Showing posts with label DADAH. Show all posts
Showing posts with label DADAH. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Jom Lihat Kekejaman Pengedar Dadah Di mexico

Kumpulan pengedar dadah paling ditakuti di Mexico, Zeta, dikatakan terkenal dengan kekejamannya. Mereka membunuh dengan memenggal kepala, membunuh, bahkan memasak lawan. Kini kumpulan tersebut bertindak lebih advance lagi dengan mengadakan pertarungan ala gladiator dengan tawanan mereka sebagai petarung.

Para tawanan itu dibekalkan dengan senjata tajam kemudian dikerah ke gelanggang yang disediakan untuk bertarung sesama sendiri. Prinsip membunuh atau dibunuh berlaku di sini. Petarung yang bertahan akan dijadikan tukang pukul.

Kejadian ini terbongkar apabila beberapa kuburan besar ditemui dengan lebih dari 400 mayat di dalamnya dalam beberapa bulan lepas.

Sebuah sumber yang terkait dengan perdagangan narkotik mengaku sudah mendengar tentang kegiatan kejam itu. "Kekejaman itu sudah mencapai tingkat maksima bahkan para gangster pun mulai muak dengannya," kata sumber itu.

Seorang perwakilan penguatkuasaan undang-undang di Durango, tempat pertemuan salah satu kubur terbesar di Mexico, mengatakan, "Jika informasi itu benar, mereka benar-benar telah gila”.

Wilayah sempadan Mexico digempur pihak berkuasa dan mengistiharkan perang terhadap Gulf dan Zeta, iaitu kartel yang dibentuk pada tahun 1990-an oleh bekas tentera dan pecahan dari Gulf.
Semenjak tahun 2006, sekurang-kurang 5,300 penduduk Mexico hilang. Saksi menyatakan melihat mereka diambil begitu saja dari bas-bas oleh gengster.

"Kami tidak pernah lagi mendengar khabar berita dari mereka yang hilang. Mereka seperti ditelan bumi," kata Reina Estrada, yang kehilangan hubungan dengan suaminya yang pergi ke perbatasan Mexico-Amerika Syarikat atas urusan perniagaan pada Mac 2009.

"Ramai orang hilang begitu saja, banyak yang lenyap secara berkelompok. Tetapi tidak ada tuntutan wang tebusan," kata seorang aktivis hak asasi manusia di negara Coahuila yang bersempadan dengan Texas, Amerika Syarikat.

Beberapa mangsa penculikan dipaksa membunuh orang. Ada yang ditemukan tergantung di jalan. Sementara itu sebahagian besar dari 200 mayat ditemukan di kubur di negara Tamaulipas ,kelihatan dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup.

Satu laporan dari akhbar Houston Chronicle, menyebut, berdasarkan pengakuan dari seseorang , "Orang tua dibunuh. Wanita muda diperkosa. Sementara orang muda dan produktif diberi senjata , golok, dan tongkat dan dipaksa bertarung sampai mati."

Pada Disember 2006, ketika kekerasan terus meningkat, Presiden Mexico Felipe Calderon, mengerahkan tentera bertindak memerangi kumpulan tersebut. Tindakan itu dikecam kerana membuatkan kumpulan itu bertindak lebih nekat.








View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Pengurusan Sahkan Julien Kang Bebas Pengaruh Dadah



PELAKON Julien Kang disahkan bebas daripada pengaruh dadah selepas hasil ujian air kencing dikeluarkan oleh sebuah badan penyiasatan di Korea Selatan.

Pihak pengurusannya Show Brothers Entertaiment mengeluarkan kenyataan tersebut bagi membersihkan imej artis tersebut yang calar selepas insiden ditemui di tepi jalan akibat pengaruh alkohol pada 25 September lalu.






"Ujian menunjukkan dia tidak mengambil sebarang jenis dadah pada hari tersebut," ujar pengurusan kepada media.

Tambahnya, Julien sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kes yang menjejaskan reputasinya sebagai artis.

"Dia tidak selesa sejak kes ini terjadi, Julien seorang artis yang bekerja keras untuk membina namanya dan dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana kes yang menjejaskan imejnya," ujarnya.



