Showing posts with label Anggap. Show all posts
Showing posts with label Anggap. Show all posts

Monday, 27 October 2014

HILANG AKAL!!! Status Twitter Nadia Di Anggap Yang Paling Bangang




Macam-macam status yg keluar di media sosial namun yg di boleh dikatakan 

paling BANGANG, you all baca lah sendiri.

Ini mungkin FAKE akaun yg di buat hanya untuk menarik perhatian namun begitu 

sesetengah orang memandang serius apa yg di tulis di status nya itu.

 


View the original article here

Thursday, 16 October 2014

Di Ethiopia Bayi Dan Kanak2 Yang Di Anggap Sial Di Bunuh Dengan Kejam

Bayi yang baru lahir di beberapa tempat di dunia ini kadang-kadang diadakan upacara istimewa agar bayi itu membesar menjadi anak yang baik dan patuh pada ibu bapa. Namun tidak begitu halnya di Ethiopia, Afrika. Di negara tersebut, ada tradisi yang cukup mengerikan, dan boleh dikatakan sangat kejam, kerana bayi yang lahir kemudian dibuang.

Bayi yang dibuang itu hanyalah bayi yang dianggap mingi (pembawa sial), meskipun demikian,  penduduk negara ini menganggap tradisi ini adalah tradisi yang cukup kejam. Semasa ketua adat menyatakan seorang bayi sebagai bayi mingi, maka bayi itu hendaklah segera dibunuh. Cara membunuh bayi ini juga sangat kejam. Bayi itu akan ditinggalkan sendirian di paya hingga meninggal kerana kelaparan atau dimakan oleh binatang buas. Kadang-kala cara yang lebih mengerikan adalah dengan melemparkan bayi atau kanak-kanak ke sungai yang dipenuhi buaya.

Tradisi kejam tersebut masih bertahan hingga kini. Dipetik dari Daily Mail, sekurang-kurangnya ada 300 bayi yang meninggal sia-sia kerana dianggap mingi. Salah satu ibu yang anaknya mesti dibunuh kerana dianggap mingi adalah Buko Balguda. Wanita berusia 45 tahun itu hanya boleh pasrah semasa ketua suku menjatuhkan vonis kepada anaknya itu adalah mingi dan harus dibunuh. Tanpa belas kasiahan, bayi milik Buko itu berjumlah 15 orang, dan semuanya perlu dibunuh.

"Saya mempunyai tujuh bayi lelaki dan lapan bayi perempuan. Di masa itu, tradisi suku kami masih sangat kuat. Saya menghormati tradisi ini, sehingga membiarkan mereka membunuh anak-anak saya, "ujar Buko. Namun sekarang, Buko menganggap tradisi ini tidak sepatutnya dipertahankan. "Dulu saya menuruti kemahuan ketua suku kerana tidak mempunyai pilihan. Namun sekarang, setiap kali melihat wanita melahirkan anak dan memberikan susu untuk bayinya, saya sangat menyesal. Saya merasa kesepian. Tidak ada anak yang ada di sisi saya, "kata Buko.

Selain Buko, masih banyak penduduk suku di Ethiopia yang menganggap tradisi ini sangat kejam. Beberapa bayi yang dianggap mingi adalah bayi yang lahir tanpa izin ketua adat, bayi kembar, bayi dengan cacat fizikal, bayi yang gigi pertamanya tumbuh di rahang atas serta anak yang lahir dari ayah yang tidak berjaya melakukan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Walaupun kerajaan Ethiopia sudah melarang tradisi ini, masih ditemui ritual yang sama. Beberapa ketua adat juga sepakat bahawa tradisi ini tidak perlu diteruskan. Namun masih ada suku-suku yang mempertahankan tradisi mingi, dianggarkan setiap tahun 300 bayi meninggal sia-sia kerana dianggap membawa sial. Bagi menangani hal ini, telah banyak institusi sosial dan rumah anak yatim yang mahu menampung anak-anak yang dianggap mingi dan membesarkan mereka.

View the original article here

Anak Buang Ibu Sendiri Kerana Di Anggap Hodoh


Seorang wanita berusia 63 ditemui menangis di tepi jalan bandar Hangzhou, China, dan perkara tersebut mendadak jadi perhatian media. Wanita bernama Ding Liang tersebut menempuh perjalanan selama 5 jam untuk bertemu anak lelakinya yang baru saja dikurniakan anak. Namun ternyata ia telah ditolak oleh anaknya sendiri kerana wajahnya hodoh.

Kisah tersebut menjadi perbincangan hangat di internet dan dibincangkan pelbagai media. Ding Liang berkata beberapa tahun lalu anak lelakinya pergi ke Hangzhou dari kotanya yang kecil untuk belajar dikolej hingga akhirnya bekerja sebagai penjual kereta dan berkahwin. Semasa menikah pun, anak lelakinya tidak mengakui hubungan mereka sebagai anak dan ibu kerana malu.

Sejak itu anaknya mulai putus hubungan dengan keluarganya di kampung, tidak pernah menghubungi dan hanya berbual ketika Ding Liang menghubunginya. Sebenarnya ia tidak keberatan diperlakukan demikian tapi semasa anaknya mengatakan isterinya melahirkan anak maka Ding Liang ingin melawat cucunya itu.

