If you don`t look at these images the way they are, you have a dirty mind!
Showing posts with label Jangan. Show all posts
Showing posts with label Jangan. Show all posts
Saturday, 15 November 2014
Friday, 7 November 2014
Jangan Terkejut Lihat Pelanggan Gerai Jual Ikan Ini
Penjual ikan di Santa Cruz Island kelihatan tidak terkejut melihat pelanggan yang satu ini yang menunggu gilirannya, tetapi anda pasti merasa agak aneh.
Sebagai salah satu daripada Kepulauan Galapagos terkenal di mana Charles Darwin membuat kajian mengenai haiwan dan evolusi, penduduk tempatan telah telah terbiasa dengan unsur liar seharian mereka. Namun, bagi pelancong pasti agak terkejut dan tersentak kerana singa laut ini dengan sabar menunggu giliran untuk mendapatkan ikan segar yang dijual.
Sebagai salah satu daripada Kepulauan Galapagos terkenal di mana Charles Darwin membuat kajian mengenai haiwan dan evolusi, penduduk tempatan telah telah terbiasa dengan unsur liar seharian mereka. Namun, bagi pelancong pasti agak terkejut dan tersentak kerana singa laut ini dengan sabar menunggu giliran untuk mendapatkan ikan segar yang dijual.
Thursday, 6 November 2014
AMEKAW!! Jangan kurang ajar dengan kakitangan MAS - MASEU
Nampaknya kemelut antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysian Airline System Berhad (MASEU) dan pengurusan tertinggi MAS semakin panas ekoran pertikaian berhubung pertemuan antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) serta kesatuan dan persatuan kakitangan syarikat penerbangan itu.
Semua itu timbul selepas MASEU mendakwa tidak dijemput oleh pengurusan MAS untuk taklimat berhubung cadangan penstrukturan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Bagaimanapun, MAS melalui Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategiknya, Datuk Najmuddin Abdullah pula memberitahu, MAS telah menelefon semua wakil kesatuan dan persatuan kakitangan untuk tujuan tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Presiden MASEU, Alias Aziz berkata, Najmuddin telah membuat satu pembohongan besar kepada lebih 13,500 orang kakitangan MAS dan rakyat Malaysia.
Alias yg sudah menerajui MASEU sejak 20 tahun lalu berkata, menelefon wakil kesatuan dan persatuan MAS untuk memaklumkan apa sahaja mesyuarat bukan budaya syarikat penerbangan itu dan ia tidak pernah berlaku sama sekali.
Pada kebiasannya, sebarang jemputan mesyuarat akan dilakukan melalui emel oleh Pengurus Perhubungan Perusahaan atau Naib Presiden Perhubungan Perusahaan MAS.
"Sekarang anda tengoklah 'permainan' pengurusan MAS terhadap MASEU. Adakah satu mesyuarat penting yg berkaitan dengan masa depan kakitangan MAS dibuat dengan panggilan telefon sahaja?
"Mengapa pengurusan tidak menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). "Apapun, saya tidak menerima sebarang panggilan untuk memberitahu tentang taklimat itu. Ini semua jalan mudah. Saya minta Najmuddin buktikan yg beliau ada menelefon saya atau mana-mana wakil MASEU. Jangan bohong kepada kakitangan MAS, jangan tipu rakyat Malaysia.
"Jangan kurang ajar dengan 13,500 kakitangan MAS, jangan sengaja wujudkan suasana tegang," katanya kepada MalaysiaGazette sambil tidak menolak kenyataan Najmuddin itu boleh memberi imej tidak baik terhadap MASEU.
Dengan nada tenang, Alias berharap dan meminta kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan agar menilai semula tahap pengurusan sedia ada.
"Cukup-cukuplah letak barisan pengurusan yg ada. Inilah yg kami rasa, lantaran itu kami terpaksa bersuara. Sebab masalah pengurusan juga yg menyebabkan MAS rugi," ujarnya.
Alias tidak menolak kemungkinan barisan pengurusan dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan pelan penstrukturan MAS seperti yg diarahkan oleh Perdana Menteri, lantaran itu tidak menjemput MASEU.
Najib dalam kenyataan media berhubung penstrukturan semula MAS mengarahkan proses tersebut mesti dilakukan secara profesional, adil, telus dan sesungguh hati.
