Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

TAHNIAH!!! Fasha Sandha selamat bersalin

Menerusi kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram, suami kepada Fasha Sandha mengirimkan sekeping gambar memaklumkan yg pelakon itu sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini yg juga merupakan anak kedua pasangan ini.

Anak perempuan ini sudah pun diberi nama Putri Raysha Jemaiman dan Jejai juga memaklumkan yg kedua dua ibu dan anak dalam keadaan sihat -








 


View the original article here

Monday, 3 November 2014

TAHNIAH!!! Gambar dan video bayi Rozita Che Wan selamat bersalin

Menerusi laporan blog rotikaya sebentar tadi Zain Saidin memaklumkan yg isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan keadaan kedua-dua mereka sihat.



Jom tengok gambar dan tonton video pendek ucapan syukur Zain Saidin di bawah. Korang kena scroll down kat bawah yer. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga terus diberkati.



Ini pula ialah kenyataan dari laman instagram officialhlive :-



"@therealzainsaidin memanjatkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata perempuannya pukul 2.18 petang tadi. Bayi dan ibunya, @rozitachewan1 berada dalam keadaan sihat. Tonton @officialhlive pukul 8.30 malam ini untk berita lanjut."










View the original article here

Friday, 31 October 2014

GOSIP!!! Adik Artis Popular Bakal Bercerai Selepas Bersalin?



Gambar hiasan

Sudah heboh di laman sembang mengatakan bahawa seorang penyanyi yg juga adik kepada seorang artis popular bakal bercerai dengan suaminya.

Dakwa mereka, penyanyi tersebut yg beberapa bulan lalu melahirkan anak ketiga telah pergi ke mahkamah syariah untuk urusan penceraiannya.

Tambah gosip itu lagi, suami penyanyi terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini menetap di Pahang. Manakala penyanyi tersebut pula kini menetap di Kuala Lumpur bagi membantu kakaknya.

Mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung lagi gara-gara masalah rumah tangga yg melanda.

View the original article here

Saturday, 25 October 2014

GEMPAR!!! Penumpang bersalin: MH135 mendarat cemas



BRISBANE- AUSTRALIA. Sebuah pesawat MAS terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali kerana salah seorang penumpang warga Australia hampir bersalin, semalam.

MH135 yg dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brisbane terpaksa membuat pendaratan cemas selepas wanita itu mengalami kontraksi, lapor Australian Assiociate Press.

Pesawat berkenaan membawa 178 penumpang dan anak kapal mendarat jam 2.10 petang (12.10 petang waktu tempatan) dan sejurus mendarat wanita itu terus dikejarkan ke hospital.

MH135 berlepas semula ke Brisbane jam 4.14 petang (2.14 petang waktu tempatan).-

 


View the original article here

Monday, 20 October 2014

Hospital Ampang Puteri taja Che Ta bersalin



BERTUAH sungguh bergelar selebriti terkemuka seperti Rozita Che Wan.

Khabar terbaru, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta mendapat tajaan sepenuhnya Hospital Ampang Puteri untuk proses kelahiran anaknya nanti.

Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.

Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.

Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November.

Selain mendapat tajaan kos bersalin, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro.

Pasangan romantis ini bernikah pada Disember lalu dan kini sedang menunggu hari untuk kelahiran bayi pertama mereka



View the original article here

Friday, 29 August 2014

Setahun Tempoh Pantang Bersalin Che Ta Agar Kekal Cantik


Rozita dan suaminya Zain Saidin tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka.

Pelakon Rozita Che Wan akan menjaga pantang bersalin dan hanya memilih makanan tertentu selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia akan mengelak mengambil makanan tidak berkhasiat, sejuk dan berangin yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri di usia tua.






"Saya sangat titik beratkan tentang pantang selepas bersalin termasuklah tidak keluar rumah 45 hari dan pantang makan untuk jaga badan.

"Biasanya saya akan berpantang dengan hanya memilih makanan tertentu dalam masa setahun sehingga kadang-kala menyebabkan saya hilang selera seperti tidak lagi gemarkan sayur sawi," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho di sini Rabu lalu.

Majlis turut dihadiri suami Che Ta iaitu Zain Saidin, Sasha Saidin, Zaina Zain, Sabhi Sadhi, Sherry Ibrahim, Fazli Zainal dan Marsha Milan.

Rozita yang kini hamil tujuh bulan juga mengakui kecewa terhadap segelintir wanita yang mengabaikan amalan berpantang kerana mereka menganggap amalan itu sesuatu yang tidak penting.

Katanya, perkara tersebut merupakan amalan tradisional yang sememangnya berkesan untuk kebaikan kesihatan serta telah diamalkan nenek moyang sejak zaman dahulu.

"Saya kesal melihat wanita yang tidak jaga pantang, walaupun mereka kata mereka kuat untuk keluar atau melakukan aktiviti ketika dalam tempoh berpantang, namun kesan yang akan mereka dapat ketika hari tua.

"Saya lihat emak saya masih kuat walaupun usia dia sudah lanjut. Ini adalah kerana amalan dia yang sangat menjaga pantang ketika bersalin dahulu.



Tambah Rozita, selepas bersalin nanti dia akan dijaga oleh ibunya, Zabedah Saad yang kini berusia 62 tahun.

Dalam pada itu, Rozita mengakui sudah mempunyai nama untuk anak perempuannya dan akan didedahkan pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut.

Bagaimanapun, Rozita berkata, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dahulu.

Sementara itu, Rozita berkata, suaminya pelakon Zain Saidin merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi itu.

Katanya, Zain tidak membenarkan dia untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya.




"Dia paling teruja, kalau nak pergi check-up, tidak boleh pergi tanpa dia. Sampaikan jadual check-up saya terpaksa ditukar mengikut jadual penggambaran dia.

"Kalau dalam bilik check-up, dia paling sibuk bertanya macam-macam pada doktor dan ambil banyak gambar bayi untuk simpanannya,” katanya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

View the original article here