Showing posts with label MINYAK. Show all posts
Showing posts with label MINYAK. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

BOLEH MARAH !!! Komen Melampau Seorang Cikgu Yang Buat Lelaki Naik Minyak!



Panas!! Status bangang seorang cikgu ini mendapat kecaman yg hebat terutamanya

lelaki yg bergaji rendah dan memakai motosikal . Anda bacalah sendiri apa yg 

ditulis beliau.

Tiidak dapat dipastikan samada akauan beliau tersebut akaun fake atau atau dihack. 

Jika memang beliau sengaja menulis seperti dibawah menunjukan beliau terlalu jahil 

dan bangang. Apa komen anda wahai lelaki? tidakkah kejantanan anda rasa tercabar???






 


View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Kenaikan Harga Minyak 'Bakar' Semangat Fizo Omar


Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar menjelaskan, beliau berpandangan positif terhadap isu kenaikan harga minyak kerana menyifatkan berita itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berusaha bagi menambah pendapatan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29 turut mengakui, tiada niatnya untuk menyokong mana-mana pihak atas kepentingan tertentu.

Malahan, katanya, pandangan itu untuk menaikkan semangat bukan sahaja dirinya, tetapi juga pembaca untuk terus berusaha meningkatkan taraf hidup.






"Kenaikan harga minyak bukan berita baik tetapi saya terpaksa berpandangan positif untuk menaikkan semangat saya sendiri, namun ia bukan bermakna saya menyokong mana-mana pihak.

"Sebagai rakyat yang turut terjejas, seharusnya kita mencari jalan bagi meningkatkan usaha dalam menambah pendapatan kerana kita tetap perlu harungi kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat," ujarnya ketika menghubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Fizo berkata demikian bagi mengulas pandangan pengikut-pengikutnya di Instagram yang tidak berpuas hati terhadap statusnya sebelum ini yang menyokong isu kenaikan harga minyak.




Rata-rata pengikutnya menganggap kenyataan pelakon itu sebagai mementingkan diri sendiri kerana tidak melihat kesan isu tersebut kepada golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, Fizo berkata, sebagai golongan yang berpendapatan sederhana yang turut menjalankan perniagaan, dia juga turut terjejas dengan kenaikan tersebut.

"Sebagai orang yang berniaga saya lebih terjejas kerana terpaksa fikir tentang produk, pekerja dan berbagai perkara yang terpaksa meningkat kesan kenaikan ini.

"Namun jika saya berfikiran negetif dan mengeluarkan status yang bukan-bukan ianya tidak akan mengubah keputusan terhadap kenaikan minyak ini. Pada saya lebih baik kita fokus dan fikir bagaimana untuk menambah pendapatan," ujarnya.

View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Pekerja pelantar minyak dipecat kerana emel maklumat MH370

type='html'>

Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.

"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.


Lokasi pelantar minyak
McKay berkata, dia ternampak penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang terbakar di langit dari pelantar beliau awal pada 8 Mac.

Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New ZealandSunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahuABC Newsdari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha  carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.


Sumber aStro Awani


View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

KEMARUK BERBINI MUDA SANGGUP TUNDUKKAN BINI TUA DENGAN MINYAK GUNA GUNA


WANI menunjukkan barangan khurafat yang ditemui.

Kuala Lumpur: Kemaruk ‘pucuk muda’, seorang suami bukan saja sanggup berkahwin secara senyap-senyap dengan isteri baru berusia 23 tahun, malah cuba menundukkan isteri pertamanya dengan pelbagai amalan khurafat seperti menyembur minyak guna- guna di dalam bilik dan meletakkan tangkal di bawah tilam.

Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya hairan apabila hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu, suaminya ke selatan tanah air dengan alasan urusan kerja sehingga dia terbaca SMS berbaur cinta seperti ‘minggu depan abang datang sayang’ dan ‘abang rindu’ di telefon bimbit suaminya.

Selepas itu, bermulalah ‘perang’ membabitkan pasangan itu, namun si suami masih enggan mengaku menjalin hubungan sulit sehingga si isteri menemui sijil nikah Thailand tertera nama suaminya dan madu, dua bulan lalu.

Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku.

“Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan mahu suami meninggalkan isteri barunya. Saya pernah berbalas SMS dengan isteri barunya tetapi nampaknya dia juga keras kepala dan tetap mahukan suami saya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.