Showing posts with label Kalau. Show all posts
Showing posts with label Kalau. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Elfira Loy Kalau boleh nak kahwin terus



Elfira ketika itu menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim.

Malah gaya Elfira saling tak tumpah seperti dia pula yang berkahwin.

Elfira yang dihubungi BH Online berkata: "Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya.






"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.

"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM.

"Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," katanya.



Diusik dengan persoalan apakah dia dan Baim sebenarnya sedang menjalinkan cinta, Elfira menjelaskan sejak dulu lagi mereka rapat atas paksi sebagai kawan.

"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka.

"Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir," katanya.



View the original article here

Saturday, 4 October 2014

MH370: Macam-Macam Kita Terangkan Pada China, Kalau Tak Puas Hati Juga Tak Tahulah…


UNTUK makluman, Malaysia sudah menyatakan komitmen kita untu bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi sepenuhnya semua maklumat berkaitan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Naib Menteri Hal Ehwal Luar China yang juga wakil khas kerajaan China, Zhang Yesui semalam telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Zhang dan Hishammuddin juga diberi taklimat komprehensif teknikal oleh Kumpulan Kerja Antarabangsa diketuai AAIB dan penemuan satelit Inmarsat mengenai kedudukan pesawat yang penerbangannya berakhir di Lautan Hindi selatan.
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID) juga hadir dalam talimat teknikal itu. CAAC dan AAID sudah pun menganggotai dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kerja Antarabangsa itu.
Persoalannya, sejauh mana Zhang dan anggota rombongannya itu akan pulang ke negara mereka dan menjelaskan semua ini kepada pemimpin tertinggi dan rakyatnya mengenai betapa bersungguhnya kerajaan kita dalam menangani isu ini.
Diharapkan selepas ini, Zhang kena pergi berjumpa rakyatnya yang tengah terpekik-pekik di depan kedutaan kita untuk menceritakan apa yang sedang dan kita tengah lakukan untuk menjejaki MH370.
Dengan terperincinya maklumat yang kerajaan kita bagi ini, harap pemimpin China tahulah apa yang patut mereka lakukan.
Kalau lepas ini masih nak tuduh Malaysia sembunyi maklumat, orang pertama yang perlu humbankan ke Lautan Hindi adalah Zhang dan pegawai-pegawainya itu.
Habis cerita! 

Mynewshub

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

Denda 5 Dollar kalau Bising Menahan Sakit



TAHUKAH ANDA…

Zimbabwe mengadakan undang-undang pelik. Menurut Transparency International (TI) melaporkan, negara di benua Afrika ini mengenakan Denda 5 Dollar AS setiap kali jika seorang ibu hamil bising ketika menahan sakit semasa melahirkan anak.

Menurut laporan dari PBB, seramai 8 orang wanita hamil meninggal setiap hari. Kos hantar ke rumah sakit, dikenakan bayaran sebanyak 50 dolar AS, atau satu pertiga daripada rata-rata pendapatan harian warga Zimbabwe sebanyak 150 dolar Amerika.

Sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan denda tersebut, mereka akan ditahan dirumah sakit sehingga denda dapat diselesaikan. Denda tersebut juga dikenakan bunga ( interest ) kerana lewat membayar. ~ Sumber



 

Wednesday, 21 May 2014

Kalau Tak Nampak Sila Pakai Kanta, Kata Che Ta

Kontroversi dan Rozita Che Wan atau Che Ta, bagai aur dengan tebing, tidak dapat dipisahkan.



Pasti akan ada sahaja cerita hangat terbaharu yang dikaitkan dengan pelakon cantik ini.

Terbaharu, namanya kembali naik apabila gambar mesranya bercium dengan suami, Zain Saidin hangat diperkatakan umum.

Namun menurut Che Ta, dia langsung tidak mencium suaminya sebaliknya mereka hanya berpandangan dari jarak dekat sehingga menampakkan seolah-olah mereka sedang bercium.

“Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Walaupun sering kali dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak, perkara tersebut tidak membuatkannya serik untuk memuat naik gambar di laman sosialnya.

Ini kerana menurut Che Ta, peminat ada pilihan sama ada mahu mengikuti perkembangannya di media sosial mahupun tidak, malah mengatakan ia adalah haknya untuk memuat naik apa-apa gambar sekali pun di laman Facebook mahupun Instagram. -Mynewshub.my