Showing posts with label Senrose. Show all posts
Showing posts with label Senrose. Show all posts

Friday, 31 October 2014

WOW!!! Uqasha Senrose Cantik Bertudung, Manis Gitu


Pergh!!~ Cantiknya... Memang menawan, manis, jelita dan mempersona sungguh apabila Uqasha Senrose bertudung. Memang boleh tangkap cintan dibuatnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Uqasha atas penghijrahan ini. Semoga semakin murah rezeki dan hidup semakin diberkati.

Bekas kekasih Pekin Ibrahim ini menyatakan penghijrahannya ini tidak ada kena mengena dngan mana-mana lelaki.

Jadi ia bukanlah sebab putus cinta baru-baru ini. Baguslah macam itu.



Nak bertudung hati kena ikhlas. Kata Uqasha menerusi portal GUA:


Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yg saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini.

Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yg terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yg baik-baik untuk saya

 














 


View the original article here

Friday, 24 October 2014

GEMPAR!!! Betul Ke Uqasha Senrose Bercinta Dengan Shafiq Kyle?


Semalam, pelakon cantik Uqasha Senrose membuat cameo di rancangan Super Spontan dan menjadi bahan para pelawak di sana.

Ramai tertanya-tanya siapa gerangan yg berjaya menawan hati Uqasha Senrose, masih single ke dah ada kekasih.

Melalui Portal , Shafiq Kyle sekali lagi dikaitkan dengan Uqasha. Pelakon yg popular di dalam rancangan Penggali Kubur bersama Nasir Bilal Khan ini, memberi komen tentang hubungannya dengan pelakon cantik Uqasha Senrose.

Ini kata Shafiq Kyle:


Saya tidak boleh nak cakap lebih-lebih kerana nanti orang ingat saya bercinta pula dengan Uqasha. Jadi buat masa itu sahaja yg dapat saya komen buat masa ini.

Mungkin persahabatan kami disensasikan kerana saya dan dia merupakan pelakon serta mendapat perhatian lebih sedikit.

Banyak pihak yg bercakap mengenai kami namun buat masa ini kami lebih selesa berkawan. Rasanya jika saya berkawan dengan orang biasa mungkin isu sebegini tidak timbul.

Timbul ura-ura yg mengatakan saya merampas Uqasha dari Pekin Ibrahim (bekas teman lelaki Uqasha) namun perkara itu tidak benar sama sekali kerana kami mula rapat setelah dia tidak terikat dengan sesiapa pun.

Ada juga pihak salahkan saya apabila hubungan Pekin dan Uqasha berantakan. Bagi saya, tidak mengapalah.

Saya enggan fikirkan mengenai perkara tersebut. Sebab orang yg salahkan itu tidak tahu hal sebenar. Saya berkawan dengan Uqasha sahaja, bukannya bercinta,.

Nampaknya Shafiq Kyle menafikan ada hubungan istimewa antara mereka. Jadi mungkin Uqasha Senrose masih single lagi.

Buat anda yg berminat/berkenan sangat dengan Uqasha Senrose cecepat la ngorat OK!

 


View the original article here

Thursday, 9 October 2014

MENARIK Wajah sebenar ibu Nelydia Senrose





Sebelum ini, pelakon wanita hebat seperti Nora Danish, Lana Nordin dan Emma Maembong telah berkongsi gambar wajah ibu mereka masing-masing di laman Instagram untuk tatapan peminat setia. Semuanya mendapat pelbagai respon dari pengikut-pengikut mereka.

Sebentar tadi pula ialah giliran aktres jelita, Nelydia Senrose untuk mendedahkan wajah sebenar ibunya yg belum pernah dilihat orang. Agak mengejutkn kerana raut wajah ibu Nelydia seakan serupa dengan pelakon arwah Rosnah Mohd Noor.

Perkara ini turut disedari oleh salah seorang pengikut kekasih Qi Razali itu di laman Instagram. Apapun, ibu Nelydia memang cantik dan menawan dengan mengenakan tudung.







 


This post was made using the Auto Blogging Software from WebMagnates.org This line will not appear when posts are made after activating the software to full version.

View the original article here