Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Monday, 17 November 2014

COMEL!!! Ammar Alfian Bercinta Dengan Seorang Model Antarabangsa?


Patah tumbuh hilang berganti. Putus cinta bukan bermakna hati kita tak akan terbuka untuk menerima orang lain. Apabila bertemu dengan ‘si dia’ yang istimewa, pasti kita akan kembali bercinta.

Setelah gagal dalam percintaan sebelum ini, Ammar Alfian kini mengakui yg hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang model antarabangsa. Gadis bertuah itu bernama Casandra Azman.

Cantik kan orangnya? Memang sesuai sangat dengan Ammar Alfian. Sekali pandang memang seiras sungguh. Casandra yg baru berusia 22 tahun pernah menjadi finalis Top 6 model Ford 2011. Kata Ammar mengenai hubungan mereka berdua:-


Ya, saya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang model dan dia baru berusia 22 tahun. Sekarang ini saya baru nak aktif semula dalam dunia lakonan manakala dia pula rancak dengan pentas peragaan. Belajar daripada perhubungan lalu, saya tak mahu terlalu merancang kerana bimbang ia tidak menjadi



Abang Nara tengok Ammar pun sekarang semakin matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Ternyata pengalaman mendewasakan Ammar. Buat masa ini, memang wajar untuk anda berdua fokus pada bidang masing-masing.

Sementara masih muda, bekerjalah sekeras-kerasnya untuk masa hadapan. Lepas dah puas hati dengan kerjaya, bolehlah fikir tentang perkahwinan. Tak gitu?

Semoga hubungan Ammar dan Casandra akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

Sumber artikel: beautifulnara.com.

 


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

WOW!!! 6 Gambar Diyanah Nadia, teman wanita Ammar Effendy

Fuhhh... memang amat menarik gambar anak Che Ta iaitu Ammar Effendy bergambar dengan seorang gadis bernama Diyanah Nadia sambil tangannya 'baik punya hinggap'. Menurut laporan, gadis tersebut dikatakan sebagai kekasih anak kesayangan Rozita Che Wan.

Tambah mereka, beberapa gambar tersebut telah dihantar melalui emel dan diambil dari IG di mana gadis manis berhijab itu baru sahaja menyambut hari lahir ke-16. Waahhh, untung Ammar!

Bagaimanapun, mungkin mereka hanya sekadar teman tapi mesra agaknya. Bukan apa, jika benar kawan biasa, gadis-gadis diluar sana masih berpeluang untuk mengurat anak Che Ta ini yg sememangnya bijak dan berkereta mewah. Ahak!

















 

View the original article here

Wednesday, 24 September 2014

Derita 4 Tahun, Ammar Alfian Kongsi Rasa Kesal Musuhi Wartawan


Ammar mengakui usia yang masih muda membuatkan dia terlupa tentang tujuan sebenar dia mahu menjadi seorang pelakon sehingga namanya terheret dalam beberapa kontroversi sebelum ini.

Pelakon dan model Ammar Alfian terpaksa ‘menderita’ selama empat tahun gara-gara kesilapannya melemparkan kata-kata kesat dan menulis ugutan bunuh terhadap wartawan hiburan di negara ini menerusi Facebook miliknya.

Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz, 27, berkata, bukan mudah untuk mendapatkan kembali kepercayaan pihak media sepanjang tempoh itu namun dia akur kerana perbuatan itu adalah berpunca daripada sikapnya sendiri.






"Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.


Ammar mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan selepas ini.

"Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Ammar pernah menimbulkan kontroversi selepas dia menulis status mengugut untuk ‘membunuh’ wartawan hiburan dalam akaun Facebook miliknya gara-gara tidak berpuas hati mengenai laporan pergaduhannya dengan Puteri Sarah pada majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.


Ammar yang pernah popular menerusi drama bersiri Tari Tirana pernah bercinta dengan pelakon wanita itu.

Perbuatan itu menyebabkan Ammar diboikot kebanyakan media sehingga memaksa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terpaksa mengaturkan sebuah majlis permohonan maaf bagi menjernihkan keadaan.




Pelakon berusia 27 tahun ini mengakui semakin matang.

Ammar berkongsi pengalaman itu apabila diminta pandangannya mengenai sikap penyanyi Shila Amzah memperkecilkan media Melayu yang didakwanya sekadar mengejar cerita sensasi tanpa menyokong kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Ammar berkata, sebagai seorang pelakon dia memerlukan pertolongan rakan media untuk memberikan publisiti mengenai projek yang dijayakan agar kerjayanya terus berkembang.

Malah kata Ammar, wartawan dan artis saling memerlukan malah kedua-duanya perlu menjaga hubungan sebaik mungkin.

"Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya.

"Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon," jelasnya.

Jelas Ammar juga, restu daripada ibu dan bapanya membuatkan dia lebih yakin untuk aktif sebagai pelakon dan berharap akan diberi peluang kedua berbuat demikian.


Imej terbaharu Ammar... kacak orangnya.


"Sebelum ini saya akui terkena 'kejutan budaya' dan masih terlalu muda untuk berfikir baik dan buruk sehingga menyebabkan saya banyak melakukan tindakan kurang wajar.

"Atas sebab itu juga keluarga melarang saya bergelar pelakon namun selepas melihat perubahan diri saya yang lebih matang mereka memberi izin untuk saya kembali aktif," katanya.

Tambah Ammar lagi, dia juga tidak malu untuk memulakan kerjayanya dari bawah semula memandangkan bidang lakonan adalah sesuatu yang paling diminatinya sejak dahulu.

Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Langit Cinta arahan Osman Ali selain baharu sahaja selesai menjalani sesi uji bakat untuk sebuah drama bersiri terbitan Zeel Productions.

View the original article here