Showing posts with label Bercerai. Show all posts
Showing posts with label Bercerai. Show all posts

Friday, 31 October 2014

GOSIP!!! Adik Artis Popular Bakal Bercerai Selepas Bersalin?



Gambar hiasan

Sudah heboh di laman sembang mengatakan bahawa seorang penyanyi yg juga adik kepada seorang artis popular bakal bercerai dengan suaminya.

Dakwa mereka, penyanyi tersebut yg beberapa bulan lalu melahirkan anak ketiga telah pergi ke mahkamah syariah untuk urusan penceraiannya.

Tambah gosip itu lagi, suami penyanyi terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini menetap di Pahang. Manakala penyanyi tersebut pula kini menetap di Kuala Lumpur bagi membantu kakaknya.

Mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung lagi gara-gara masalah rumah tangga yg melanda.

View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Adam Dan Fiza Bercerai Kerana Instagram?

Tujuh bulan. Itulah tempoh perkahwinan pasangan Fiza Elite dan Adam AF sebelum kedua-duanya sah bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.



Dalam tempoh yang singkat itu, rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula goyah sejak empat bulan lalu, memetik mStar Online.

Siapa sangka, laman sosial Instagram adalah antara punca keretakan hubungan mereka.

Menurut Fiza, dia bertindak membuang gambar bersama mereka di Instagram apabila terlalu banyak spekulasi yang mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.

Ia sekaligus menambahkan lagi andaian bertalu-talu daripada para peminat dan telah menyebabkan kedua-dua mereka turut bergaduh.

Pada masa yang sama, Fiza menafikan perceraian itu terjadi kerana masalah kewangan Adam kerana bekas suaminya itu telah membantu menghulurkan wang untuk pembedahan ayahnya.

Tapi, secara logiknya, kalau hubungan mereka tidak bermasalah sebelum ini, mengapa Fiza perlu membuang gambarnya bersama Adam?

Atau mungkin ada punca yang lebih besar yang mendorong kepada tindakan Fiza membuang gambar Adam di akaun sosialnya itu?

Hmm..hendak fikir dalam-dalam pun rasanya sudah tak perlu sebab keputusan sudahpun dibuat.

Apa pun, kami yakin peminat masih berharap untuk melihat pasangan ini bersatu semula jika jodoh mereka masih panjang… -Mynewshub.my