Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Monday, 1 September 2014

Kisah Si Isteri Mandikan Jenazah Suami

Kisah Si Isteri Mandikan Jenazah Suami | Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suami dia. Bapak mertua dan polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.

Kisah Isteri Mandikan Jenazah Suami

"Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu"

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk tanya apa hal. Kemudian ustaz berkata tak apa kalau isteri nak memandikan jenazah suami.

Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri memandikan jenazah suaminya. Dengan tenang, isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata, "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata "Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah.. menitis airmata baca kisah ini. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/kisah-isteri-mandikan-mayat-suami.html

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

KISAH PARA SYUHADA - KISAH TELADAN

KISAH PARA SYUHADA - KISAH TELADAN

KISAH PARA SYUHADA - KISAH TELADAN


Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu?min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka"

Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih, bangun dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:"Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan surga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan surga."

Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu untuk ke medann perang, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.

Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ." Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.

Dia menjawab: "Tadi sewaktu aku sedang tidur, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . .  . ."

"Assalamu'alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.

Akhirnya aku sampai pada khemah yang dirbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu khemah terdapat seorang bidadari yang  melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."

Ketika aku dipersilakan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku, karena roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".

Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan menyerang mereka. Selesai pertempuran aku mencuba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga rohnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.

"Ya Ayuhallazi na'amanu Wattujahidduna fisabilillah Bi Amwalikum Wa'an fusikum, Dzalikum khoirolakum inkuntum ta'lamunna".

Wahai orang orang yang beriman, membela lah kamu sekalian dijalan Allah dengan harta dan diri kalian, Demikian itu lebih baik bagi kalian jika kalian mengerti.


KISAH PARA SYUHADA - KISAH TELADAN

sumber
Ummar Mukhtar Facebook

View the original article here

Wak Doyok: Saya tak kisah apa orang kata


KEMUNCULAN jejaka ini pernah menjadi perbualan apabila tampil dengan imej berkumis dan jambang yang unik berbeza dengan mana-mana selebriti lelaki di tanah air.

Bahkan fesyen yang dibawanya pernah dianggap pelik dan mengarut oleh segelintir ‘hatters’ di negara ini.

Pernah dicemuh, dihina dan dimaki di awal penglibatannya dalam industri bukan bererti anak kelahiran Klang, Selangor ini patah semangat untuk menggapai impian.

Sebaliknya, apa yang dilalui memberikan seribu satu makna kepada empunya nama Tengku Muhammad Azwan Shah ini.

Bicara anak muda yang lebih dikenali sebagai Wak Doyok ini, kritikan dan kutukan menjadikan dia lebih dikenali.

Mengakui dirinya bukanlah seorang selebriti tetapi lebih kepada populariti, dia berbangga kerana semakin mendapat perhatian di dalam industri seni.






“Suatu ketika, saya mempunyai hanya 10 ribu pengikut di laman sosial Instagram. Waktu itu mereka mempertikaikan kehadiran saya dengan pelbagai cemuhan dan hinaan.

“Biarlah apa orang nak kata, yang penting sekarang saya gembira kerana ramai yang sudah mula menerima,” ujarnya yang mempunyai sisi peribadi kelakar dalam diri.

Dalam pada itu, penampilan istimewa menerusi drama bersiri Jodoh 2 dan program pendidikan Kelas 601 bersama pelakon Elfira Loy sedikit sebanyak membuka mata segelintir peminat seni akan penglibatannya dalam bidang ini.

Meskipun lebih dikenali dalam bidang fesyen, namun pemilik jenama The Garment ini tidak pernah menolak untuk menceburi bidang lakonan.

Baginya, tidak salah mencuba selagi industri memerlukan khidmatnya sebagai anak seni.

“Pada mulanya memang saya tidak mahu berlakon tetapi apabila ada peminat dan pengarah yang memberi keyakinan, saya cuba ketengahkan bakat yang ada.

“Lagipun, saya sekadar suka-suka dan tidak pernah bermimpi untuk menjadi bintang lakonan seperti mana-mana pelakon lelaki lain,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran sitkom S.M.E di GSC Pavillion baru-baru ini.

Hos Bikin Panas ini turut memberitahu dia selesa bekerjasama dengan pengarah sitcom tersebut, Azizi Chunk, yang banyak memberi bimbingan dalam lakonan.

"Dia pengarah yang sangat terbuka. Dia banyak memberi ruang untuk saya mencipta karakter tersendiri.

