Showing posts with label Pelanggan. Show all posts
Showing posts with label Pelanggan. Show all posts

Friday, 7 November 2014

Jangan Terkejut Lihat Pelanggan Gerai Jual Ikan Ini

Penjual ikan di Santa Cruz Island kelihatan tidak terkejut melihat pelanggan yang satu ini yang menunggu gilirannya, tetapi anda pasti merasa agak aneh.

Sebagai salah satu daripada Kepulauan Galapagos terkenal di mana Charles Darwin membuat kajian mengenai haiwan dan evolusi, penduduk tempatan telah telah terbiasa dengan unsur liar seharian mereka. Namun, bagi pelancong pasti agak terkejut dan tersentak kerana singa laut ini dengan sabar menunggu giliran untuk mendapatkan ikan segar yang dijual.







View the original article here

Monday, 13 October 2014

ONLY IN MALAYSIA , Khidmat Urut Tiga Dalam Satu Untuk Pelanggan Terpilih




KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan 

seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yg merantau ke i

bu kota untuk mencari rezeki.




Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia 

penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, 

batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.



Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi 

perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai 

kegiatan itu.



Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta

deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam 

akaunnya.



Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk 

memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.



Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk 

mencari wang dengan cara mudah dan selamat.



“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya 

menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.



“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yg

 mahu saya urut betul-betul. Ada juga yg hanya mahukan urutan batin dan khidmat

 seks.



“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yg memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yg mampu memperoleh pendapatan 

hingga RM3,000 sebulan.



Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yg mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah

 dan diminta datang ke situ.



“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat 

kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.



“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih

dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan 

saya,” katanya.



Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika 

waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.



Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif

muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.



“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak 

dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.



“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup 

banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.



Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yg terpengaruh dengan 

rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.



Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan

perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.



“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa merek

 ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.



“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak 

menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yg mana satu, urut 

biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.



Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun 

apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.



“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu 

menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?



“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa.

 Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.



“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya 

hanya memilih pelanggan yg tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan 

melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yg menawarkan khidmat sepenuh

masa, termasuk malam.





 


View the original article here

Monday, 1 September 2014

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab | Seorang pelanggan syarikat Shell bermandikan petrol RON95 akibat hos noozle tercabut secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa dibasahi dengan petrol Ron 97 tersebut keseluruh badan.

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab

Dalam kejadian yang berlaku di Shell berhampiran jalan sebalum masuk ke RTC Gopeng, pihak stesen Shell berkenaan enggan memberikan gantirugi yang setimpal kepada mangsa kerana ini bukan kecuaian pihak Shell. Sebaliknya equipment pam yang dipersalahkan.

Bagaimanapun, pihak Shell menawarkan hanya RM50 untuk menutup mulut mangsa.

Berang dengan tindakan pemilik Shell berkenaan, mangsa akan membuat laporan kepada KPDNKK. Namun, pemilik stesen yang dipercayai berbangsa India itu tidak berkata tidak kisah dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh mangsa kejadian.

"Bayangkan kalau ada spark sikit, memang terbakar satu badan," ujar mangsa.

Dalam pada itu, komen seorang pembaca Yosri Bin Abu Mahsin berkata, "Agen Perubahan at Jabatan Penerangan Malaysia. Saya cadang buat laporan polis dan KPNKK s.k kepada Biro engaduan Awam Jabatan Perdana Menteri manakala wang sogokan yang cuba diberi dilaporkan kepada SPRM"

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/pelanggan-shell-bermandikan-petrol.html

View the original article here