Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Friday, 14 November 2014

GEMPAR!!! Gadis Kahwin Dalam Usia 8 Tahun Mati Di Malam Pertama




seks

Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yg dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.

“Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

“Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik  itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas,” jelasnya lagi.

Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yg muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.






View the original article here

Sunday, 9 November 2014

TAHNIAH!!! Foto kahwin Iqram Dinzly dan gadis bertuah?

Betul ke pelakon terkenal, Iqram Dinzly sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya? Ini kerana daripada sekeping gambar yg dikongsikn beliau sendiri di akaun Instagram peribadinya, aktor itu dilihat sedang bersanding di atas pelamin.

Malah lebih menarik, Iqram Dinzly turut menyertakan caption suspen berbunyi "Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle."
KREDIT: HOSIP N KONGSI




 


 


View the original article here

HAMPEH!!! Foto terbaru isteri Matyo di majlis kahwin TMJ

Penampilan Siti Aisya Adam, isteri Matyo di majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda Bustaman cukup mencuri tumpuan. Dia kini dilihat sudah berhijab dan tampil cukup manis.

Perubahan ini pastinya satu perkembangan positif buat keluarga Matyo atau nama sebenarnya, Norshahrul Idlan Talaha, 28.

Selain pasangan ini, ramai pemain Johor Darul Takzim juga tidak melepaskan peluang untk memeriahkan suasana majlis persandingan.

Berikut ialah beberapa keping gambar kehadiran pemain-pemain JDT yg dikongsikan dari laman Facebook JOHOR Harimau Selatan dan Harimau Selatan.
































 


KREDIT: GOSIP N KONGSI


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

GEMPAR!!! Inilah kata-kata Fazura bila TMJ kahwin Che Puan Khaleeda

Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yg berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yg dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.

Menariknya,  selebriti jelita, Nur Fazura yg merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

"Fazura yg merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,"
kata portal tersebut.








 

View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

Elfira Loy Kalau boleh nak kahwin terus



Elfira ketika itu menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim.

Malah gaya Elfira saling tak tumpah seperti dia pula yang berkahwin.

Elfira yang dihubungi BH Online berkata: "Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya.






"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.

"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM.

"Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," katanya.



Diusik dengan persoalan apakah dia dan Baim sebenarnya sedang menjalinkan cinta, Elfira menjelaskan sejak dulu lagi mereka rapat atas paksi sebagai kawan.

"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka.

"Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir," katanya.



View the original article here

Monday, 13 October 2014

6 Gambar fesyen tudung pelik artis di majlis kahwin Erin Malek & Fairuz Fauzy


Realitinya, bergelar pasangan sah dan halal di sisi agama adalah satu impian yang dinantikan oleh setiap individu. Orang kata memang hati berbunga habis bila selamat bergelar pasangan suami isteri.

Oleh itu, kami yakin bahawa pelakon Erin Malek dan buah hatinya, Farriz Fauzy merasakan perkara yang sama. Walaupun pernah dikritik kerana dianggap terlalu intim semasa tempoh bertunang, percintaan mereka masih utuh seperti sedia kala.

Akhirnya, pada tanggal 10 Oktober 2014, jam 9.12 malam bertempat di kediaman Erin di Ampang, Kuala Lumpur, mereka telah pun selamat diijabkabulkan.

Untuk makluman anda semua, Farriz memberikan RM30,000 wang hantaran dan RM10,000 mas kahwin buat Erin. Selain itu, Farriz juga memberikan 7 buah dulang hantaran dan dibalas dengan 9 buah dulang hantaran oleh pihak Erin.

Ha..buat mereka yang tak tahu, sebenarnya Erin dan Farriz mula berkenalan antara satu sama lain menerusi laman Instagram je tau.

