Showing posts with label Nadia. Show all posts
Showing posts with label Nadia. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

GAMBAR!!! Luahan sayu Almy Nadia kerana didakwa gemuk dan perut besar

Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yg gemar mempersoalkan saiz kandungannya yg kini berusia lima bulan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan.

"Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yg ditanya.

"Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat,"
katanya yg dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.


Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yg sering pertikaikan saiz tubuh badannya yg semakin membesar.

Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yg menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yg besar.

Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yg dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung.

"Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yg dipakai itu dianggap tidak sesuai.

"Dah kata mengandung, mestilah semua baju yg dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yg tidak masuk akal,"
ujarnya kecewa






 


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

WOW!!! 6 Gambar Diyanah Nadia, teman wanita Ammar Effendy

Fuhhh... memang amat menarik gambar anak Che Ta iaitu Ammar Effendy bergambar dengan seorang gadis bernama Diyanah Nadia sambil tangannya 'baik punya hinggap'. Menurut laporan, gadis tersebut dikatakan sebagai kekasih anak kesayangan Rozita Che Wan.

Tambah mereka, beberapa gambar tersebut telah dihantar melalui emel dan diambil dari IG di mana gadis manis berhijab itu baru sahaja menyambut hari lahir ke-16. Waahhh, untung Ammar!

Bagaimanapun, mungkin mereka hanya sekadar teman tapi mesra agaknya. Bukan apa, jika benar kawan biasa, gadis-gadis diluar sana masih berpeluang untuk mengurat anak Che Ta ini yg sememangnya bijak dan berkereta mewah. Ahak!

















 

View the original article here

Monday, 27 October 2014

HILANG AKAL!!! Status Twitter Nadia Di Anggap Yang Paling Bangang




Macam-macam status yg keluar di media sosial namun yg di boleh dikatakan 

paling BANGANG, you all baca lah sendiri.

Ini mungkin FAKE akaun yg di buat hanya untuk menarik perhatian namun begitu 

sesetengah orang memandang serius apa yg di tulis di status nya itu.

 


View the original article here

Friday, 10 October 2014

ARTIS Fesyen busana ketat dan nipis Almy Nadia tonjol baby bump





Sejak disahkan hamil pada 5 Julai lalu, penampilan Almy Nadia setiap hari semakin berser-seri. Meskipun kehamilannya pernah dipertikai orang ramai kerana dikatakan terlalu awal namun aktres berusia 28 tahun itu tidak mengendahkannya.

Kini, usia kandungan Almy sudah memasuki 16 minggu dan bentuk baby bump perutnya semakin membesar dan ketara. Begitupun, isteri kepada Fizz Fairus ini masih belum mendedahkan jantina anak tersebut.

Baru-baru ini, Almy berpeluang untk menggayakan busana ketat hitam untk tatapan peminat. Beliau menerima pujian melambung dari mereka kerana kelihatan seperti anak dara walaupun dalam keadaan sedang mengandung. Jom layan gambar Almy di bawah.




 


View the original article here

Monday, 8 September 2014

Almy Nadia Tak Suka Bau Nasi


Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Pelakon Almy Nadia yang kini sedang mengandung 15 minggu mengakui selera makannya yang selama ini gemar dengan masakan kampung kini lebih ke arah makanan ala barat.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia tidak sangka makanan kegemarannya seperti nasi berlaukkan tempoyak tidak lagi menjadi kegemaran sebaliknya dia langsung tidak berselera dengan makanan itu.






"Bayangkan nak bau nasi pun saya tak boleh nak terima. Semua makanan kampung tidak memberi selera pada saya.

"Tetapi, apabila melihat pelbagai makanan barat, bukan main berselera lagi saya mahu menjamahnya," selorohnya.

Tambah Almy, dia juga gemar dengan minuman manis walaupun tahu ia tidak baik untuk kesihatannya serta bayi dalam kandungan.

Dalam pada itu dia turut mengakui berat badannya naik mendadak iaitu daripada 55 kilogram (kg) sehingga 63 kg.

"Risau juga bila berat badan naik. Tetapi doktor cakap itu benda yang normal sebagai ibu mengandung.

"Tambah pula badan mula rasa cepat penat dan mengah. Sebab itu juga saya buat keputusan untuk kurang ambil sebarang tawaran lakonan," tuturnya.

Kata Almy, dia hanya akan berada di belakang tabir menguruskan kerjaya suaminya, Fizz Fairuz.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 4 tahun.



View the original article here