Showing posts with label Betul. Show all posts
Showing posts with label Betul. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

BETUL LA!!! Bekas Teman Lelaki Dakwa Dyana Sofea Dan Zairil Memang Ada Hubungan


AMBOI makin panas pula cerita tentang pasangan ‘hot’ Melayu DAP ini, Dyana – Zairil.


Di kala masing-masing menafikan ‘keintiman’ mereka kononnya tidak ada sebarang hubungan, tup-tup keluar kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Fairuz Azhan.

Difahamkan, Fairuz merupakan bekas teman lelaki Dyana Sofya.

Menurut status yg dimuat naik Fairuz Azhan di laman Facebooknya, dia mendakwa kecuaian berlaku di pihak Zairil yg kononnya ingin memuat naik gambar untuk tatapan peribadi tapi tersilap menukar status kepada tontonan umum.

Katanya, adalah mustahil mengatakan akaun Zairil diceroboh kurang dari lima minit.



Dan lebih menarik lagi, dia mempertikaikan kenapa hubungan antara Dyana dan Zairil sesuatu yg tidak logik.

Secara jelas Fairuz kemudiannya membayangkan bahawa hubungan antara kedua mereka sudah lama diketahuinya tetapi didiamkan selama ini demi menjaga aib.

Baru sekarang dia bersuara, selepas aib itu dibuka ‘sendiri’.

Sebenarnya, memang tak mustahil jika jika Dyana dan Zairul mempunyai hubungan namun ia tidak wajar dari sudut moral memandangkan Zairul sudah pun berkahwin.

Selain itu, jika benar mereka mempunyai hubungan itimewa sudah tentulah sedikit sebanyak umum akan mengaitkannya dengan keputusan Dyana masuk parti DAP yg terlebih dahulu disertai Zairul.

Apa pun baca sajalah  ini, kemudian penilaiannya terpulanglah pada kebijaksanaan akal masing-masing.

 


View the original article here

Friday, 24 October 2014

GEMPAR!!! Betul Ke Uqasha Senrose Bercinta Dengan Shafiq Kyle?


Semalam, pelakon cantik Uqasha Senrose membuat cameo di rancangan Super Spontan dan menjadi bahan para pelawak di sana.

Ramai tertanya-tanya siapa gerangan yg berjaya menawan hati Uqasha Senrose, masih single ke dah ada kekasih.

Melalui Portal , Shafiq Kyle sekali lagi dikaitkan dengan Uqasha. Pelakon yg popular di dalam rancangan Penggali Kubur bersama Nasir Bilal Khan ini, memberi komen tentang hubungannya dengan pelakon cantik Uqasha Senrose.

Ini kata Shafiq Kyle:


Saya tidak boleh nak cakap lebih-lebih kerana nanti orang ingat saya bercinta pula dengan Uqasha. Jadi buat masa itu sahaja yg dapat saya komen buat masa ini.

Mungkin persahabatan kami disensasikan kerana saya dan dia merupakan pelakon serta mendapat perhatian lebih sedikit.

Banyak pihak yg bercakap mengenai kami namun buat masa ini kami lebih selesa berkawan. Rasanya jika saya berkawan dengan orang biasa mungkin isu sebegini tidak timbul.

Timbul ura-ura yg mengatakan saya merampas Uqasha dari Pekin Ibrahim (bekas teman lelaki Uqasha) namun perkara itu tidak benar sama sekali kerana kami mula rapat setelah dia tidak terikat dengan sesiapa pun.

Ada juga pihak salahkan saya apabila hubungan Pekin dan Uqasha berantakan. Bagi saya, tidak mengapalah.

Saya enggan fikirkan mengenai perkara tersebut. Sebab orang yg salahkan itu tidak tahu hal sebenar. Saya berkawan dengan Uqasha sahaja, bukannya bercinta,.

Nampaknya Shafiq Kyle menafikan ada hubungan istimewa antara mereka. Jadi mungkin Uqasha Senrose masih single lagi.

Buat anda yg berminat/berkenan sangat dengan Uqasha Senrose cecepat la ngorat OK!

 


View the original article here

Friday, 23 May 2014

Biar Betul, Piala Dunia Brazil Dibakar Penunjuk Perasaan?



RIO DE JANEIRO – Perosak harta benda membakar replika Piala Dunia setinggi enam meter yang terletak beberapa kilometer dari lokasi pasukan Brazil akan ditempatkan untuk temasya bulan depan, menurut pegawai di bandar Teresopolis.

“Usaha akan dilakukan bagi mencari dalang perbuatan vandalisme ini supaya mereka tidak terlepas daripada hukuman,” menurut Datuk Bandar Teresopolis dalam satu kenyataan.

Serangan terhadap replika piala itu bukan yang pertama terhadap simbol berkaitan Piala Dunia di Brazil. Bola sepak besar serta maskot Fuleco turut dirosakkan.

Tahun lalu, lebih sejuta orang berhimpun di jalanan di beberapa bandaraya Brazil bagi membantah perbelanjaan untuk temasya itu serta kurangnya peruntukan untuk perkhidmatan awam.~ Sumber