Showing posts with label Alana. Show all posts
Showing posts with label Alana. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

MENARIK!! Bertuahnya Anak Scha-Awal, Lara Alana



BUKAN sahaja ayah dan ibunya menjadi tumpuan, sebaliknya anak mereka Lara Alana yg baru sahaja berusia 3 bulan turut mendapat perhatian hebat daripada peminat.

Sehinggakan laman sosial Instagram yg dibuka khas untuk si cilik itu awal minggu lalu telah mencecah 169 ribu pengikut (sehingga Jumaat lalu).

Menariknya, selain mempunyai peminat sendiri Lara juga sering menerima pelbagai hadiah daripada mereka.

Menurut Awal Ashaari, dia tidak sangka kelahiran Lara benar-benar mendatangkan tuah dan kegembiraan buat dia dan Scha.










"Tidak dapat saya bayangkan apabila anak kami dihadiahi pelbagai barangan berjenama dan mahal seawal usianya ini.

"Malah dia juga telah mempunyai sebuah kereta BMW mainan yg direka khas untuk kanak-kanak hasil pemberian seorang kenalan," katanya.

Tambah Awal, selain alat permainan, mereka juga sering menerima pelbagai koleksi pakaian untuk Lara.

"Setakat ini dia telah mempunyai lebih 200 pasang baju termasuklah yg dihadiahkan oleh peminat," katanya lagi.







 


View the original article here

Thursday, 30 October 2014

PERHH!!! Dua Hari, Lara Alana Kumpul Lebih 100,000 Pengikut Di Instagram



Kami pun tidak tahu kenapa perkara ini perlu menjadi perhatian anda semua nanum sebagai anak sulung kepada pasangan selebriti, angka ini bukan mengejutkn. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sendiri melahirkan rasa terkejut dengan sambutan peminat.

Hujung minggu lalu, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul Lara Alana, anak pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara.

Bercakap kepada media, Scha al-Yahya dan Awal Ashaari menganggap majlis aqiqah Lana Alana ini sebagai majlis kahwin semula kerana ianya dianjurkan seperti majlis perkahwinan siap dengan pelamin dan mereka turut mengenakn busana putih ala pengantin.

BACA: Scha al-Yahya Mengaku Awal Ashaari Lebih Pandai Urus & Jaga Anak

“Apa-apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami membuat persiapan majlis ini sejak tiga hingga empat minggu lalu. Tambah pula kami memilih tarikh hari ini bagi mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Awal Muharram 1436,” katanya.

Dalam pada itu juga, mengulas tentang akaun Instagram anaknya yg berjaya mengumpul ribuan pengikut walaupun baru sahaja dilancarkan Jumaat lalu, Scha al-Yahya sendiri tidak menyangka ianya mendapat ikutan ramai.

“Apabila akaun itu dibuka secara umum, tidak sangka pula ramai yg menjadi pengikut Lara dan dalam sehari lebih 60,000 pengikut. Yang menariknya, pengikut Lara kebanyakannya menghormati akaun itu di mana tiada komen berunsur menjual produk,” tambahnya. (rtky/m)

View the original article here

Tuesday, 28 October 2014

ARTIS!!! Awal-Scha buka akaun Instagram buat Lara Alana



KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yg disifatkan cukup pandai bergaya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menganjurkan majlis aqiqah dan kesyukuran buat anak sulung mereka, Lara Alana Ahmad Awaluddin yg kini berusia dua bulan.

Majlis diadakan pagi tadi di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, dekat sini.

Majlis hari ini diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah.

Scha dan Awal juga turut mewujudkan Instagram khas buat anak mereka seperti beberapa selebriti lain.

Malah di bawah akaun Instagram lara.alana itu, gambar majlis yg berlangsung tadi turut dimuatnaikkan untuk tatapan peminat.

Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court.

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Awal Ashaari Tak Sekat Rezeki Lara Alana


Awal dan isterinya Scha Al-Yahya.

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui mendapat tawaran untuk menjadikan anaknya, Lara Alana yang kini berusia dua bulan sebagai model iklan sebuah produk.
Awal, 33, berkata, dia tidak akan menyekat rezeki yang datang kepada bayi sulungnya itu, namun ia bergantung kepada produk yang dirasakan sesuai.

"Saya akui memang sejak isteri saya Scha mengandung lagi sudah dapat tawaran dan ada yang merisik untuk menjadikan bayi kami sebagai model produk mereka.






"Saya tidak ada masalah atau menghalang rezeki yang dia dapat biarpun masih kecil, tapi biarlah ianya bersesuaian dengan usianya seperti barangan bayi. Buat masa ini saya sedang mempertimbangkan tawaran yang datang," katanya kepada mStar Online.


Gambar terbaharu Lara Alana.

Bagaimanapun, Awal berkata, ia bukan bermaksud mereka menjadikan anak sulungnya itu sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga.

Katanya, segala pendapatan yang diterima daripada hasil anaknya itu akan dijadikan sebagai simpanan untuk masa depan Lara.

"Saya pandang daripada sudut positif dan itu adalah rezeki dia. Lagi pun hasil yang dia dapat itu kita akan buat simpanan masa depan dia juga nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan bayi comel itu, Awal menyifatkan Lara sudah menunjukkan ciri-ciri seorang yang sukakan perhatian.

Katanya, bayi tersebut lebih gemar dikelilingi orang ramai berbanding ditinggalkan bersendirian.

"Dia suka kalau orang datang mengerumuni dia, jika tiada siapa yang datang tengok dia akan menangis," ujarnya.



View the original article here