Showing posts with label Keempat. Show all posts
Showing posts with label Keempat. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Muna, Mangsa Penyingkiran Konsert Keempat #AF2014



Walaupun telah memberikan persembahan terbaik pada konsert keempat #AF2014, namun nasib tidak menyebelahi Muna apabila namanya telah diumumkan sebagai pelajar ketiga tersingkir malam tadi.

Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi terpaksa akur dengan keputusan yang diberi dengan peratusan undian terendah iaitu sebanyak 5%.

Dengan tema ‘Tribute Komposer’, pelajar berusia 20 tahun itu telah menyampaikan lagu berjudul ‘Kekal’ ciptaan composer terkenal Saari Amri dan nyanyian asal oleh Ziana Zain.






Selain Muna, pelajar yang turut mendapat undian terendah ialah Ziha dengan peratusan undian sebanyak 7% dan diikuti dengan Nina iaitu 5%. Manakala pelajar yang mencatatkan undian tertinggi adalah Azwan, 21%, Firman, 17%, Adel, 10% dan Ewal, 9%.

Dalam pada itu, konsert keempat #AF2014 juga dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Bunkface dan juga penyanyi terkenal negara iaitu Ziana Zain.

Para pelajar #AF2014 juga turut memberikan persembahan tribute istimewa komposer terkenal Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau nama penanya JS Kevin dengan menyanyikan beberapa karya popular ciptaan beliau seperti 'Misteri Mimpi Syakila', 'Air Mata Jernih', dan ‘Semangat Yang Hilang’.

Kejutan buat Nuha apabila di pertengahan persembahannya penyanyi asal lagu berjudul ‘Sebelah Jiwaku’ Jacklyn Victor turut sama menyanyikan lagu tersebut.




Begitu juga dengan Ewal yang tidak menyangka bahawa bapanya hadir untuk memberikan sokongan serta berpeluang berduet bersama bapanya dengan lagu ‘Lena Diulit Intan’.

Selain itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen terhadap para pelajar pada minggu keempat ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala diva tersohor Ziana Zain selaku juri jemputan.

Penyingkiran Muna diumumkan oleh hos #AF2014, Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Konsert keempat #AF2014 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dengan penyingkiran pelajar Muna itu, kini tinggal sembilan orang bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.

Facebook Akademi Fantasia: https://www.facebook.com/akademifantasiamy

View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Konsert Keempat #AF2014 Bertemakan Tribute Komposer



Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum konsert keempat #AF2014 bermula dan para pelajar kini sedang sibuk berlatih bagi memastikan persembahan mereka sempurna.

Secara jujurnya, jika dilihat tugasan lagu yang diberikan oleh pengetua dan tenaga pengajar semakin lama semakin sukar.

Minggu ini bertemakan Tribute Komposer, pelajar-pelajar akan membuat persembahan dengan menyanyikan kembali lagi-lagu yang pernah dihasilakn oleh empat komposer terkenal tanah air iaitu Saari Amri, Pak Ngah, Ajai dan juga Edry Abdul Halim.






Menerusi Diari AF, dapat dilihat ada diantara pelajar berpuas hati da nada juga diantara mereka yang tidak yakin untuk membawakan lagu yang telah diberikan.

Dalam pada itu, Ewal nampaknya begitu gembira kerana diberi peluang untuk mmbawakan lagu dari kumpulan Wings di mana bapanya merupakan bekas anggota kumpulan tersebut.

Bagaimanapun sudah pasti akan ada kelainan dan juga keunikan pada pelajar dalam menyampai lagu-lagu yang ditugaskan kepada mereka.




Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh pelajar-pelajar #AF2014:

1. Firman - Samrah Mentari (Jamal Abdillah, Komposer Pak Ngah)

2. Azwan - Aduh (Ajai, Komposer Ajai)

3. Zarif - Gerimis Mengundang (Slam, Komposer Saari Amri)

4. Aman - Tidak Pernah Berjumpa (Forteen, Komposer Edry Abd Halim)

5. Ewal - Lena Diulit Intan (Wings, Komposer Saari Amri)

6. Muna - Kekal (Ziana Zain, Komposer Saari Amri)

7. Nina - Dongdang Dengdang (Noraniza Idris, Komposer Pak Ngah)

8. Ziha - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah, Komposer Ajai)

9. Adel - Kesetiaan (Siti Sarah, Komposer Ajai)

10. Nuha - Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor, Komposer Edry Abd Halim)

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

View the original article here