Showing posts with label Bakar. Show all posts
Showing posts with label Bakar. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

BENARKAH!!! Kisah Pengantin Bakar Bendera tersebar ke Israel dan ini Reaksi Mereka




Sebuah blog Israel iaitu elderofziyon.blogspot telah menyiarkan kisah pengantin Malaysia yg memijak dan membakar bendera Israel dengan menjadikan Astro Awani sebagai sumber berita mereka. Blog Israel yg boleh di akses di Sini itu baru menyiarkan berita itu hari ini tetapi telah menerima lebih 200 komen. Perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yg marah dengan tindakan itu.



Di bawah ini merupakan petikan berita perkahwinan pengantin itu yg admin petik dari sinarharian.com.

Terdahulu pasangan pengantin yg berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yg menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yg menghadiri majlis tersebut.

View the original article here

Sunday, 26 October 2014

Bakar Kereta Mewah Rolls-Royce Hanya Untuk Seni


Tyler Shield adalah seorang seniman yang terkenal. Idea-idea beliau yang terkadang cenderung mengundang kontroversi. Walaupun di hujani kritikan, tidak sedikit pula pihak yang mengagumi karyanya.

Dipetik dari sebuah blog, baru-baru ini, ia kembali mengundang kontroversi dengan membakar kereta mewah miliknya, Rolls-Royce Silver Shadow di padang pasir Mojave.

Untuk menjayakan aksinya, ia bahkan menyewa pelakon dan artis untuk menyiramkan petrol dan kemudian membakar hingga menimbulkan letupan. Tindakan ini dilakukan Tyler untuk pameran yang akan diadakan di London, United Kingdom 2014.

Tyler berkata, adegan letupan serta jilatan api yang terakam sangatlah luar biasa dan memerlukan waktu yang lama untuk mendapatkan hasil sesuai keinginannya. Sepanjang adegan, Tyler merakam dengan kamera Red Dragon yang mampu merakam gambar 100-150 fps secara slow motion.

Selain itu beliau juga mengambil beberapa gambar dari kamera untuk dipamerkan di pameran.

          

          

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Kenaikan Harga Minyak 'Bakar' Semangat Fizo Omar


Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar menjelaskan, beliau berpandangan positif terhadap isu kenaikan harga minyak kerana menyifatkan berita itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berusaha bagi menambah pendapatan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29 turut mengakui, tiada niatnya untuk menyokong mana-mana pihak atas kepentingan tertentu.

Malahan, katanya, pandangan itu untuk menaikkan semangat bukan sahaja dirinya, tetapi juga pembaca untuk terus berusaha meningkatkan taraf hidup.






"Kenaikan harga minyak bukan berita baik tetapi saya terpaksa berpandangan positif untuk menaikkan semangat saya sendiri, namun ia bukan bermakna saya menyokong mana-mana pihak.

"Sebagai rakyat yang turut terjejas, seharusnya kita mencari jalan bagi meningkatkan usaha dalam menambah pendapatan kerana kita tetap perlu harungi kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat," ujarnya ketika menghubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Fizo berkata demikian bagi mengulas pandangan pengikut-pengikutnya di Instagram yang tidak berpuas hati terhadap statusnya sebelum ini yang menyokong isu kenaikan harga minyak.




Rata-rata pengikutnya menganggap kenyataan pelakon itu sebagai mementingkan diri sendiri kerana tidak melihat kesan isu tersebut kepada golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, Fizo berkata, sebagai golongan yang berpendapatan sederhana yang turut menjalankan perniagaan, dia juga turut terjejas dengan kenaikan tersebut.

"Sebagai orang yang berniaga saya lebih terjejas kerana terpaksa fikir tentang produk, pekerja dan berbagai perkara yang terpaksa meningkat kesan kenaikan ini.

"Namun jika saya berfikiran negetif dan mengeluarkan status yang bukan-bukan ianya tidak akan mengubah keputusan terhadap kenaikan minyak ini. Pada saya lebih baik kita fokus dan fikir bagaimana untuk menambah pendapatan," ujarnya.

View the original article here

Friday, 19 September 2014

Orang Asli Hutan Amazon Mengamuk Bakar Lori Dan Belasah Pembalak

The people of the Amazon jungle are having their home destroyed by loggers. They report the loggers to the authorities and the authorities do nothing. That’s why they’re taking the fight into their own hands.

















View the original article here