Katanya, selepas 4 bulan mengenali hati budi masing-masing mereka terus membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lalu dalam satu acara yang gilang-gemilang.
Bagus lah kan. Tak perlu nak kenal lama-lama. Bercinta lepas kahwin lagi afdal. Nah, di sini kami sediakan galeri foto sekitar majlis pernikahan pasangan ini.
Berikut ialah enam keping gambar fesyen tudung pelik beberapa artis tempatan yang turut hadir ke majlis perkahwinan gilang gemilang Erin Malek & Fairuz Fauzy. Semua mereka tampak jelita dan amat memikat hati.
Gambar dan tulisan artikel milik penuh portal ohbulan dan rotikaya.






View the original article here

Thursday, 9 October 2014

Tradisi Kahwin 2 Suami 1 Isteri Di Perkampungan Terpencil Di Himalaya

UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.

Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.

Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden.

Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.

“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.

“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.

Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.
Ketika itu, Pasang baru berusia 11 tahun.

Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.

“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.

Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.

Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka. “Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya akan mengahwini wanita lain,”
kata seorang lagi pemuda yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.

Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.
Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.

Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu.



View the original article here

Monday, 6 October 2014

Fiffy Natasha nekad kahwin pada usia muda


Fiffy NATASHA kini sah sebagai isteri Muslim Azman, seorang juruterbang.

USIANYA baru 21 tahun, namun pelakon dan penyanyi remaja Fiffy Natasya nekad berkahwin pada usia muda.

Biarpun sedar karier lakonannya berkemungkinan akan perlahan selepas berkahwin tetapi pelakon filem Cinta Kolestrol itu tetap membulatkan hati untuk berumah tangga.






Fiffy dan pasangannya, Muslim Azman, 27, seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan komersial bernikah pagi 29 September lalu di kediaman keluarga Fiffy di Putra Heights, Subang, Selangor. Ia diikuti dengan majlis persandingan sebelah malam pada hari sama di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya.

“Saya sebenarnya tidak merancang untuk berkahwin awal tetapi jodoh saya telah ditetapkan oleh Allah. Alhamdulillah, saya yakin telah dipertemukan dengan lelaki yang baik,” ungkapnya mesra ketika ditemui pada majlis persandingannya malam itu.

Soal karier, kata Fiffy yang mula bertudung penuh sejak bulan Ramadan lalu, dia sudah sedia maklum akan kesannya.

Dia juga sudah berbincang dengan suaminya mengenai hal itu (berlakon).

“Kahwin dan karier adalah dua perkara yang berbeza. Biasalah kalau kita kahwin, karier lakonan itu mungkin akan perlahan. Sebabnya, saya terpaksa memilih watak.

“Saya juga harus mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri.

“Alhamdulillah, suami tidak menghalang untuk terus berlakon, namun dia meminta saya agar memilih watak yang bersesuaian dengan status sebagai seorang isteri,” getusnya.

Kena buatan orang

Berkongsi detik perkenalan dengan suami, Fiffy memberitahu, dia mengenali suaminya melalui laman Twitter dua tahun lalu.

“Saya berkenalan dengan dia dua tahun lepas melalui Twitter. Selepas itu, kami bertemu di sebuah majlis sambutan hari jadi abang ipar saya. Sejak itu, kami mula tertarik antara satu sama lain,” akuinya jujur.

Fiffy juga mengakui bertudung disebabkan permintaan suami, malah hatinya juga terbuka untuk bertudung penuh selepas dikatakan terkena buatan orang tahun lalu.




Akibat daripada terkena buatan orang itu, badan Fiffy menjadi susut dan pemikirannya juga kosong.

“Selain permintaan suami dan ibu, saya berniat untuk memakai tudung disebabkan hati saya sudah terbuka. Lebih-lebih lagi selepas saya dikatakan terkena buatan orang. Selama 10 hari saya menderita sakit. Badan menjadi susut dan pemikiran saya juga kosong.

“Mujur, suami yang ketika itu kekasih saya tidak pernah berundur dan terus menerima diri ini seadanya,” jelas Fiffy enggan mengulas lanjut peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya itu.

Bakal muncul menerusi drama Ema Emyliana musim kedua di TV3, Fiffy turut disoal mengenai perasaannya berkahwin dengan seorang juruterbang.

Sedar hakikat pekerjaan suaminya itu tinggi risikonya, namun, Fiffy terima qada’ dan qadar Allah.

