Showing posts with label Telah. Show all posts
Showing posts with label Telah. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

PERLU TAHU!!!Petunjuk Bahawa Rumahtangga Telah Terkena Sihir


Sihir adalah perbuatan yg berkaitan dengan jin yg menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yg mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yg dihajatkan.

ANTARA tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:



  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

  3. Isteri (atau ada juga suami) yg berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

  6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

  7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

  8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah. 

  9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yg tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

ANTARA ikhtiar yg boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:



  1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yg dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yg dipamer merupakan tarikan yg kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

  2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

  3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

  4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yg tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

  5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yg mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yg lain-lain mendengarnya. 

  6. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yg berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yg tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis. Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. “Mood’ untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahualam.

  7. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.

  8. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.

  9. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

DOA MENGELAK TERKENA SIHIR
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1. Al-Fatihah.
2.Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :


??? ?? ???? ???? ??? ???? ???? ???? : ????? ?? ?? ???? ??? , ?????????? , ??? ???? ? ??? ???? , ???? ???? ????? ?? ?? ??? ( ???? ??? ???? ???????? )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3. Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :


?? ??? ??? ?????? ??? ?? ???? ?? ????? ?? ???? ????? ??? ?? ???? ( ???? ??????? )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4. Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-


??? ???? ???? ??? ???? ???? ???? : (( ?? ?? ??? ???? ?? ???? ?? ??? ????? ?? ???? : " ??? ???? ???? ?? ???? ?? ???? ??? ?? ????? ??? ?? ?????? , ??? ?????? ?????? ",  ???? ???? , ??? ?? ???? ??? )) : (???? ??? ???? ???????? )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5. Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam




?? ??? ??????? ?? ??? ???? ?????? ?? ???? ????? (???? ??????? )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6. Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )



??? ???? ???? ??? ???? ???? ???? : ?? ??? : ?? ??? ??? ???? ???? ?? ???? ?? , ?? ????? ??? ????? , ??? ????? ??? ??? ?? ??? ???? ??? ???? ??? ??? ?????? ??? ???? ????? ??????? ?? ??????? ??? ???? , ???? ???? ?? ???????? ?????? , ???? ??? ??? ????? ?????? , ????? ?? ???? ??? ???? ?????? . (??????? )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7. Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"



??? ?? ??? ??? ????? : (( ???? ?????? ???? ??????? ?? ?? ?? ??? )) , ?? ????  (???? ???? ???? ???? )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


 


View the original article here

Thursday, 23 October 2014

GILA HEBAT!!! Akibat Mabuk Wanita Ini Telah "Berenang" Sejauh 75 Kilometer..




Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di China akibat pengambilan minuman tersebut.



Shen Ailan yg berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.



Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.



Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.



Ajaibnya, selepas 10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.






Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central,”Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap.”



Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun menghidapi kejutan hipotermia akibat berada di dalam air yg sejuk.



Paramedik juga berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah mengekalkan posisi kepalanya di atas permukaan air kerana arus membawanya ke hilir sungai.



Dia juga bernasib baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti di sepanjang laluan sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun dia tidak mengalami sebarang luka teruk.



Ketika sedar, tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di Ruichang. Chunfu terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar.



“Saya menghidu bau alkohol yg kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu. 





View the original article here

Saturday, 11 October 2014

BENARKAH Mangsa Tragedi MH17 Telah Dijumpai - Menteri Belanda






Timmermans


Salah seorang dari mangsa nahas tragedi MH17 dijumpai dalam keadaan memakai topeng oksigen, kata seorang Menteri Belanda, Frans Timmermans, dalam satu temu bual, menyebabkan kenyataan pakar bahawa mangsa mati dalam masa beberapa saat dipersoalkan.

Oleh kerana kenyataan yg mengejutkan itu, salah seorang peguam yg mewakili keluarga yg terlibat berkata ia telah menyebabkan kemarahan mereka kerana tidak diberitahu sebelum ini.

"Ramai yang terkejut apabila mendengar tentang perkara ini dan menyebabkan timbul persoalan terdapat informasi lain yg tidak dikongsi", peguam, Veeru Mewa memberitahu stesen TV tempatan Belanda.

Timmermans membuat kenyataan itu dalam rancangan "Pauw" pada hari Rabu dengan berkata "Adakah anda tahu yg seseorang dijumpai dengan topeng oksigen di mulutnya - jadi mereka ada masa nak meletaknya di dalam mulut?". Kenyataan ini telah menimbulkan keraguan mengenai kenyataan pakar yang mangsa nahas MH17 mati dalam sekelip mata kerana ditembak dengan bahan letupan yg mampat.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Selamat Lahirkan Anak Kembar



Lama tidak muncul di kaca televisyen kerana hamil, hari ini adanya berita baik yang disampaikan sendiri oleh pengacara TV3 ini iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi — beliau sudah selamat bersalin.






Nurul Syuhada Nurul Ain melalui panggilan telefon dari studio memaklumkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak kembar semalam. Pengacara sambilan ini dan suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa dikurniakan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Untuk pengetahuan anda semua, proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi dan manakala seorang lagi melalui proses pembedahan.

“Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya,“ begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon, lapor My Artis hari ini. Tahniah!



View the original article here