Showing posts with label Tegur. Show all posts
Showing posts with label Tegur. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Siti Nurhaliza, Saya tegur kerana kenyataan timbul fitnah

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata beliau terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat artis yang sewenang-wenangnya menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangan mereka.

Siti berkata, ini kerana peminat artis itu menuduh beliau merasuah wartawan dengan hadiah semata-mata untuk membeli jiwa mereka.

"Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini.








"Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.

Datuk Siti Nurhaliza.

"Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya," katanya.

Mengenai isu penyanyi Patah Seribu itu yang sedang berkonflik dengan media Melayu khususnya berikutan tindakan beliau menuduh media tidak menyokong kerjaya seni dan lebih suka menulis kisah peribadi, Siti sebagai penyanyi senior meluahkan pandangannya.




"Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.

"Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media," katanya.

View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu | Beberapa hari ini kebelakangan ini tercetus satu lagi kontroversi baru apabila sekeping gambar di Instagram Zaquan Adha kelihatan isterinya, Ayu Raudhah sedang menyusukan bayi mereka.

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu

Ramai peminat mempertikaikan tindakan Zaquan yang terlalu ghairah memuat naik gambar hingga sanggup berkongsi momen mereka yang agak peribadi.

Bagaimana pun terdapat sebilangan komen lain terutama wanita membidas mereka yang terlalu memperbesarkan isu ini kerana tiada bahagian sulit badan terdedah cuma mereka yang membayangkan lebih-lebih.

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu | Beberapa hari ini kebelakangan ini tercetus satu lagi kontroversi baru apabila sekeping gambar di Instagram Zaquan Adha kelihatan isterinya, Ayu Raudhah sedang menyusukan bayi mereka.

Apa pun memang tak salah untuk memberi susu badan pada anak di khalayak ramai kerana kini terdapat banyak pakaian yang direka untuk memudahkan penyusuan di mana sahaja , tetapi berkongsi gambar ini di laman sosial....ini la pula jadinya...

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu

Jangan salahkan lelaki kerana fikiran mereka memang mudah sangat terimaginasi lebih-lebih bila melihat sesuatu Zaquan patut lebih maklum hal ini kot.

sumber
mynewshub

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Penonton Tegur 'Majalah 3' Siar Gambar Sharifah Aini Tidak Berhijab



Edisi khas program Majalah 3 berjudul Perginya Seri Dewi Malam Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang disiarkan pada malam Isnin lalu ditegur penonton gara-gara tidak memenuhi permintaan terakhir biduanita itu agar tidak menyiarkan semula gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat.

Rata-rata penonton menyelar program terbitan TV3 itu kerana dianggap tidak sensitif selain melanggar permintaan Allahyarham selepas pemergiannya.






Program berdurasi selama sejam itu memaparkan kehidupan dan perjalanan kerjaya Allahyarham sepanjang bergelar anak seni yang turut memaparkan kembali gambar-gambar lama sebelum Allahyarham bertudung.

Kebanyakan penonton meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka melalui laman sosial Facebook TV3 yang mempunyai 1,601,011 pengikut itu selepas mereka memuat naik posting bagi mempromosikan program tersebut pada 25 Ogos lalu.



Posting tersebut menerima lebih daripada 200 likes dan 50 komen sehingga petang Khamis.

Salah seorang pengunjung Facebook, Faareast Mk berkata: "TV3 tidak menghormati arwah Sharifah Aini yang meminta video dia tidak menutup aurat supaya tidak disiarkan lagi."




Manakala Puteri Norathirah Megatabubakar menulis: "Memohon agar TV3 menghormati permintaan Allahyarham untuk tidak lagi menayangkan gambar beliau tidak menutup aurat.

"Permintaan beliau boleh dilihat semula pada rancangan Prof Muhaya di TV9 dahulu."

Fadzree Fadzree berkata: "Kasihanilah permintaan Allah, permintaan terakhir beliau jangan mendedahkan aib semasa muda".

Sementara itu, wakil stesen televisyen itu yang dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut berikutan ia merupakan pandangan peribadi masing-masing.

Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai lalu kira-kira pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru selain virus Influenza A H1N1.

View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

Aksi 'Melekat' Di Mekah, Peminat Tegur Lana Nordin

 Keterujaan Lana Nordin menunaikan umrah di Mekah bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawati turut dikongsikannya kepada peminat dengan memuatnaik gambar-gambar menarik di Integram.


Lana Nordin juga tidak lupa berkongsi sekeping gambar Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dan memberitahu dia ialah teman rapatnya serta meminta orang ramai mendoakan Fariq.

Bagaimanapun keterujaan bekas kekasih Johan As'ari itu mungkin sedikit terganggu dengan beberapa komen negatif pengikutnya di akaun Integram. Mereka dilihat tidak begitu senang dengan keintiman Lana bergambar di sisi Faizi Nawawi.


View the original article here

Sunday, 1 June 2014

Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook



Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook

Bekas model Pla yboy yang dalam proses mengenali Islam,Felixia Yeap telah memuatnaik satu status menempelak sesetengah orang melayu yang gila se ks dan mencuba melakukan provokasi s ek sual terhadap dirinya.Menurut Felixia Yeap,beberapa pengguna Facebook yang berbangsa Melayu telah menyelongkar halaman Facebook rasminya untuk mencari gambar-gambarnya yang lalu ketika dia masih menjadi model Pla yboy.

152

Antara komen-komen yang dia dakwa ditulis oleh pengguna Islam berbangsa Melayu ialah ‘Nak Ra mas’ , ‘Nak Pa ncut Dalam’ , ‘Nak Ber om en’ , ‘Nak Ji lat’ dan ‘Nak Admin Masuk N eraka’.Sesungguhnya perkara ini sangat memalukan kita kerana ia ditulis oleh orang Melayu sendiri! .Apa nak jadi? Orang sedang cuba memahami dan mendalami Islam di hina sebegitu?

sumber

View the original article here