Showing posts with label FELIXIA. Show all posts
Showing posts with label FELIXIA. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Felixia Yeap Dikecam Lagi Muatnaik Gambar Bersolat Di Instagram [3 Gambar]


Kadang-kadang kami pun tak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.

Setiap foto yang dimuatnaik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.

Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu? Haih.. Perlu ke?

Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para netizen untuk membuat anggapan sedemikian rupa.

Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.

Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.
Kami turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim.

Bukan apa, kita yang memang sejak azali dilahirkan sebagai umat Islam ni pun masih lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Jadi, rasanya tak eloklah nak jadi judgmental begitu. Betul tak? Tulisan artikel milik penuh Portal Ohbulan.

View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Felixia Yeap padam foto seksi

type='html'>
ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.

PETALING JAYA: Model berbangsa Cina iaitu Felixia Yeap yang memilih berhijab mengaku rimas dan tertekan dengan desakan  segelintir pihak yang memaksanya membuang gambar-gambar seksi di laman sosial Facebook miliknya.

Felixia, 27, yang mula dikenali selepas tampil dengan imej bertudung litup berkata, dia memerlukan masa untuk membuang ribuan gambar ketika menjadi model beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy.

"Kadang-kadang saya rimas bila orang hantar mesej peribadi di laman sosial menyuruh saya membuang gambar-gambar lama saya. Bukan saya tidak mahu buang tetapi saya tiada masa untuk berbuat demikian.

"Saya perlu masa untuk menyimpan satu persatu gambar tersebut sebelum membuangnya, ia bukan sekeping dua tetapi beribu-ribu," katanya melalui kiriman e-mel kepada mStar Online di sini, Khamis.

Felixia berkata demikian ketika diminta mengulas status yang dimuat naik dilaman  Facebook miliknya yang meminta kerjasama daripada semua pengikut laman sosial itu agar tidak memberi tekanan kepadanya supaya membuang gambar-gambar sebelum bertudung.


Dalam pada itu, Felixia berkata gambar-gambar tersebut menunjukan perjalanan hidupnya yang melalui tranformasi selain ia mampu memberi inspirasi kepada individu yang ingin berubah.

"Saya rasa gambar tersebut menunjukan perjalanan hidup saya daripada seorang yang jahil hingga berubah menjadi lebih baik. Ia sedikit sebanyak dapat memberi insiparsi kepada orang lain yang ingin berubah ke arah kebaikan," katanya.

Sementara itu, Felixia tidak menafikan ramai yang mengecam tindakannya berhijab  kerana dia masih belum memeluk Islam namun sebilangan besar juga masyarakat menyokong dan memberi semangat.

Dia juga masih lagi mendalami ilmu tentang agama Islam sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama itu.

"Ramai yang pandang serong apabila saya mengenakan hijab ini tetapi ramai juga yang menyokong saya. Bagi yang mengecam, saya hanya sabar sahaja kerana tidak semua orang suka apa yang kita lakukan.

"Saya perlukan masa untuk semua itu. Kini saya masih lagi mengikuti kelas agama Islam sebelum membuat keputusan besar dalam hidup saya," katanya yang turut berjinak-jinak dalam dunia seni tanah air.


Sumber



View the original article here

Sunday, 1 June 2014

Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook



Felixia Yeap Tegur Sikap Orang Melayu Di Facebook

Bekas model Pla yboy yang dalam proses mengenali Islam,Felixia Yeap telah memuatnaik satu status menempelak sesetengah orang melayu yang gila se ks dan mencuba melakukan provokasi s ek sual terhadap dirinya.Menurut Felixia Yeap,beberapa pengguna Facebook yang berbangsa Melayu telah menyelongkar halaman Facebook rasminya untuk mencari gambar-gambarnya yang lalu ketika dia masih menjadi model Pla yboy.

152

Antara komen-komen yang dia dakwa ditulis oleh pengguna Islam berbangsa Melayu ialah ‘Nak Ra mas’ , ‘Nak Pa ncut Dalam’ , ‘Nak Ber om en’ , ‘Nak Ji lat’ dan ‘Nak Admin Masuk N eraka’.Sesungguhnya perkara ini sangat memalukan kita kerana ia ditulis oleh orang Melayu sendiri! .Apa nak jadi? Orang sedang cuba memahami dan mendalami Islam di hina sebegitu?

sumber

View the original article here

Thursday, 29 May 2014

PAKAIAN FELIXIA YEAP DI ABPBH YANG TENGGELAMKAN ARTIS-ARTIS SEKSI LAIN!!

Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.



View the original article here