View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Aeril, Wawa Didenda RM1800 Kerana Kahwin Tanpa Kebenaran



Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Menerusi laporan Mstar Online Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.






Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.

Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.

Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.




Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan.

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Kahwin Tak Sekat Mon Ryanti Aktif Berlakon


Mon Ryanti dan suami Mohd Hasrul selamat diijabkabulkan pada malam Sabtu lalu.

Pelakon baharu dan penyampai radio Ultra.FM, Mon Ryanti menganggap keputusannya mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hasrul Ali, 26 ketika sedang bertatih mencipta nama bukan satu penghalang untuk dirinya terus aktif dalam dunia seni.

Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, berkata, dia sentiasa percaya kepada bakat yang ada dan status perkahwinan bukanlah kayu pengukur seorang selebriti meraih populariti.






"Lepas kahwin saya saya akan terus aktif sebagai pelakon dan saya tidak menyesal berkahwin awal sebelum mencipa nama dalam industri.

"Saya hanya mengikut apa yang Allah sudah tentukan, saya pasti ada rezeki dalam bidang lakonan biarpun sudah berkahwin," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Mon Ryanti sah menjadi isteri kepada Mohd Hasrul Ali pada malam Sabtu lalu dengan sekali lafaz.


Pasangan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar Datuk Mahat Mohd Said di Dewan Sangkar Kristal, Driving Range Golf Club, Jalan Pelangi, di Johor Bahru.

Mon Ryanti menerima mas kahwin sebanyak RM515.15 dan hantaran RM20,000.

Sementara itu, Mon Ryanti berkata, sebagai isteri dia tahu batasan apabila berlakon dengan lelaki lain dan menjaga maruah suaminya.




"Sudah tentu ada bezanya bila sudah bergelar isteri orang, saya tahu batasannya bila berlakon dengan lelaki lain dan utamakan maruah suami dan keluarga dahulu.

"Tapi kebiasaanya apa yang dilakonkan di drama adalah teknik kemera bukan berlakon betul-betul," katanya.

Tambahnya, dia bersyukur suaminya sangat memahami dan tidak pernah menghalang minatnya untuk terus berlakon.

Dalam perkembangan lain, Mon Ryanti baharu sahaja keluar dengan filem terbaharu berjudul Jin bersama pelakon Zul Ariffin di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Ogos lalu.

View the original article here

Syarif (Sleeq) Elak Jumpa Tunang 2 Minggu Sebelum Kahwin



Syarif (Sleeq) berkahwin pada 22 November depan.

Penyanyi Syarif (Sleeq) mengelak untuk berjumpa tunangannya iaitu Malaque Mahdaly, 25, selama dua minggu daripada berjumpa dengan sebelum mereka diijab kabul pada 22 November depan.






Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, berkata, ia adalah bagi menguatkan lagi rasa cinta dan rindu apabila bertemu pada hari pernikahan itu nanti.

"Saya ingin 'berpantang' selama dua minggu daripada berjumpa dengan tunang saya sebelum kami diijab kabul nanti. Saya mahu hari pernikahan kami nanti jadi lebih bermakna apabila ada rasa rindu dan dapat merasai rasa cinta lebih kuat.

"Tapi sebelum itu terpaksalah selesaikan semua persiapan majlis terlebih dahulu, Insya-Allah sekarang sudah 80 peratus hampir selesai semuanya," ujarnya kepada mStar Online.

Syarif dan Malaque yang juga bekas peserta Singapore Idol musim ketiga itu mengikat pertunangan pada awal tahun 2012.



Syarif bersama tunangnya Malaque.

Sementara itu, Syarif berkata, sebagai seorang penyanyi yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pada awalnya agak sukar untuknya meyakinkan keluarga pihak perempuan.

Bagaimanapun, dia bersyukur usaha meneruskan perjuangannya bersama seorang lagi anggota Sleeq iaitu Alyph dalam meletakkan kumpulan mereka pada tahap yang selesa di industri muzik Malaysia secara tidak langsung memberi keyakinan pada keluarga tunangannya itu.


