Showing posts with label Bayaran. Show all posts
Showing posts with label Bayaran. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

Bayaran Tertunggak Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'


Awal Ashaari

Pihak produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) menjelaskan, isu pihaknya tidak membuat pembayaran penuh kepada pengacara Awal Ashaari adalah satu salah faham.

Jurucakap produksi tersebut berkata, selepas laporan mengenai kekesalan Awal yang masih belum menerima tunggakan bayaran sebanyak 80 peratus disiarkan mStar Online, pihaknya terus menghubungi pengacara itu bagi menyelesaikan masalah tersebut sebagai bukti pihaknya tidak pernah lari dalam melaksanakan janji.






"Sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pihak kami dan Awal. Dia tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima bayarannya itu.

"Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar," katanya yang menghubungi mStar Online pada Khamis.

Pada 17 September lalu menerusi laporan mStar Online, Awal berasa kesal apabila syarikat produksi rancangan The Band masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Sementara itu, kata jurucakap produksi itu, pihaknya akan mengadakan sidang media khas pada tengah hari Jumaat (hari ini) bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara pihaknya dan Awal.

"Pihak kami ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional, lebih-lebih lagi kita saling bekerjasama dalam industri seni hiburan tempatan.

"Kerana itu, pihak kami mahu membuat penjelasan secara terperinci pada sidang media yang akan dianjurkan esok (Jumaat). Selain itu kami juga akan membuat beberapa pengumuman lain," ujarnya.




The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman.

Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal


Emma nafi sudah mula meletakkan harga tinggi.

Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu.






"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem.

Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.



Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.




"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula.

"Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya.

View the original article here

Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran


Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera.

Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal.






Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya.

Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.




"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.

View the original article here