"Aku tidak kisah diperlakukan demikian kerana dia sudah mempunyai kehidupannya sendiri. Aku faham jika dia tidak menelefonku tapi semasa mengatakan isterinya telah melahirkan anak, aku ingin mengunjunginya dan memberikan cucuku hadiah, "tuturnya "Tapi dia menyatakan aku jangan datang. Aku akan membuatnya malu kerana muka saya sangat hodoh. "

Pada masa mengatakan ingin melawat anaknya, suami Ding Liang juga melarang. Namun ia tetap pergi dengan mengenakan baju baru yang dibelinya khas dan membungkus hadiah dalam karung. Beliau menaiki bas dan menelefon anaknya apabila tiba kerana tidak mempunyai alamatnya namun tidak dijawab.

Ding Liang pun menunggu sepanjang hari di jalanan tanpa kepastian meskipun sudah menghubungi pejabat tempat anaknya bekerja. Kakitangan di sana sudah membantu mencari namun juga tidak mendapat jawapan. Semasa itulah Hsin Pai melihat Din Liang dan akhirnya memanggil wartawan untuk membuat liputan kisahnya yang memilukan.

Akhirnya, Ding Liang terpaksa kembali ke kampung dengan membawa hadiah yang susah payah dibawanya demi cucunya.

View the original article here

Sunday, 12 October 2014

Kisah Artis Terkenal Kurt Cobain Yang Di Anggap Gila Mati Bunuh Diri

Menjadi artis top bukanlah cita-citanya ketika ia menubuhkan Nirvana. Kurt Cobain hanya ingin bermain muzik untuk menyalurkan rasa marah, kesepian, kemurungan dan jenis kebetean lain akibat dari pelbagai kejadian trauma seperti perceraian orang tuanya sehingga sering dipukul di sekolah kerana dianggap pelik.

Pada tahun 1991 ...! Album Nevermind meletup. Mereka menjadi icon generasi baru di seluruh dunia dan menjadi salah satu band paling berpengaruh sepanjang masa. 

Tanta-tanda kegilaannya mulai mucul dalam diri, beliau. Membuat lirik lagu yang sukar difahami, menghancurkan peralatan muzik, mengenakan gaun baby doll di punggung, mencabar Axl Rose berkelahi, berkahwin dengan Courtney Love, mengambil heroin bersama Courtney yang tengah hamil, dan membuat lagu I Hate My Self and I Want To Die yang juga dicadangkan sebagai tajuk album ketiga Nirvana (ditolak mentah-mentah dan diganti menjadi In Utero).

TRAGIS:
Kurt Cobain sudah berulang kali mengatakan tentang bunuh diri. Pada tarikh 4 Mac 1994, usaha itu direalisasikannya dengan menelan kira-kira 50 butir pil painkiller dengan champagne. Kombinasi yang membawa maut, namun gagal. Cobain yang telah koma dikejarkan ke hospital dan selamat.

Beberapa minggu kemudian, ia menjalani program detox di LA, tetapi belum selesai, ia melarikan diri dan menghilang. Ibunya melaporkan kes ini ke pihak polis, tetapi tarikh 7 April, vokalis berambut panjang itu ditemui dengan kepala berlubang di pondok kecil di laman rumahnya di Seattle, bersama dengan shotgun yang masih melekat di dagunya dan nota bunuh diri yang ditujukan kepada boddah (sahabat khayalannya) , Courtney dan fraces Bean, putrinya. Dalam suratnya antara lain ia mengatakan sudah tidak tahan menjadi pusat perhatian. Tindakan itu kemudian ditiru oleh beberapa fans-nya yang juga gila di Amerika dan negara-negara lain.




View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang


Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.

Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.






"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.



Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.

Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.




"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Erin Malek Anggap Sikap Manja Dengan Tunang Seperti Pasangan Kekasih lain



Erin Malik sudah mula edar kad jemputannya.

Pelakon Erin Malek menganggap sikap dan kelakuan manja dengan tunangannya Farriz Fauzy, 30, adalah perkara normal seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih yang lain.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, status selebritinya membuatkan segala tindak tanduk yang dilakukan lebih menjadi perhatian lebih berbanding pasangan lain.






"Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya.

"Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.


Erin bersama tunangnya Farriz Fauzy sudah bersedia dengan ujian yang datang sebelum bergelar suami isteri.


Erin berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah gosip diruangan pojok yang mendakwa dia dan pasangannya Farriz Fauzy berkelakuan manja 'sakan' hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair minggu lalu.

Menurut laporan itu, Erin juga tidak menghiraukan sapaan yang dibuat oleh penulis ruangan pojok itu, malah bertindak lebih romantik apabila menerima teguran itu.

Jelas Erin, dia tidak pernah bersikap sombong dan tidak menghiraukan teguran daripada mana-mana pihak terutama orang yang dikenalinya.

Katanya, kemungkinan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak di acara tersebut juga membuatkan dia kurang menyedari mana-mana teguran yang ditujukan kepadanya.

"Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu.

"Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah," ujarnya.




Dalam pada itu, Erin menganggap tuduhan tersbeut sebagai salah satu ujian kepadanya dalam menghitung detik bahagia bergelar isteri pada 10 Oktober depan.

Jelas Erin, dia enggan melayan dan memperbesarkan khabar angin buruk itu bagi mengelakkan daripada memberi tekanan kepada kedua-dua mereka menjelang hari perkahwinan tersebut.

"Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi."

"Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan," katanya.

Pasangan Erin dan Farriz mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas empat bulan mengenali lelaki tersebut.

Sementara itu, Erin berkata, persiapan perkahwinannya sudah hampir siap dan dia kini mula mengedarkan kad undangan perkahwinanya kepada rakan-rakan terdekat.

Majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam Jumaat, 10 Oktober depan di Hotel Intercontinantal, di Kuala Lumpur.

Manakala majlis resepsi diadakan keesokan hari diadakan di lokasi yang sama.

View the original article here