Showing posts with label Juruterbang. Show all posts
Showing posts with label Juruterbang. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Juruterbang AirAsia Maki Kerajaan Kerana Sembunyi Fakta Sebenar Insiden MH370







KETIKA negara sedang sedih kerana tragedi pesawat MAS MH370 kehilangan di lautan Hindi dan kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu. Turut di bantu oleh banyak rakan negara dengan aset aset mereka.
Rupanya ada seorang juruterbang Airasia bernama Krish Jejendira yang masih pertikaikan kesahihan pesawat itu telah terhempas atau meletup di Lautan Hindi. Juruterbang jni juga mengatakan bahawa kerajaan ada maklumat yang tidak diberitahu kepada umum atau cuba menyembunyikan perkara sebenarnya.
Elok Tony Fernandes memberi amaran juruterbang di syarikat AirAsia untuk menjaga mulutnya yang kemungkinan mabuk pada ketika membuat kenyataan tersebut.

NWP

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Juruterbang Garuda Maut Ketika Pandu Pesawat

Juruterbang Garuda Maut Ketika Pandu Pesawat | Seorang juruterbang pesawat penerbangan Indonesia, Garuda dilaporkan meninggal dunia ketika pesawat yang diterbangkannya sedang membuat pendaratan hari ini. Mujur pembantunya berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat.

Juruterbang garuda Maut Ketika Pandu Pesawat

Menurut laporan Tempo ketika kejadian pukul 14.45 petang waktu Indonesia itu, pesawat terbabit sedang membawa 70 orang penumpang dan dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Lombok menuju ke Bima di Nusa Tenggara Barat.

Dianggarkan sekitar 15 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat, pembantu juruterbang bernama Stenly memaklumkan juruterbang, Kapten Ramdanto telah mengalami sesak nafas.

Stenly kemudiaannya memohon kebenaran dari lapangan terbang untuk mendaratkan pesawat bersendirian.

Menurut Penyelia Wilayah Garuda, Idham, 15 minit selepas pesawat berjaya membuat pendaratan, Ramdanto ditemui telah meninggal dunia di dalam pesawat dan jenazahnya telah dikejarkan ke hospital.

“Berdasarkan keterangan anak kapal pesawat, sebelum berlepas juruterbang terbabit telah mengadu tidak sihat,” kata Idham kepada Tempo.

Hasil pemeriksaan terhadap jenazah, doktor mengesahkan juruterbang terbabit mengalami serangan jantung.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/juruterbang-penerbangan-garuda-meninggal-dunia-sebelum-mendarat-42922



View the original article here