Showing posts with label Mabuk. Show all posts
Showing posts with label Mabuk. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

GILA HEBAT!!! Akibat Mabuk Wanita Ini Telah "Berenang" Sejauh 75 Kilometer..




Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di China akibat pengambilan minuman tersebut.



Shen Ailan yg berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.



Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.



Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.



Ajaibnya, selepas 10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.






Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central,”Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap.”



Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun menghidapi kejutan hipotermia akibat berada di dalam air yg sejuk.



Paramedik juga berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah mengekalkan posisi kepalanya di atas permukaan air kerana arus membawanya ke hilir sungai.



Dia juga bernasib baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti di sepanjang laluan sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun dia tidak mengalami sebarang luka teruk.



Ketika sedar, tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di Ruichang. Chunfu terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar.



“Saya menghidu bau alkohol yg kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu. 





View the original article here

Friday, 13 June 2014

Video Lelaki Mabuk Bergayut Di Talian Elektrik Bervoltan Tinggi

Seorang lelaki dari China amat bernasib baik kerana terselamat daripada maut setelah memanjat dan bergayut di talian kebal bervoltan tinggi.

Orang ramai berkumpul di jalan di Linfen, utara China, melihat seorang lelaki yang  memanjat puncak tiang sebelum bergayut di antara talian kabel elektrik.

Pada masa yang sama beliau benasib baik kerana pegawai-pegawai telah berjaya mematikan kuasa elektrik bagi mengelakkan lelaki berkenaan dari terkena renjatan berkuasa tinggi.

Selepas berpaut pada untuk kira-kira 15 minit lelaki itu akhirnya mula jatuh pada ketinggian kira-kira 30 kaki ke tanah tetapi telah diselamatkan oleh alat keselamatan yang telah dipasang di atas tanah.

Beliau kemudian memberitahu wartawan bahawa dia terlalu mabuk dan keadaan dalam mood yang tidak baik.


View the original article here