Showing posts with label Khabar. Show all posts
Showing posts with label Khabar. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Khabar Nik Aziz








comments
Khabar angin Nik Aziz meninggal dunia adalah tidak benar
Berita yang tersebar luas di laman sosial itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman facebook rasmi Nik Aziz malam tadi.
KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung adalah tidak benar.

Berita yang tersebar luas di laman sosial itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Nik Aziz malam tadi.

Kenyataan itu juga mengatakan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Julai lalu, khabar angin yang sama turut kecoh di laman sosial dan telah menyebabkan anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat.

Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Selepas tidak lagi memegang jawatan menteri besar, Nik Abdul Aziz dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan.

View the original article here

Sunday, 14 September 2014

Seni Dari Surat Khabar Lama Ini Memang Sangat Awesome

Reddit user Brittani Austin created this incredible sculpture she calls “Serpent of the Self.” When someone thinks about paper mache they usually don’t picture art like this but what she’s crafted is truly a masterpiece.












View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Pakar Nasihat Jangan Percaya Khabar Biskut Toksik

Pakar Nasihat Jangan Percaya Khabar Biskut Toksik | Pakar kesihatan mengingatkan rakyat negara ini agar tidak cepat percaya kepada sesuatu sumber yang belum ditentukan kesahihan, khususnya apabila melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan pemakanan dan kesihatan umum.

Pakar Nasihat Jangan Percaya Khabar Biskut Toksik

Pelbagai saluran media sosial tempatan baru-baru ini digemparkan dengan sebuah video viral mengenai biskut makanan bayi yang dikatakan mempunyai bahan berunsur plastik.

Video bersama gambar dan penerangan itu menunjukkan demonstrasi pembakaran biskut yang kononnya menjadi bukti mengenai kewujudan bahan toksik atau plastik dalam kandungannya.

Hal tersebut telah menimbulkan keresahan orang ramai lebih-lebih lagi golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Walau bagaimanapun, Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad menjelaskan bahawa bahan makanan seumpama biskut tentu sekali mudah terbakar kerana kandungan lemak dan minyak yang terdapat dalam bahan tersebut.

“Orang ramai perlu memahami bahan makanan seperti biskut diperbuat daripada tepung, marjerin, gula dan sebagainya yang dipenuhi lemak, karbohidrat dan minyak.


“Apabila seseorang cuba membakar bahan makanan seperti biskut secara langsung akan berlaku proses pembakaran lemak dan ia akan membentuk sejenis cecair tidak berwarna iaitu akrolein yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Fatimah berkata, kemungkinan besar bau berkenaan telah menimbulkan persepsi negatif memandangkan ia seakan-akan dengan bau plastik terbakar.

Tambah beliau, adalah jarang mana-mana pengeluar makanan biskut akan menambah bahan plastik dalam pemprosesan makanan seperti biskut hingga mengundang bahaya kepada kesihatan orang ramai.

Fatimah turut meminta orang ramai agar tidak menimbulkan trend berita seumpama itu semata-mata untuk mencari populariti di media sosial.

#Bagaimana pula dengan dakwaan tepung yang mengandungi bahan merbahaya seperti Benzoyl Peroxide yang didakwa oleh Datuk Nadim Johan, Setiausaha Kerja, Persatuan Pengguna Islam Malaysia? Videonya dibawah....






sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm



View the original article here