya di mahkamah pada 17 November akan datang.



View the original article here

Friday, 19 September 2014

Gambar Mugshot Penjenayah Yang Menakutkan

Bagi mereka yang tidak tahu, dan yang tidak biasa dengan istilah ini, mugshots adalah gambar-gambar wajah tahananyang di sabitkan dengan jenayah untuk masuk penjara, gambar tipikal depan dan profil.

Kali ini, kita lihat koleksi mugshots tahanan yang boleh membuatkan anda rasa gerun dan agak menakutkan















View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Penjenayah Van Putih Berjaya Di Berkas?

Penjenayah Van Putih Berjaya Di Berkas? | Kini beberapa media sosial mula melaporkan kisah penjenayah/penculik van putih yang berjaya diberkas pihak berkuasa di Masai, Johor dengan bantuan orang ramai pada 06/09/2014 yang lalu.

Penjenayah Van Putih Dah Berjaya Di Berkas?

Menurut laporan, lelaki (suspek ) tersebut hanya seorang diri cuba melarikan seorang budak.

Penjenayah Van Putih Dah Berjaya Di Berkas?

Menurut komen seorang pembaca pula, lelaki tersebut (keturunan cina Sarawak) mempunyai banyak tatuu dibadan.

Penjenayah Van Putih Dah Berjaya Di Berkas?

Seorang lagi pengguna turut mengakui terlibat dalam mengejar van tersebut yang telah melanggar kenderaannnya sewaktu cuba melarikan diri.


Penjenayah Van Putih Dah Berjaya Di Berkas?

Benar atau tidak, ramai juga yang berasa hairan kerana suspek hanya berseorangan. Tetapi satu komen pengguna melaporkan yang lain telah berjaya melarikan diri.

Penjenayah Van Putih Dah Berjaya Di Berkas?

Apapun, kita tunggu jawab balas dari pihak berkuasa nanti.

Artikel Berkaitan Van Putih



sumber

View the original article here

2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan

2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan | Tiga anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di Pasir Putih, Kelantan, pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter beliau.

2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan
Gambar Hiasan
Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kampung Banggol Telipot, Pasir Putih.

Serbuan dilakukan dengan tujuan mengesan suspek kes bunuh dan tembak yang telah lama diburu polis.

Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek yang berada dalam rumah terbabit telah bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek berkenaan, menyebabkan dua suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Salah seorang penjenayah yang dikenali sebagai Mat Hatim, 25, dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh di negeri ini.

Dua anggota polis yang cedera terkena tembakan di bahagian pergelangan tangan dan kaki kiri, sementara seorang lagi terkena serpihan peluru di bahagian perut sebelah kanan.

Bagaimanapun, kesemua anggota dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Dua pucuk pistol dipercayai milik suspek turut dirampas.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/5052

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Polis Tahan Penjenayah Bersenjata Machine Gun

Polis Tahan Penjenayah Bersenjata Machine Gun | Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya.

“Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas.

“Suspek kemudian ditahan polis di Jalan Badlishah berhadapan IPD Kuala Muda.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Dikejar1km//Article

View the original article here

Saturday, 7 June 2014

Lakaran Wajah Penjenayah Yang Boleh Buat Anda Pecah Perut Ketawa

Surely many know that the police have cartoonists using only paper and pencil can draw the face of a fugitive using only a description, however, as often happens with many employees, not all are as good at their jobs, so no it is rare that we can find so ridiculous police sketches like these.










View the original article here

Monday, 2 June 2014

Anggota polis URB maut, rakan parah dirempuh penjenayah


Foto

SEORANG anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta. - Foto Bharian
PARIT BUNTAR: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.
"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit.


"Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.

Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan.

"Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu," katanya.              

sumber                             

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

5 GAMBAR ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH PENJENAYAH


Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.

Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.

Sumber