Showing posts with label Doyok. Show all posts
Showing posts with label Doyok. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

ARTIS!!! Sebab Musabab Wak Doyok Dihencap Peminat AF2014


Wak Doyok pilih kasih pada Konsert AF 2014 Minggu 8 apabila Firman AF 2014 tak dapat hadiah.

Isu Wak Doyok beri cenderahati kasut dan baju kepada kesemua peserta pelajar lelaki AF 2014 kecuali Firman telah menjadi perbualan hangat dilaman sosial.

Rata-ratanya menyifatkan Wak Doyok bersikap pilih kasih dan hanya memberikan cenderahati kepada pelajar kegemarannya sahaja. Apapun, Wak Doyok seharusnya lebih bersikap adil terhadap pelajar lain agar tiada pihak yang berkecil hati.

Komen Peminat Dilaman Sosial Twitter



Tapi itu cerita malam tadi.. 

Setelah puas kami mencari di sumber carian , ini yg kami dapat..



Tidak Benar Wak Doyok Pilih Kasih & Tidak Adil #AF2014

Assalamualaikum w.b.t.. Semuanya gara-gara gimik yg dilakukan oleh produksi AF2014 malam ni di Konsert AF 2104 Minggu Ke 8 berkaitan dengan Wak Doyok.

Semasa tiga jejaka AF 2014 membuat persembahan Trio, iaitu Azwan, Ewal dan Zarif, pihak Astro telah siarkan video tentang lawatan Wak Doyok ke bilik pelajar lelaki AF 2014. Dan hasilnya seperti yg ditunjukkan dalam video berkenaan la.

Selepas itu, Wak Doyok telah naik ke pentas AF dengan membawa 4 bag yg berisi sesuatu untuk diberikan kepada pelajar lelaki AF 2014. Tiga yg baru membuat persembahan memang sah-sah dapat tapi lagi satu yg extra adalah untuk Aman. Nampak tak yg Firman tidak dapat apa-apa..

Ini yang buat ramai peminat Firman dan orang luar mungkin yg tidak puas hati dan menyatakan bahawa Wak Doyok ni pilih kasih, Wak Doyok ni tidak adil, Anak tirikan Firman la.. Kaitkan negeri Sabah la.. Macam-macam la keluar..

Kalau tak percaya, boleh tengok twitter.. Eh eh eh.. Tak pasal-pasal Wak Doyok kena lepas lakukan gimik tu..

Sebenarnya itu hanyalah gimik dihasilkan oleh AF 2014 untuk program berkenaan. Ada la sebabnya tu.. Yang pasti, Astro menekankan yg Wak Doyok akan datang lagi next week.. Ada kejutan la kot untuk Firman..

Jangan orang di luar sana, janganlah kita terus memberikan kata-kata yg tidak enak kalau tidak tahu puncanya.. Kesian la pada orang yg tidak bersalah.. Betul tak?? Wassalam.

 


View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Wak Doyok: Saya tak kisah apa orang kata


KEMUNCULAN jejaka ini pernah menjadi perbualan apabila tampil dengan imej berkumis dan jambang yang unik berbeza dengan mana-mana selebriti lelaki di tanah air.

Bahkan fesyen yang dibawanya pernah dianggap pelik dan mengarut oleh segelintir ‘hatters’ di negara ini.

Pernah dicemuh, dihina dan dimaki di awal penglibatannya dalam industri bukan bererti anak kelahiran Klang, Selangor ini patah semangat untuk menggapai impian.

Sebaliknya, apa yang dilalui memberikan seribu satu makna kepada empunya nama Tengku Muhammad Azwan Shah ini.

Bicara anak muda yang lebih dikenali sebagai Wak Doyok ini, kritikan dan kutukan menjadikan dia lebih dikenali.

Mengakui dirinya bukanlah seorang selebriti tetapi lebih kepada populariti, dia berbangga kerana semakin mendapat perhatian di dalam industri seni.






“Suatu ketika, saya mempunyai hanya 10 ribu pengikut di laman sosial Instagram. Waktu itu mereka mempertikaikan kehadiran saya dengan pelbagai cemuhan dan hinaan.

“Biarlah apa orang nak kata, yang penting sekarang saya gembira kerana ramai yang sudah mula menerima,” ujarnya yang mempunyai sisi peribadi kelakar dalam diri.

Dalam pada itu, penampilan istimewa menerusi drama bersiri Jodoh 2 dan program pendidikan Kelas 601 bersama pelakon Elfira Loy sedikit sebanyak membuka mata segelintir peminat seni akan penglibatannya dalam bidang ini.

Meskipun lebih dikenali dalam bidang fesyen, namun pemilik jenama The Garment ini tidak pernah menolak untuk menceburi bidang lakonan.

Baginya, tidak salah mencuba selagi industri memerlukan khidmatnya sebagai anak seni.

“Pada mulanya memang saya tidak mahu berlakon tetapi apabila ada peminat dan pengarah yang memberi keyakinan, saya cuba ketengahkan bakat yang ada.

“Lagipun, saya sekadar suka-suka dan tidak pernah bermimpi untuk menjadi bintang lakonan seperti mana-mana pelakon lelaki lain,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran sitkom S.M.E di GSC Pavillion baru-baru ini.

Hos Bikin Panas ini turut memberitahu dia selesa bekerjasama dengan pengarah sitcom tersebut, Azizi Chunk, yang banyak memberi bimbingan dalam lakonan.

"Dia pengarah yang sangat terbuka. Dia banyak memberi ruang untuk saya mencipta karakter tersendiri.

“Saya lakukan ini untuk berikan kelainan, lebih-lebih lagi sitkom ini banyak menggunakan Bahasan Inggeris, jadi kemunculan saya diharap dapat menarik penonton Melayu,” katanya sitkom itu akan disiarkan bermula September ini di NTV7.

Ikon fesyen terkenal

Menjadi impiannya untuk bergelar ikon fesyen terkenal kepada golongan remaja dan belia.

Kata graduan bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman ini, hidupnya yang banyak dihabiskan untuk fesyen mendorongnya memberi pendedahan kepada remaja di Malaysia untuk berpakaian dengan cara yang betul.

“Saya pernah membuat video 12 episod di laman sosial YouTube mengenai pembawaan fesyen yang betul.

“Tutorial tersebut mendapat tontonan ramai dan ia menaikkan semangat saya untuk lebih berjasa kepada industri fesyen tempatan.

“Pengalaman yang dimiliki di luar negara banyak membantu saya dalam bidang fesyen dan apa salahnya saya kongsi ilmu yang ada,” katanya gemar memberi motivasi mengenai fesyen kepada golongan muda.

Menurut Wak Doyok lagi, dia mahu mengubah persepsi orang ramai mengenai sesetengah fesyen yang dianggap pelik dan merimaskan.




“Tudung misalnya, ada yang kata tak panas ke pakai tudung belit-belit.

“Sama juga dengan sut dan kemeja, perlu ke pakai begini di Malaysia, bagi saya tidak salah selagi ia kemas dan bersesuaian dengan kerja atau apa yang kita lakukan,” katanya pernah muncul dalam program Nona dan Galaksi.

Sedikit mengenai perkembangan terbarunya, Wak Doyok baru sahaja selesai menjalani penggambaran program masakan Bikin Panas yang akan disiarkan di TV9.

Selain itu, dia juga akan terlibat dalam sebuah filem baru di bawah arahan Azizi Chunk.

Wak Doyok juga sedang sibuk menguruskan kafe barunya yang bakal beroperasi September nanti.

View the original article here