Showing posts with label Berhijab. Show all posts
Showing posts with label Berhijab. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

Penonton Tegur 'Majalah 3' Siar Gambar Sharifah Aini Tidak Berhijab



Edisi khas program Majalah 3 berjudul Perginya Seri Dewi Malam Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang disiarkan pada malam Isnin lalu ditegur penonton gara-gara tidak memenuhi permintaan terakhir biduanita itu agar tidak menyiarkan semula gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat.

Rata-rata penonton menyelar program terbitan TV3 itu kerana dianggap tidak sensitif selain melanggar permintaan Allahyarham selepas pemergiannya.






Program berdurasi selama sejam itu memaparkan kehidupan dan perjalanan kerjaya Allahyarham sepanjang bergelar anak seni yang turut memaparkan kembali gambar-gambar lama sebelum Allahyarham bertudung.

Kebanyakan penonton meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka melalui laman sosial Facebook TV3 yang mempunyai 1,601,011 pengikut itu selepas mereka memuat naik posting bagi mempromosikan program tersebut pada 25 Ogos lalu.



Posting tersebut menerima lebih daripada 200 likes dan 50 komen sehingga petang Khamis.

Salah seorang pengunjung Facebook, Faareast Mk berkata: "TV3 tidak menghormati arwah Sharifah Aini yang meminta video dia tidak menutup aurat supaya tidak disiarkan lagi."




Manakala Puteri Norathirah Megatabubakar menulis: "Memohon agar TV3 menghormati permintaan Allahyarham untuk tidak lagi menayangkan gambar beliau tidak menutup aurat.

"Permintaan beliau boleh dilihat semula pada rancangan Prof Muhaya di TV9 dahulu."

Fadzree Fadzree berkata: "Kasihanilah permintaan Allah, permintaan terakhir beliau jangan mendedahkan aib semasa muda".

Sementara itu, wakil stesen televisyen itu yang dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut berikutan ia merupakan pandangan peribadi masing-masing.

Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai lalu kira-kira pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru selain virus Influenza A H1N1.

View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu


Biarpun produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman sudah membuat penampilan serta kenyataan secara eksklusif bahawa dia kini sudah pun berhijrah serta berhijab kepada pengacara Hlive! Special, Datuk Aznil HJ Nawawi sewaktu program infotainment itu bersiaran di Astro Ria pada malam semalam, hakikatnya Raja Azmi Raja Sulaiman sudah pun mula berhijab secara rasmi pada 29 Mei 2014 yang lalu.

Keputusan untuk memakai hijab pada tarikh tersebut (29 Mei 2014) telah dikongsi kepada Editor In-Chief Portal Murai iaitu Ellyna Ali beserta rakan-rakan terdekat serta ahli keluarganya yang lain, beberapa hari sebelum itu.

Namun, Raja Azmi meminta supaya hal tersebut dirahsiakan kerana pada tarikh yang sama juga dia mahu mengadakan Kenduri Doa Selamat di atas penghijrahannya itu beserta menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjengah tidak lama lagi

"Kenduri Doa Selamat itu saya buat untuk mengaminkan niat saya untuk berhijrah dan saya juga mahu memohon kepada Allah SWT supaya dapat menetapkan iman saya serta diberikan hidayah agar saya dapat terus memperbaiki kelemahan diri saya dan terus belajar untuk menjadi muslimah yang baik.

"Kebetulan, tarikh itu jatuh pada hari Khamis malam Jumaat, jadi memang kena sangatlah saya buat kenduri tersebutdan saya juga mahu mengambil keberkatan bulan Ramadan ke atas penghijrahan saya ini.," katanya kepada Portal Murai. Menurut Raja Azmi lagi, keputusan untuk berhijarh dibuat selepas memikirkan pelbagai aspek terutama selepas tercetusnya kontroversi apabila dia mempersoalkan isu wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

"Selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, saya telah dihambat dengan pelbagai kritikan dan saya mula berfikir balik bahawa sedikit-sebanyak kritikan itu ada kebenarannya.

"Akhirnya saya cuba mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk.Saya baca Al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam. Malah saya juga membuat sembahyang Istikarah

"Akhirnya saya temui jawapan dan pada satu pagi, terus terdetik di hati saya untuk berhijrah dan Alhamdulillah sekarang ini Allah SWT sudah memberikan petunjuk dan jalan untuk saya berhijab sepenuhnya," katanya lagi.murai.com.

View the original article here