Showing posts with label Penyingkiran. Show all posts
Showing posts with label Penyingkiran. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Muna, Mangsa Penyingkiran Konsert Keempat #AF2014



Walaupun telah memberikan persembahan terbaik pada konsert keempat #AF2014, namun nasib tidak menyebelahi Muna apabila namanya telah diumumkan sebagai pelajar ketiga tersingkir malam tadi.

Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi terpaksa akur dengan keputusan yang diberi dengan peratusan undian terendah iaitu sebanyak 5%.

Dengan tema ‘Tribute Komposer’, pelajar berusia 20 tahun itu telah menyampaikan lagu berjudul ‘Kekal’ ciptaan composer terkenal Saari Amri dan nyanyian asal oleh Ziana Zain.






Selain Muna, pelajar yang turut mendapat undian terendah ialah Ziha dengan peratusan undian sebanyak 7% dan diikuti dengan Nina iaitu 5%. Manakala pelajar yang mencatatkan undian tertinggi adalah Azwan, 21%, Firman, 17%, Adel, 10% dan Ewal, 9%.

Dalam pada itu, konsert keempat #AF2014 juga dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Bunkface dan juga penyanyi terkenal negara iaitu Ziana Zain.

Para pelajar #AF2014 juga turut memberikan persembahan tribute istimewa komposer terkenal Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau nama penanya JS Kevin dengan menyanyikan beberapa karya popular ciptaan beliau seperti 'Misteri Mimpi Syakila', 'Air Mata Jernih', dan ‘Semangat Yang Hilang’.

Kejutan buat Nuha apabila di pertengahan persembahannya penyanyi asal lagu berjudul ‘Sebelah Jiwaku’ Jacklyn Victor turut sama menyanyikan lagu tersebut.




Begitu juga dengan Ewal yang tidak menyangka bahawa bapanya hadir untuk memberikan sokongan serta berpeluang berduet bersama bapanya dengan lagu ‘Lena Diulit Intan’.

Selain itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen terhadap para pelajar pada minggu keempat ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala diva tersohor Ziana Zain selaku juri jemputan.

Penyingkiran Muna diumumkan oleh hos #AF2014, Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Konsert keempat #AF2014 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dengan penyingkiran pelajar Muna itu, kini tinggal sembilan orang bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.

Facebook Akademi Fantasia: https://www.facebook.com/akademifantasiamy

View the original article here

Tuesday, 9 September 2014

Tiada Penyingkiran Di Konsert Pertama #AF2014



Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi sebentar tadi dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.

Konsert yang bersiaran secara langsung sebentar tadi di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) telah menyaksikan kesemua pelajar #AF2014 terselamat dan tiada penyingkiran.

Untuk minggu pertama ini, pelajar-pelajar telah diberikan kebebasan untuk memilih lagu kegemaran masing-masing.

Lagu-lagu tersebut ialah ‘Ku Ada Kamu’ (Adel), ‘Nirmala’ (Fareez), ‘Hilang’ (Muna), ‘Umpan Jinak DiAir Tenang’ (Azwan), ‘Angan-Angan’ (Ziha), ‘Relaku Pujuk’ (Firman), ‘Tunggu Sekejap’ (Nuha), ‘Andaiku Tahu’ (Aman), ‘Gelora Jiwa’ (Nina), ‘Hanya Aku’ (Zarif), ‘Hujung Dunia’ (Wawa) dan ‘Di Alam Fana Cinta’ (Ewal).

Jarak antara jumlah peratusan undian antara yang tertinggi dengan terendah adalah besar bezanya apabila Azwan mendapat sebanyak 29% manakala Wawa pula sebanyak 2%.






Selain itu, di konsert pertama ini juga nama pengetua #AF2014 telah diumumkan iaitu Dato’ Hattan.

Konsert ini dimeriahkan lagi dengan persembahan Hafiz dan Stacy.

Dalam pada itu, program realiti Akademi Fantasia juga sinonim dengan kejutan dan antara kejutan yang berlaku sebentar tadi apabila gimik penyingkiran Jihan Muse sebagai pengacara konsert AF dengan membawa masuk pengacara yang bakal bergandingan bersama pelawak Zizan Razak sebagai host tetap iaitu Faizal Ismail (FBI).

Tiga orang juri juga telah diperkenalkan iaitu Dato Ramli MS dan Tam Spider sebagai juri jemputan manakala Raja Azura selaku juri tetap.

Sedikit kelaianan untuk #AF2014 kali ini apabila Hafiz dan Stacy diumumkan sebagai juri juara di mana pada setiap minggu mereka akan memberi komen persembahan 12 pelajar tersebut yang akan dinilai secara virtual melalui aplikasi #AF2014 yang boleh dimuat turun di ‘APP Store’ dan ‘Google Play Store’.




Jadi,jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 7 September ini.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

View the original article here