Showing posts with label Pandu. Show all posts
Showing posts with label Pandu. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Juruterbang Garuda Maut Ketika Pandu Pesawat

Juruterbang Garuda Maut Ketika Pandu Pesawat | Seorang juruterbang pesawat penerbangan Indonesia, Garuda dilaporkan meninggal dunia ketika pesawat yang diterbangkannya sedang membuat pendaratan hari ini. Mujur pembantunya berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat.

Juruterbang garuda Maut Ketika Pandu Pesawat

Menurut laporan Tempo ketika kejadian pukul 14.45 petang waktu Indonesia itu, pesawat terbabit sedang membawa 70 orang penumpang dan dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Lombok menuju ke Bima di Nusa Tenggara Barat.

Dianggarkan sekitar 15 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat, pembantu juruterbang bernama Stenly memaklumkan juruterbang, Kapten Ramdanto telah mengalami sesak nafas.

Stenly kemudiaannya memohon kebenaran dari lapangan terbang untuk mendaratkan pesawat bersendirian.

Menurut Penyelia Wilayah Garuda, Idham, 15 minit selepas pesawat berjaya membuat pendaratan, Ramdanto ditemui telah meninggal dunia di dalam pesawat dan jenazahnya telah dikejarkan ke hospital.

“Berdasarkan keterangan anak kapal pesawat, sebelum berlepas juruterbang terbabit telah mengadu tidak sihat,” kata Idham kepada Tempo.

Hasil pemeriksaan terhadap jenazah, doktor mengesahkan juruterbang terbabit mengalami serangan jantung.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/juruterbang-penerbangan-garuda-meninggal-dunia-sebelum-mendarat-42922



View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

11 Gambar Toyota Alphard Pandu Laju Langgar Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja



2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam.
Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima.
Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera.
Umum tahu Toyota Alphard seringkali menguasai jalan raya dengan lagak pemilik/pemandunya yang menganggap jalan raya itu milik bapak mereka punya. Pantang pandu pelahan sedikit, mulalah nak high beam bertalu-talu.
Insaflah wahai pemandu kenderaan mewah. Jalan raya ini bukan milik anda seorang.
Laporan penuh menyusul...












Sumber: Foto Daily Traffic Report / My Media Hub Online

View the original article here