Syarif janji tidak akan abaikan Sleeq selepas aktif berlakon.

"Saya tahu sebagai artis tiada pendapatan tetap dan ia menjadi kerisauan pihak keluarga perempuan, itu adalah perkara paling susah saya nak jelaskan pada keluarganya.

"Alhamdulillah mereka akhirnya faham dan melihat kerjaya saya sekarang dan yakin mampu menjalankan tanggunjawab sebagai seorang suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Syarif berkata majlis pernikahan dan resepi akan diadakan di sebuah dewan di Singapura.

“Majlis akan berlangsung satu hari sahaja pada Sabtu majlis akad nikah, kemudian diikuti majlis bersanding pada tengahari dan makan malam bersama rakan-rakan artis dan media," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Syarif berkata, biarpun dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, namun masih memberi keutamaan terhadap kerjaya nyanyiannya.

Katanya, dia sentiasa memastikan jadual lakonan yang diterima tidak bertindan dengan jadual promosi atau aktiviti nyanyian bersama Sleeq.




"Setiap tawaran lakonan yang saya terima, saya akan berbincang dulu dengan Alyph supaya tidak timbul masalah atau jadual bertindan dengan aktiviti Sleeq.

"Setakat ini semuanya masih lagi boleh dikawal dan Alyph pun sibuk dengan aktiviti produksi dan bisnesnya di Singapura," katanya.

Syarif bakal muncul dalam drama Hanya Satu terbitan Tonton Music bermula 15 September pada jam 12 tengahari.

Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music iaitu www.tontonmusic.com.my.

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Akhirnya pasangan hangat Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie kahwin



PASANGAN pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, 50 dan Angelina Jolie, 39, dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.

Mereka mula menjalinkan hubungan sejak 2005 yang kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 2012 lalu.






Pasangan ini memiliki enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.

Sebuah akhbar melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya.



View the original article here

Bengang Cerita Kahwin Diperbesar, Ramli M.S Maki Pengikut Facebook!



Sekitar minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita 'perkahwinan sorok' pengarah muzik terkenal Ramli M.S dan penyanyi Alyah.

Berita tersebut telah menjadi viral dan perbualan semua pihak termasuk di media-media sosial.

Astro Gempak pada Jumaat lepas telah menerima e-mel daripada seorang pembaca yang memberitahu tentang pengarah muzik tersebut yang telah memaki pengikut di laman sosial Facebook.






Menurut pengirim e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai ‘L’, Ramli telah menggunakan perkataan ‘P***M*K’ terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinannya dengan Alyah.

Kata ‘L’ lagi, seorang temannya telah memuatnaik status di laman Facebook berserta keratan berita bertajuk “Macamlah Saya Jual Dadah,” terbitan mStar Online pada Jumaat lepas.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada teman-teman Facebook yang kemudiannya bertindak memberi pandangan masing-masing.




Status teman ‘L’ itu juga telah menarik perhatian Ramli yang bertindak memaki pemberi komen: “Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”

Selepas itu Ramli meninggalkan satu lagi komen : “Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!”



Sebelum mengakhiri tulisannya, ‘L’ berkata, dia tidak menyalahkan Ramli menegur pemberi-pemberi komen tersebut, cuma kurang berkenan apabila perkataan ‘p***m*k’ itu digunakan.

Bagi Astro Gempak pula, mengenali Ramli dan pendiriannya yang tidak suka kisah peribadinya dijaja, sudah tentu komen-komen tersebut menaikkan kemarahannya sehingga menyebabkan dia terlepas kata.

Walau apapun kita doakan Ramli dan Alyah hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu dilaporkan Ramli dan Alyah telah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun yang lalu.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Leez, Kahwin lagi enam bulan


Leez

USAI bergelar tunangan kepada vokalis Drama Band, Aepul pada 11 Disember tahun lalu, selebriti kelahiran program realiti televisyen Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Leez, banyak mendiamkan diri.

