Hollywood is filled with beautiful actresses, but not every good role calls for a stunning woman. So what is a Hollywood actress to do? Well, she plays 'ugly.'
Showing posts with label Hodoh. Show all posts
Showing posts with label Hodoh. Show all posts
Tuesday, 28 October 2014
Thursday, 16 October 2014
Anak Buang Ibu Sendiri Kerana Di Anggap Hodoh
Seorang wanita berusia 63 ditemui menangis di tepi jalan bandar Hangzhou, China, dan perkara tersebut mendadak jadi perhatian media. Wanita bernama Ding Liang tersebut menempuh perjalanan selama 5 jam untuk bertemu anak lelakinya yang baru saja dikurniakan anak. Namun ternyata ia telah ditolak oleh anaknya sendiri kerana wajahnya hodoh.
Kisah tersebut menjadi perbincangan hangat di internet dan dibincangkan pelbagai media. Ding Liang berkata beberapa tahun lalu anak lelakinya pergi ke Hangzhou dari kotanya yang kecil untuk belajar dikolej hingga akhirnya bekerja sebagai penjual kereta dan berkahwin. Semasa menikah pun, anak lelakinya tidak mengakui hubungan mereka sebagai anak dan ibu kerana malu.
Sejak itu anaknya mulai putus hubungan dengan keluarganya di kampung, tidak pernah menghubungi dan hanya berbual ketika Ding Liang menghubunginya. Sebenarnya ia tidak keberatan diperlakukan demikian tapi semasa anaknya mengatakan isterinya melahirkan anak maka Ding Liang ingin melawat cucunya itu.
"Aku tidak kisah diperlakukan demikian kerana dia sudah mempunyai kehidupannya sendiri. Aku faham jika dia tidak menelefonku tapi semasa mengatakan isterinya telah melahirkan anak, aku ingin mengunjunginya dan memberikan cucuku hadiah, "tuturnya "Tapi dia menyatakan aku jangan datang. Aku akan membuatnya malu kerana muka saya sangat hodoh. "
Pada masa mengatakan ingin melawat anaknya, suami Ding Liang juga melarang. Namun ia tetap pergi dengan mengenakan baju baru yang dibelinya khas dan membungkus hadiah dalam karung. Beliau menaiki bas dan menelefon anaknya apabila tiba kerana tidak mempunyai alamatnya namun tidak dijawab.
Ding Liang pun menunggu sepanjang hari di jalanan tanpa kepastian meskipun sudah menghubungi pejabat tempat anaknya bekerja. Kakitangan di sana sudah membantu mencari namun juga tidak mendapat jawapan. Semasa itulah Hsin Pai melihat Din Liang dan akhirnya memanggil wartawan untuk membuat liputan kisahnya yang memilukan.
Akhirnya, Ding Liang terpaksa kembali ke kampung dengan membawa hadiah yang susah payah dibawanya demi cucunya.
Monday, 29 September 2014
Gambar Sebelum Dan Selepas Hodoh Menjadi Cantik
To be honest I came to laugh at some ugly kids. Came away feeling like an ugly adult. My `after` is even worse than `before`.
Sunday, 15 June 2014
Ratu Cantik Terima Petisyen Bunuh Diri Kerana Hodoh
Hollie Robinson
Hollie Robinson, 22, ditendang, ditumbuk dan didera secara lisan setiap hari di sekolah tingginya selama hampir dua tahun sejak dia berumur 11 tahun.
Dia menghabiskan masa makan tengaharinya dengan bersembunyi di tandas sekolah, mempunyai masalah sebelum meninggalkan rumah setiap pagi dan sentiasa berasa panik terhadap serangan di sekolah yang tidak dijangka.
Kaki buli di taman permainan mengejeknya sebagai 'hodoh' dan Hollie pernah bercadang untuk membunuh diri setiap hari selepas berasa dirinya 'tidak bernilai'.
Pada satu ketika dia menerima e-mel menakutkan yang merupakan satu petisyen dengan 200 tandatangan menggesanya untuk membunuh diri.
Hollie masih ingat baris pertama petisyen itu yang dibaca: 'Siapa fikir Hollie Robinson harus membunuh dirinya?'.
Tetapi selepas diintai ketika pertunjukan pakaian ketika dia berusia 17 tahun, keyakinan Hollie meningkat dan dia berjaya lari dari mimpi ngeri dengan memenangi siri ratu cantik.
Hollie berkata: 'Saya tidak boleh menggambarkan bagaimana saya melalui saat-saat seperti berada di neraka ketika saya masih muda. Ketika saya mula masuk sekolah menengah, saya mempunyai kumpulan rakan yang besar tetapi mereka tiba-tiba menentang saya.
Hollie, yang bekerja sebagai perunding ejen hartanah, akhirnya memberitahu ibu bapanya perkara sebenar selepas dua tahun dan dengan segera dibawa keluar dari sekolah selama tiga bulan.
Dia menambah: "Saya berusia 13 tahun ketika saya memberitahu ibu saya apa yang berlaku.
"Sebelum itu, saya terlalu malu untuk memberitahu ibu bapa saya cerita sebenarnya dan guru-guru saya tidak melakukan apa-apa. Mereka berkata ia hanyalah satu fasa dan tidak lama lagi orang lain pula akan menjadi mangsa.
"Tetapi apabila ibu saya dapat tahu perkara ini, dia memberitahu saya supaya tidak pergi semula ke sekolah dan saya meninggalkan sekolah selama tiga bulan. Ia berlaku ketika ibu pergi ke sekolah dan mendapat tahu tentang e-mel kebencian yang meminta saya bunuh diri berserta 200 tandatangan.
Dia berkata: "Apabila saya membaca e-mel itu, saya sangat kecewa. Saya bagaimanapun begitu bersyukur kerana ibu saya berada di samping saya pada masa itu kerana jika tidak, saya benar-benar fikir saya mungkin telah melakukan sesuatu yang bodoh. Saya telah lama berfikir untuk membunuh diri dan tidak mustahil ia boleh berlaku.
Hollie kemudian tidak kembali lagi ke sekolah itu dan masuk ke sekolah baru di Year Nine, di mana dia mendapat ramai kawan baru.
Dia berkata: "Ia adalah permulaan yang benar-benar segar di sekolah baru dan saya mempunyai ramai rakan. Ia berbeza dengan apa yang saya telah alami sebelum ini.
"Saya cuba melupakan pengalaman dibuli tetapi ia mengambil masa agak lama untuk memulihkan keyakinan. Apabila anda diberitahu bahawa anda hodoh dan tidak bernilai sepanjang masa, anda mula mempercayainya. Saya merasakan seperti saya tidak bernilai setiap kali saya bernafas.
"Apabila saya imbas kembali, saya fikir mereka hanya cemburukan saya. Sebahagian daripada budak lelaki pernah sukakan saya dan saya fikir dari situ ia bermula.
Hollie sedang melawat satu pertunjukan pakaian bersama ibunya pada usia 17 apabila dia diintai oleh seorang wanita yang sedang mencari Miss Blackpool Town pada tahun 2009.
Dia berkata: "Apabila wanita itu berkata, saya sepatutnya mencuba nasib, reaksi pertama saya adalah saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Kerana saya begitu teruk dibuli, saya berusaha untuk bercakap tetapi dia memberitahu saya menyertai pertunjukan itu adalah cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan saya.
Dia kemudian dimahkotakan sebagai ratu dan memenangi Miss West Lancashire pada tahun 2011 dan Miss Blackpool pada tahun 2011.
Sumber mStar Online
Subscribe to:
Posts (Atom)
