“Saya lakukan ini untuk berikan kelainan, lebih-lebih lagi sitkom ini banyak menggunakan Bahasan Inggeris, jadi kemunculan saya diharap dapat menarik penonton Melayu,” katanya sitkom itu akan disiarkan bermula September ini di NTV7.

Ikon fesyen terkenal

Menjadi impiannya untuk bergelar ikon fesyen terkenal kepada golongan remaja dan belia.

Kata graduan bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman ini, hidupnya yang banyak dihabiskan untuk fesyen mendorongnya memberi pendedahan kepada remaja di Malaysia untuk berpakaian dengan cara yang betul.

“Saya pernah membuat video 12 episod di laman sosial YouTube mengenai pembawaan fesyen yang betul.

“Tutorial tersebut mendapat tontonan ramai dan ia menaikkan semangat saya untuk lebih berjasa kepada industri fesyen tempatan.

“Pengalaman yang dimiliki di luar negara banyak membantu saya dalam bidang fesyen dan apa salahnya saya kongsi ilmu yang ada,” katanya gemar memberi motivasi mengenai fesyen kepada golongan muda.

Menurut Wak Doyok lagi, dia mahu mengubah persepsi orang ramai mengenai sesetengah fesyen yang dianggap pelik dan merimaskan.




“Tudung misalnya, ada yang kata tak panas ke pakai tudung belit-belit.

“Sama juga dengan sut dan kemeja, perlu ke pakai begini di Malaysia, bagi saya tidak salah selagi ia kemas dan bersesuaian dengan kerja atau apa yang kita lakukan,” katanya pernah muncul dalam program Nona dan Galaksi.

Sedikit mengenai perkembangan terbarunya, Wak Doyok baru sahaja selesai menjalani penggambaran program masakan Bikin Panas yang akan disiarkan di TV9.

Selain itu, dia juga akan terlibat dalam sebuah filem baru di bawah arahan Azizi Chunk.

Wak Doyok juga sedang sibuk menguruskan kafe barunya yang bakal beroperasi September nanti.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Kisah Gadis Terjerumus Dalam Dunia Pelacuran

Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Kisah Gadis Terjerumus Dalam Dunia Pelacuran
Kisah Gadis Terjerumus Dalam Dunia Pelacuran


Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan  kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.
Sumber : Sinar

View the original article here

Saturday, 7 June 2014

Kisah Percintaan Gadis Cantik Dengan Seorang Pengemis Jalanan

Kisah ini pernah menjadi perbualan hangat oleh orang ramai satu ketika dulu dalam forum-forum perbincangan dunia maya di China.Percintaan antara seorang gadis cantik dengan seorang pengemis tua merupakan suatu pelik bagi kita yang hidup dalam zaman yang serba maju.

Namun gambar-gambar ini adalah bukan hoax tetapi merupakan benar-benar terjadi. Perbezaan status dalam masyarakat tidak menghalang keduanya untuk menjalin cinta.

Cinta sejati itu benar-benar ada. Dan cinta sejati selalu diperuntukkan bagi mereka yang tak pernah berhenti berharap dengan kegigihan.




View the original article here

Thursday, 29 May 2014

KISAH SAYU.... KASIHNYA IBU PADA ANAKNYA...

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya.

Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv.

Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan Facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.

Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.

Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.

Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.

Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.

 Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".

Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.

Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu.

Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?SUMBER

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Kisah Bilal bin Rabah selepas Rasulullah SAW wafat

 


Selepas Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah Bilal Ibnu Rabbah r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam . Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu ketika, waktu Saidina Umar menjadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihiasi suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

Dalam satu riwayat menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seakan-akan hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut ???? ???? ???? ???? , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut ???? ???? ???? ???? , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut ???? ?? ?? ? ?? ??? ???? , dan bila Bilal sebut ???? ?? ????? ???? ???? , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut ???? ?? ????? ???? ???? aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasaan rindu yg teramat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut..





View the original article here

Kisah Sex Malam Pertama (18x)


Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon, "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."



"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat, "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap, "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"


View the original article here

Kisah Wanita Yang Amat Bencikan Rasulullah s.a.w




 "Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", mengeluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu.

Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana-mana orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut.

Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut "wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itupun berkata "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar namasi Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ".

"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.

Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dancercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dari Muhammad (s.a.w)".

"Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.

"Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkanterima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalah kan dirinya. "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"

"MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)" jawab pemuda itu dengan lembut.

Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamu Muhammad ?, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimana orang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benar kamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah." Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allah dan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..

"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"

"siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu.

* orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).

Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)


View the original article here