Showing posts with label Bebas. Show all posts
Showing posts with label Bebas. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Amalan Suku Kreung Benarkan Anak Remaja Jalinkan Hubungan S3ka Bebas

Kreungs adalah suku terpencil terletak di timur laut Kamboja yang sangat liberal dan terbuka untuk hal berbau seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘ gubuk cinta’ kecil dan mendorong anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sampai bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menikahinya.
Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik anak perempuan mereka yang merupakan pasangan sempurna. Mereka percaya, pernikahan seperti itu, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu betul apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.

Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani puteri remaja mereka. Menurut mereka di zaman moden di mana perceraian dan perkosaan terlalu umum dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami kes perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, kempen menyebarkan kesedaran tentang seks yang aman, ialah dengan menggunakan kondom.

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah gubuk cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang gubuk cinta ini :

“Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

“Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan ‘hubungan intim’ dengannya di gubuk saya.

“Tapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti menggauli seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke gubuk saya ketika saya berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.

“Saya tak kira pun, berapa ramai lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga masa ini. Saya rasa tidak ada kewajiban untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.

“Saya khawatir tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil oleh seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainy, maka dia akan menikahi gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.




View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Pengurusan Sahkan Julien Kang Bebas Pengaruh Dadah



PELAKON Julien Kang disahkan bebas daripada pengaruh dadah selepas hasil ujian air kencing dikeluarkan oleh sebuah badan penyiasatan di Korea Selatan.

Pihak pengurusannya Show Brothers Entertaiment mengeluarkan kenyataan tersebut bagi membersihkan imej artis tersebut yang calar selepas insiden ditemui di tepi jalan akibat pengaruh alkohol pada 25 September lalu.






"Ujian menunjukkan dia tidak mengambil sebarang jenis dadah pada hari tersebut," ujar pengurusan kepada media.

Tambahnya, Julien sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kes yang menjejaskan reputasinya sebagai artis.

"Dia tidak selesa sejak kes ini terjadi, Julien seorang artis yang bekerja keras untuk membina namanya dan dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana kes yang menjejaskan imejnya," ujarnya.



View the original article here

Friday, 3 October 2014

7 Tips Mudah Untuk Bebas Daripada Berhutang


Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup.Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada.



Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi di tolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini. Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang anda pastikan anda memilih jalaan yang baik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah panduan untuk anda cuba menyelesaikjan hutang anda.

Kalau ada ‘cash’, gunakan ‘cash’

1. Beli Secara Tunai

Kehendak selalu mendahului keperluan. Semua manusia cuba untuk memenuhi keperluan untuk memuaskan nafsu masing-masing. Di sinilah kita perlu bijak dalam mendidik nafsu untuk tidak tunduk kepadanya. Gunakan akal yang diberikan untuk memilih antara kehendak dan keperluan. Sekiranya kita ingin memiliki sesuatu barang dan itu merupakan keperluan eloklah sekiranya kita mengumpul duit untuk memilikinya berbanding dengan berhutang. Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang.

Beli barang yang perlu sahaja

2. Berbelanja Ikut Kemampuan

Biar bergaya asalkan papa. Ada sesetengah manusia yang mengamalkan prinsip ini demi untuk kelihatan berstatus dimata orang lain. Kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan. Selepas itu barula digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

3. Menabung

Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka. Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda. Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.

Buat ‘part-time’ jual barang secara online

4. Pendapatan Sampingan

Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran berusahalah untuk mempelajari apa sahaja kemahiran yang mampu memberikan pulangan kepada anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya melalui program dropship. Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan. Fokuskan target anda

View the original article here