Showing posts with label TINGGAL. Show all posts
Showing posts with label TINGGAL. Show all posts

Friday, 14 November 2014

Wanita Misteri Tinggal Satu Rumah Tanpa Disedari

Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.

Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan lantas meninggalkan apartment untuk melaporkan kepada pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.

          

View the original article here

GEMPAR!!! Wanita Misteri Tinggal Serumah Selama Beberapa Minggu Tanpa Disedari..




Apabila makanan di dapur atau peti sejuk anda hilang apa yg bermain difikiran anda?? Misteri ini terjadi kepada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.



Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yg aneh dengan perkara tersebut. Lantas dia mencari misteri yg berlaku itu dengan memasang sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.



Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita misteri turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya. Seolah-olah seperti sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.



Wanita misteri itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita misteri itu naik kembali ke pengudaraan.



Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan lantas meninggalkan apartment untuk melaporkan kepada pada polis. Apabila polis menangkap wanita misteri tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.



Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.









Sumber: Dairishare.blogspot.com

 


View the original article here

Tuesday, 28 October 2014

GEMPAR!!! Lagi Artis Kantoi Tinggal Sebumbung Tanpa Ikatan Sah



Dalam keseronokan SS menghadirkan diri pada satu majlis hiburan baru-baru ini,

SS dikejutkan dengan cerita pasangan artis yg khabarnya tinggal sebumbung.

SS terkejut apabila mendengar cerita yg disampaikan seorang teman kerana tidak

pernah pula mendengar pasangan itu membuat pengumuman mereka kini hangat

menjalinkan hubungan cinta.

Sepanjang pengetahuan SS, hubungan pasangan artis itu memang rapat kerana 
sama-sama terbabit dalam bidang seni, tetapi tidaklah sampai bercinta dan duduk 

sebumbung sekali.

Apapun, SS tak berani hendak buruk sangka tanpa usul periksa. Maklumlah, 
sekarang ini sudah banyak sangat 'pelanduk dua serupa'.

Nanti, kalau terus menuduh, SS bimbang akan jatuh fitnah pula. Apapun, kalau 
benarlah pasangan ini bercinta, SS harap mereka cepat-cepat buat pengumuman 
mengenainya.

Lagi bagus dan berkesan, jika mereka menghantar terus kad undangan perkahwinan. 

Bukan apa, kalau sudah betul saling bercinta dan suka sama suka hendak tunggu 

apa lagi.

Ditambah pula, perkara baik seperti mendirikan masjid ini memang dituntut dalam 

agama. Apatah lagi, disebarkan segera untuk pengetahuan masyarakat. Barulah tidak 

mengundang sebarang kisah sensasi atau gosip liar.

View the original article here

TAKUT TAK!!! 11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu..







Anda patut tahu tentang info ini untuk mengelakkan diganggu oleh makluk halus. Bak kata orang, jangan sengaja cari pasal. Betul tak?



Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada pokok yg menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yg menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.



Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?



Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yg di katakan oleh orang tua dulu-dulu yg di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yg menjadi tempat tinggal hantu ini.





Pokok Ara

Pokok ara yg mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.





Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yg menjadi tempat tinggal puntianak.





Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.





Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yg tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.





Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yg umurnya sudah bertahun-tahun.





Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.





Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yg disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yg saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 





Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.





Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yg sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.





Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.





Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.





Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yg di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.



Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.





View the original article here

Sunday, 26 October 2014

Gara-Gara Patah Hati Gadis Ini Tinggal Di Restoran KFC Selama Seminggu

Apabila seseorang merasa kecewa atau patah hati dengan cinta, maka akal sihat fikirannya seolah-olah hilang. Mereka boleh melakukan apa-apa juga, bahkan ada di antara mereka yang putus asa, akhirnya menamatkan hidupnya setelah ditinggalkan kekasih.

Tetapi apa yang dilakukan oleh wanita bernama Tan Shen, yang baru berumur 26 tahun, cukup pelik, beliau memilih untuk tinggal di restoran makanan siap saji selama satu minggu. Apa alasan Tan Shen tinggal di restoran tersebut?

"Saya hanya bersiar-siar di sekitar tempat ini, lalu saya berhenti dan tinggak di KFC di berhampiran stesen. Saya tidak merancang tinggal di sini dalam masa yang panjang. Saya hanya ingin makan sayap ayam," ucap Tan Shen yang petik dari DailyStar.

Sebenarnya Tan Shen mempunyai pangsapuri yang beliau tinggal bersama dengan kekasihnya tersebut. Namun ia enggan kembali ke sana, dan memilih restoran yang berada di Chengdu, China, untuk didiami. Kerana apartmen itu, begitu banyak kenangan bersama kekasihnya tersebut.


Mujurlah, kakitangan restoran tersebut mengertian dan sedar dengan apa yang menimpa gadis tersebut. Sehingga mereka tidak menegurnya untuk pulang dan pergi dari restoran tersebut.

Sama seperti pelanggan lain, kakitangan restoran juga melayani wanita tersebut dengan penuh perhatian. Namun semasa Tan Shen pergi dari restoran tersebut, kakitangan di restoran KFC tersebut seolah-olah kehilangan, kerana ia telah berada di sana cukup lama.

"Kami sangat kehilangannya. Kerana ia membuat pekerjaan kami semakin menarik," ucap Jiang Lung, salah seorang pegawai di restoran tersebut.

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

TERJUN SUNGAI SETELAH UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA ISTERI



DI Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu inilah lokasi Tuck Li dilihat terjun ke dalam Sungai Kelantan malam kelmarin

KOTA BHARU - Seorang eksekutif jualan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya menerusi telefon bimbit sebelum dia kemudian dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini malam kelmarin.


Kejadian itu berlaku pada pukul 9.20 malam tetapi sehingga pukul 5 petang semalam nasib Yoon Tuck Li, 28, belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, seorang saksi mendakwa melihat tindakan mangsa yang memberhentikan kereta Honda City yang dipandunya di tepi jambatan tersebut sebelum dia kemudian terjun ke dalam sungai itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.