Showing posts with label Tuntut. Show all posts
Showing posts with label Tuntut. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

A Aida tuntut nafkah anak


Aida bersama peguamnya Zulkifli Che Yong sejurus selesai mendaftar kes saman terhadap bekas suaminya.

PELAKON dan penerbit A Aida, memfailkan saman penghutang penghakiman terhadap bekas suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman selepas lelaki itu gagal melunaskan bayaran nafkah anak sejak mereka bercerai tahun lalu.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, diwakili peguam Zulkifli Che Yong memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 176 Akta Tatacara Mal 1984.






Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan kes tersebut di Mahkamah Rendah Syariah 2 Kuala Lumpur.

Aida mendakwa bekas suaminya itu tidak membayar nafkah anak berjumlah RM300 sebulan, selain yuran sekolah sebanyak RM1,000 sebulan di mana jumlah tersebut tertunggak sejak Mei 2013 sehingga Oktober 2014.

Ketika ditemui pemberita, Aida memberitahu dia terkilan dengan tindakan bekas suaminya itu dan menuntut jumlah tersebut kerana tidak mahu Suffian lari daripada tanggungjawab terhadap anak lelaki tunggal mereka yang kini berusia enam tahun.

“Bagi Aida dia mampu. Itu adalah hak anak saya dan demi kepentingan dia,” katanya sambil memberitahu sejak mereka bercerai sehingga kini, dia tidak pernah berhubung dengan Suffian sebaliknya sebarang urusan berkaitan anak dibuat lelaki itu dengan menghubungi pembantu rumahnya.




Aida mendakwa Suffian menemui anaknya, Muhammad Rahul yang bersekolah di sebuah sekolah swasta dua atau tiga bulan sekali.

Pada 2 Mei tahun lalu, Aida dan Suffian sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dan hak jagaan anak diberikan kepada kepada Aida, manakala Suffian mendapat hak lawatan dua kali sebulan.

Aida berkahwin dengan Suffian, 46, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur pada 20 April 2007.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal


Emma nafi sudah mula meletakkan harga tinggi.

Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu.






"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem.

Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.



Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.




"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula.

"Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya.

View the original article here

Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran


Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera.

Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal.






Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya.

Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.




"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.

View the original article here

Bekas Suami Larikan Duit Puluhan Ribu Ringgit, Abby Abadi Tuntut Hak



Sebelum ini menjadi satu perbualan di kalangan para peminat selepas Abby Abadi dilihat hadir ke balai polis untuk membuat laporan terhadap bekas suaminya, Noor Farhan Che Bakar yang didakwa bersikap lepas tangan dalam soal hak milik kereta dan duit.

Baru baru ini menerusi laporan Harian Metro, Abby Abadi mendedahkan yang beliau bukan mahu sengaja memperbesarkan perkara ini tetapi membuat laporan polis untuk memberikan pengajaran kepada bekas suaminya itu selain mahu menuntut haknya.






Abby Abadi mendakwa Farhan ada meminjam wangnya berjumlah puluhan ribu ringgit yang telah digunakan untuk membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya.

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan. Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri. Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya ketika ditanya tentang isu ini.

“Usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik sebelum ini tidak dilayan. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,” tambah Abby Abadi lagi.



View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Lan (Kristal) Tuntut 'Vokalis Penipu' Kembalikan Wang


Lan bersama isterinya, Sheila.

Vokalis kumpulan Kristal, Lan, kerugian ribuan ringgit selepas ditipu bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara apabila individu itu tidak menjelaskan bayaran wang undangan persembahan bagi acara Karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor, 24 Ogos lalu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, sepatutnya bayaran tersebut perlu dijelaskan sejurus selesai persembahan namun sehingga kini pelbagai alasan yang diberikan oleh pemuda berkenaan.






"Dua bulan sebelum undangan persembahan itu, saya sudah mengesahkan kehadiran saya dan ketika itu dia sudah perlu menjelaskan wang deposit saya.

"Setiap minggu, isteri saya, Sheila, meminta wang tersebut, tetapi ada saja alasannya. Dan kemudian dia kata, 'kita kan kawan-kawan artis, takkan aku nak menipu pula'. Atas dasar kepercayaan itu, maka saya tidak kisah dengan harapan, semua wang saya akan diberikan selepas persembahan dilakukan.

"Lain pula jadinya, selepas selesai persembahan, pelbagai alasan dia beri sehingga ada antara alasannya tidak masuk akal. Duit saya tidak pula dibayar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pada Sabtu lalu, Lan menerusi Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa foto lelaki berkenaan dengan kapsyen meluahkan rasa bengangnya kerana indivitdu itu tidak menjelaskan bayaran undangan persembahan.

Lan turut mendedahkan nama penuh dan tempat tinggal individu itu yang merupakan seorang vokalis kumpulan muzik yang pernah popular pada tahun 2000.

Dalam pada itu, Lan berkata, selepas pelbagai alasan yang diberi, isterinya telah menghubungi penganjur acara tersebut dan dia terkejut apabila diberitahu wang tersebut sudah lama dijelaskan, malah sebelum Lan memulakan persembahan itu lagi.

Sementara itu, Lan berkata, sekiranya masalah itu belum selesai, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan membuat laporan polis.




"Bermula daripada dua minggu sebelum persembahan sehinggalah sekarang, macam-macam alasan dia beri.

"Katanya akaun bank bermasalah dan selepas itu duit tersebut pula telah digunakan bagi melangsaikan hutang kereta yang tertunggak selama enam bulan. Kemudian ada masalah adik beradik pula.

"Sehingga kini saya beri peluang kepadanya, ada saja alasan tambahan yang direkanya. Jika ia berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," tegasnya.

Bagaimanapun, Lan menganggap, perkara yang berlaku itu juga mungkin adalah kesilapan dirinya sendiri kerana mudah mempercayai orang dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000



PELAKON terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 38, memohon tuntutan RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, dekat sini.

Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail," katanya.






Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.

"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal.

"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,"katanya.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga Kapten Harimau Malaya bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.




Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Sebelum ini, pada 8 November 2012, pelakon tersebut memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak mereka yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

Tuntutan nafkah tertunggak tersebut difailkan pada awal Januari lalu.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Pelakon Rita Rudaini menuntut bayaran mutaah berjumlah RM300,000 daripada bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Dalam sebutan kali pertama kes itu hari ini, Rita, 38, hadir ditemani peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakilinya, namun Mohd. Aidil Zafuan gagal hadir.

Kes itu disebut di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd. Zahrullail di kamar hakim.

Beliau kemudian menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes itu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar memfailkan tuntutan mutaah itu mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai lalu.

Tuntutan mutaah iaitu pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi berkata, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada Mohd. Aidil Zafuan untuk hadir pada sebutan kes hari ini.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Harimau Malaya itu tidak hadir tanpa memberi sebarang alasan kepada mahkamah.

Difahamkan dia masih belum melantik peguam bagi kes berkenaan.

Mohd. Zaidi berkata, Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga gagal hadir pada proses sulh (perbincangan secara baik) yang telah ditetapkan mahkamah pada 14 Ogos lalu.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada Februari 2008 lalu di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September tahun lalu.

Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Keputusan kes itu akan didengar pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, Subang Bestari dekat sini

View the original article here