Lama menyepi, Leez terbuka hati untuk berkongsi perkhabaran terkini. Berbaki tidak sampai setahun, Leez bakal naik pelamin dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

"Perancangan untuk berkahwin itu sudah ada. Lagipun tidak elok melengahkan majlis perkahwinan kerana itu yang wajib dilakukan.


LEEZ bakal menamatkan zaman solonya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

"Jika tiada aral melintang kami akan menamatkan zaman bujang kira-kira enam bulan dari sekarang. Saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami," ujar Leez ketika ditemui Sensasi Bintang baru-baru ini.

Tentang persiapan hari bersejarahnya, menurut Leez, dia masih sibuk meladeni jadual hariannya sebagai anak seni. Ada ketika, soal persiapan menjadi agenda kedua.






"Kami masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan kerana sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.

"Saya yakin apabila tiba satu saatnya, pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Malah, kami tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Mungkin kami akan bernikah dulu dan mengadakan majlis resepsi kemudian," kata Leez yang popular menerusi drama Astana Idaman 3.

Diajak bercerita tentang kemunculannya membawa karakter Shila menerusi drama Dosa Seorang Suami yang ditayangkan menerusi slot Azalea di TV3, Leez tunduk malu. Dia tidak menyangka watak itu memberi impak sehinggakan mendapat pujian peminat di laman sosial.




"Saya tidak nafikan apabila seseorang pelakon itu membawa watak baik dan terdapat babak air mata pasti karakter itu akan meninggalkan kesan dan menjadi perhatian penonton.

"Bahkan jika karakter yang diberikan itu menguji kemampuan seseorang, tidak mustahil pelakon yang tidak ada nama pun akan kelihatan bagus kerana penangan karakter tersebut," kata Leez lagi.

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Macamlah Saya Jual Dadah Kata Ramli MS Isu Kahwin Alyah



Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.






Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.



Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.




"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi... hahaha."

"Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.

"Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah... haha," ujarnya pula menerusi mesej khdimat pesanan ringkas (SMS).

Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.

Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki.

View the original article here

Monday, 16 June 2014

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin

Nisha Ayub

Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.
Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub, berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.

Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.

Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.

"Mereka tertekan. Ini adalah kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara. Kebanyakan mereka adalah mak andam dan mereka bimbang ini akan menjejaskan reputasi dan pendapatan mereka," katanya kepada The Star Online.

Pada malam Ahad, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menahan 17 orang mak nyah pada majlis perkahwinan di Bahau, Negeri Sembilan.

Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan kerana masih di bawah umur.

Mahkamah Syariah pada Selasa telah menjatuhkan hukuman terhadap 16 daripada mereka dengan denda RM950 setiap seorang dan tujuh hari penjara di bawah Seksyen 16 Enakmen Syariah Enakmen Jenayah 1992.mstar.com.

View the original article here

Selamat Bertunang, Amir (Raja Lawak) Kahwin Tahun Depan

  Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.

Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak. 


Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.

Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.

"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.mstar.com.


View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

Saya Restu & Izinkan Bade Kahwin – Erma Fatima




Alhamdulillah. Seronok Abang Nara membaca pengakuan dan penjelasan daripada Erma Fatima mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Bade. Berkata kepada Pancaindera, Erma memaklumkan yang dia memberi restu dan mengizinkan perkahwinan tersebut. Menurut Erma, Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Terharu Abang Nara membaca kata-kata Erma.
bade kahwin lagi
Ditanya sama ada mengetahui mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Erma berkata:-
Ohhh.. Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.
Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.
Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.
isteri kedua bade
Untuk makluman, Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran. Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor. Apa pun, tahniah buat Bade dan isteri barunya. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
sumber

View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Senarai Lengkap Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri Di Malaysia 2014!!


Musim cuti sekolah sememangnya menjadi musim untuk bakal pengantin mengadakan majlis perkahwinan. Kami di sini mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan yang berkahwin pada musim cuti sekolah ini. Di sini kami ingin kongsikan senarai mas kahwin mengikut negeri di malaysia.
mas kahwin



Bagi yang masih ragu anatar mas kahwin dan hantar, sila muat turun PDF ini untuk lebih maklumat.

sumber

View the original article here