View the original article here

Friday, 3 October 2014

Jom Lihat Kenderaan Penyeludup Dadah Paling Kejam Di Mexico

Dari pesawat ultralight hinggalah kapal selam buatan sendiri, penyeludup dadah Mexico telah lama menggunakan teknologi untuk pengedaran dadah. Tetapi penemuan senjata terbaru penyeludup itu - digelar El Monstruo 2011- berkesan dalam pertahanan dari mana-mana musuh-musuh mereka sama ada berperang di laluan penyeludupan dadah mereka.

El Monstruo 2011 adalah kereta perisai buatan sendiri, senjata inovasi terkini dari Los Zetas, salah satu daripada organisasi pengedaran dadah terbesar dan paling kejam Mexico.















View the original article here

Friday, 19 September 2014

Gambar Kanak-Kanak Jalanan Yang Hidup Bergelumang Dengan Dadah

Menurut statistik rasmi di Odessa sekitar 3000 kanak-kanak jalanan, tetapi dalam realiti, ia adalah hanya sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya," kata Tatiana Semikop, ketua polis jenayah yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak Ukraine.

Tiada siapa yang boleh memberitahu jumlah sebenar kanak-kanak yang tinggal di jalan-jalan di Ukraine, tetapi satu perkara yang pasti. "Anak-anak yatim sosial" kanak-kanak jalanan mencari keselamatan daripada keganasan ibu bapa(lari dari rumah).

Bersama-sama dalam kumpulan, kanak-kanak jalanan menetap di bawah tanah( lurang pembetung), di mana mereka hidup dengan peraturan undang-undang dan mereka sendiri.  Untuk hidup - memerlukan makanan. Untuk mendapatkan makanan - memerlukan wang.  sebaik sahaja mereka mencecah jalan. Sesetengah daripada mereka mencuci kereta, bekerja sebagai porter atau melaksanakan pembaikan, atau mencuri. Sesetengah kanak-kanak akhirnya dalam perhambaan seksual. Selalunya bayaran yang mereka terima dalam bentuk sebotol alkohol atau dos dadah. Mereka yang tidak mahu mentaati,(paksaan). Remaja hidup di jalan, cuba untuk menerangi kehidupan keras mereka, alkohol, rokok, dadah dan gam.












View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Ramli MS: Saya bukan jual dadah!



"Saya dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah, tapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah," Ujar Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS.

Dalam laporan sebuah portal hari ini, beliau dikatakan menempelak media dan semua pihak yang bercerita mengenai perkahwinan rahsianya bersama penyanyi Alyah yang diadakan di Batam Indonesia kira-kira setahun lalu.






Menurutnya, kontroversi tersebut terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti mengedar dadah.

"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi. Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan," katanya.

Kontroversi pernikahan Ramli dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, tersebar selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.

Sewaktu serbuan, Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat.

Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubah suai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.




Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, pasangan itu akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab yang tersendiri untuk merahsiakan perkahwinannya bersama Alyah.

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," jelasnya.

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Macamlah Saya Jual Dadah Kata Ramli MS Isu Kahwin Alyah



Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.






Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.



Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.




"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi... hahaha."

"Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.

"Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah... haha," ujarnya pula menerusi mesej khdimat pesanan ringkas (SMS).

Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.

Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki.

View the original article here

Thursday, 5 June 2014

JANDA SOROK DADAH DALAM KEMALUAN DEMI KEKASIH

type='html'>
imej google
Bandung: Demi cinta seorang janda beranak dua sanggup menggadai masa depannya dengan menyeludup syabu yang disembunyi dalam kemaluannya ke penjara Banceuy, lapor media semalam.
Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek. Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit.
“Dadah itu seberat 25.3 gram disimpan dalam plastik jernih sebelum dimasukkan ke kemaluan,” katanya.
Sementara itu, janda terbabit berkata, dia tidak tahu bahan berkenaan adalah dadah.
“Saya cuma menurut arahan kekasih saya.
“Dia memberitahu bahan yang saya bawa cuma ubat tidur,” katanya. Polis berkata, suspek adalah penduduk Sumedang dan datang ke penjara itu untuk bertemu banduan terbabit yang baru dikenalinya setahun lalu. Menurut sumber, wanita itu mendapat arahan daripada dua lelaki lain di Jalan Sukarno - Hatta di Bandung.
“Suspek mendakwa dia melakukan penyeludupan itu secara sukarela, tanpa sebarang upah,” katanya. 
- Agensi


View the original article here