Showing posts with label Mariah. Show all posts
Showing posts with label Mariah. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

ARTIS!!! 4 Foto Gaun Terbelah Mariah Carey Bikin Panas



SHANGHAI : Pasti sekali sukar untuk melupakan momen anda bersama diva 

tersohor, Mariah Carey apabila setiap satu perkara berkaitan dengan penyanyi 

ini seringkali meninggalkan kenangan manis mahupun pahit kepada anda mahupun

tuan empunya badan sendiri.



Biarpun dilihat mencatatkan memori pahit diawal permulaan siri jelajah The Elusive 

Chanteuse Show di Jepun, Mariah dapat mencari semula momentumnya. Ia jelas 

sekali dapat dilihat menerusi keyakinannya menyarungkan “potongan-potongan” 

kain yg menutup bahagian tertentu tubuhnya."



Pada malam Ahad lalu di Shanghai, Mariah tampil dalam gaun hitam kilat yang

terbelah bukan hanya ke bahagian paha tetapi sampai ke pinggang. Terkenal dengan 

gayanya yg suka menunjukkan asset yg dimilikinya, Mariah selesa  beraksi diatas

pentas dengan sebelah kaki terdedah sepenuhnya begitu juga dibahagian atas.



Boleh dikatakan jika tersilap langkah, The Elusive Chanteuse Show mungkin akan 

melakar sejarah tersendiri dan bakal diingati seperti apa yg terjadi pada Justin 

Timberlake dan Janet Jackson tidak lama dulu.



Selain daripada gaun hitam pendek assymetrikal tersebut, Mariah juga tampil dalam 

beberapa lagi persalinan lain yg digantinya mengikut segmen tetapi dia dikatakan 

mengekalkan solekan dan gaya dandanan rambut.



Selain daripada pakaian, gaya yg cukup menggiurkan Mariah tidak telepas untuk 

menggayakan penemannya sepanjang siri jelajahnya iaitu mikrofon bersalut emas yg

melengkapkan status dan tarafnya sebagai seorang diva.



Penyanyi berusia 44 tahun itu dijadualkan akan meneruskan siri jelajah The Elusive 

Chanteuse Show di Asia dan bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia pada esok,

Rabu 22 Oktober di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

 


View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Mariah Carey sanjung Malaysia



KEMUNCULAN Mariah pada konsert Mariah Carey Live In Malaysia 2014 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini memang dinantikan peminatnya.

PENYANYI terkenal dunia, Mariah Carey yang bakal mengadakan konsertnya, Mariah Carey Live In Malaysia 2014 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini, nyata menyanjungi Malaysia.

Melalui laman Facebook miliknya, pelantun lagu Hero itu menulis Happy Malaysia Day! Stay strong! See you in Kuala Lumpur on 22 October (Selamat Hari Malaysia. Kekal kuat! Jumpa anda semua di Kuala Lumpur pada 22 Oktober).






Hakikatnya, kiriman status tersebut membuatkan peminat-peminat penyanyi tersohor itu teruja.

Tidak hanya ucapan tersebut, penyanyi berusia 45 tahun itu juga melayangkan kerinduannya untuk mengadakan sekali lagi konsert di Malaysia selepas menjayakannya pada tahun 2004.

Mariah juga menyifatkan konsert yang pernah dijayakan pada 2004 itu antara konsert terbaiknya kerana kehangatan yang dirasai daripada peminat-peminat di negara ini.

Dianjurkan oleh IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, konsert Mariah itu nanti bakal terpahat momen indah buat para pencinta penyanyi antarabangsa itu.




15,000 peminat

Menurut Pengurus Besar Major Events, Tony Nagamaiah, pihaknya menganggarkan seramai 15,000 peminat Mariah termasuk 3,000 orang dari luar negara bakal hadir ke konsert itu nanti.

"Konsert Mariah Live In Malaysia 2014 ini adalah antara usaha terbaik yang dapat menyumbang kepada kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Ia sekali gus mampu menampilkan Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian kegemaran di Asia Tenggara. Lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Kami juga menganggarkan konsert Mariah yang bakal diadakan itu mampu meraih pulangan sebanyak RM15 juta," jelasnya.

Menurutnya, pihak Malaysia Major Events bersyukur kerana dapat memberi peluang istimewa kepada peminat-peminat Mariah untuk menyaksikan persembahan idola kesayangan serta mendengar nyanyian lagu-lagu kegemaran mereka.

Harga tiket yang dikenakan untuk konsert Mariah adalah RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor), RM280 (tempat duduk bebas) dan RM120 (tempat duduk bebas).

Orang ramai yang ingin membuat sebarang pembelian tiket konsert tersebut, boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 03 -9222 8811 atau secara dalam talian menerusi ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my.

Peminat juga boleh melayari laman Facebook IME iaitu www.facebook.com/imepmy.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Mariah Carey sedia cerai


HUBUNGAN Mariah Carey (kiri) dan Nick Cannon kini dalam keadaan sukar.

SELEPAS Nick Cannon mendedahkan bahawa dia dan isterinya, Mariah Carey sudah tidak tidur sebilik, kini Mariah pula dikatakan sudah bersedia untuk segera bercerai.

Satu sumber telah memberitahu E! News bahawa penyanyi terkenal itu sudah menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan untuk proses penceraian mereka.






Pada saat Mariah sudah bersedia untuk bercerai, lain pula halnya dengan Nick. Nick dikatakan masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka yang sedang bergolak dengan membawa Mariah bertemu kaunselor sebagai usaha menyelamatkan hubungan mereka.

"Nick menuntut peluang kedua daripada Mariah. Namun, Mariah seperti sudah tekad untuk bercerai," ujar sumber tersebut.

Terdahulu, Nick dalam kenyataannya memberitahu, dia dan Mariah sudah tidak tidur sebilik sejak Mei tahun ini.

Hubungan yang terbina sejak tahun 2008 itu dikatakan hilang harmoni disebabkan aktiviti karier Mariah sebagai penyanyi yang terlalu sibuk.



View the original article here