Jelas Perdana Menteri, proses pemulihan MAS pastinya memerlukan pengorbanan serta melalui jalan yg menyakitkan namun terpaksa dilalui demi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Justeru, Najib meminta semua pihak iaitu pihak pengurusan, kakitangan, kesatuan sekerja, pemberi pinjaman dan vendor bersama-sama penumpang serta rakyat Malaysia merapatkan barisan dan bekerjasama bagi memastikan hasrat untuk melihat MAS pulih semula dapat dicapai.
Sedangkan, Alias berkata, MASEU sejak sejarah kewujudannya tidak pernah melawan arus seandainya langkah-langkah atau keputusan MAS logik, benar dan realistik serta membawa faedah kepada kakitangan.
"Pengurusan MAS datang dan pergi tetapi bagi kakitangan MAS, seteruk atau seburuk mana sekalipun syarikat ini, di sinilah tempat kami mencari rezeki.
"Pengurusan MAS mungkin khuatir MASEU membantah, sebab itu kami tidak dihubungi, tidak dijemput dalam sesi taklimat itu.
"Tapi pengurusan MAS lupa, kegagalan mereka memanggil MASEU bermakna hak bersuara lebih 13,500 orang kakitangan MAS telah dinafikan," tegas Alias.
Presiden MASEU itu menambah, pihaknya tidak akan membuat apa-apa tindakan, melainkan tunggu dan melihat sahaja tindak-tanduk dan rentak pengurusan MAS berhubung isu ini. -
Thursday, 30 October 2014
SERIUS!!! Jangan Melakukan Perkara ini ketika Berada di Luar Negara (22 gambar)
Tidak pam tandas awam di Singapura boleh dikenakn denda $150
Boleh didenda jika makan berhampiran bangunan awam di Italy Florence.
Membawa rokok ke Bhutan berkemungkinan besar akan melibatkn hukuman beberapa tahun di penjara.
Membawa gula-gula getah ke Singapura boleh didenda sehingga $5,000.
Membawa Marigolds untk makan malam di Mexico! Bunga ini melambangkan kematian.
Membawa inhaler ke Jepun! Jika inhaler anda mengandungi pseudoepinephrine, anda kemungkinan besar akan ditahan.
Berpakaian dalam camouflage di Barbados! Seperti biasa, denda menanti anda.
Memberi makan burung merpati di dataran St Mark di Venice, Italy! Pelancong didenda jika ditangkap.
Memberi hadiah dngan tangan kiri anda di Timur Tengah, Pakistan, dan India! Sentiasa gunakan tangan kanan anda.
Memberikan orang thumbs up di Iran dianggap perbuatan yg sangat ofensif.
Memberi gunting atau pisau sebagai hadiah di El Salvador. Ini melambangkan keinginan untk menamatkan hubungan.
Menghina raja di Thailand, tidak kurang daripada 10 tahun di dalam penjara.
Ditangkap jika mengambil gambar bangunan-bangunan awam di Arab Saudi.
Meletakkan penyepit makanan tegak dalam mangkuk anda! Tidak kira di mana anda berada, menggunakan penyepit seperti ini biasanya idea yg buruk.
Menunjuk tapak tangan pada seseorang di Greece!
Meludah di Singapura! Hukumannya sama seperti kes gula-gula getah di atas.
Memijak wang di Thailand! Perlu diingat, gambar raja terpampang di atas wang kertas.
Berhenti untuk pejalan kaki di China! Jika anda memandu teruskan memandu. Menghentikan kenderaan untk pejalan kaki menyeberang, anda berdepan risiko denda.
Mencarut di Australia didenda $500
Membawa air mineral ke Nigeria! Ia akn dirampas dan anda boleh didenda.
Menyentuh kepala seseorang di Thailand dianggap sangat biadap.
Monday, 20 October 2014
Thursday, 16 October 2014
Jangan Terkejut Lihat Wanita Bermulut Paling S3ksi Ini
A film crew recently stumbled upon 20-year-old girl named Athy Eligidagne in Ethiopia and you aren't going to believe what she can do with her mouth.
Subscribe to:
Posts (Atom)

































