Showing posts with label sedia. Show all posts
Showing posts with label sedia. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Awie belum sedia cari isteri lain


BAHAGIA. Awie bersama lima anaknya, (dari kiri): Puteri Aleefa Antasha, Puteri Aleeya Antasha, Puteri Qasseh Antasha, Putra Ahmad Rezzki dan Putra Ahmad Merrah.

TERHERET sehingga ke mahkamah, kemelut permasalahan Awie dan isterinya Rozana Misbun telah sampai ke kemuncak apabila vokalis Wings itu berjaya mendapat hak penjagaan kelima-lima orang anak mereka, tiga bersama Rozana dan dua lagi bersama isteri terdahulu, Arni Nazira.

Parah terduduk dek bermacam-macam tuduhan, Awie membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang tidak gentar berdepan lawan. Dia semakin optimis membina semula kerjaya dan kehidupan peribadinya yang hampir musnah.

Biar harus bermula dari kosong, Awie perlahan-lahan mengukuhkan kewangan demi menyara kehidupan bersama lima orang anaknya.






“Dalam usaha untuk memulakan kembali kehidupan saya daripada kosong, saya terpaksa menolak banyak tawaran.

“Awalnya saya telah menolak tawaran berlakon Supermokh Sebuah Muzikal Restaging tapi Hans Isaac telah memujuk dan memberikan saya semangat untuk berlakon, saya terima watak kerana pujukan Hans.

“Saya juga telah menolak tawaran menjadi pengetua Akademi Fantasia 2014 dengan alasan tidak mahu mengganggu reputasi program itu memandangkan kes mahkamah saya yang sedang berlangsung. Jadi lebih baik saya undur diri.

“Bagi saya, ini perjuangan yang baharu. Saya mahu teruskan walaupun perit dan malu untuk keluar rumah tapi saya perlu lakukan kerana anak-anak saya,” ujarnya yang ditemui pada majlis ramah mesra dan tayangan perdana filem Dollah Superstar di Cineleisure, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Hasil perkahwinan Awie bersama Rozana, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Anak nyawa Awie

Tidak malu mengakui bahawa dia juga banyak belajar daripada kesilapan, namun segala yang yang hitam itu harus dilupakan agar kehidupan dan karier tidak musnah menyembah bumi.

Sesuatu yang tidak dapat dielak, populariti serta pengaruh yang dimiliki menjadikan Awie masih lelaki hebat di mata wanita. Menanyakan soal wanita dalam hidupnya, rockers yang sering diusik dengan cinta lamanya bersama Erra Fazira hanya tersenyum.

Dalam serius Awie menegaskan, dia belum terdesak untuk mencari wanita baharu sebagai individu tempat berkongsi masalah sekali gus menjadi ‘ibu segera’ kepada kelima-lima anaknya.

“Saya bercakap secara jujur, belum masanya untuk saya mencari pengganti. Saya ada lima orang anak dan agaknya perempuan gila mana yang mahukan saya dan mampu memberikan kasih sayang kepada kelima-lima anak saya?

“Secara logiknya, mampukah seseorang wanita itu menjaga anak-anak saya? Keadaan akan menjadi kucar-kacir, jadi saya harus berfikir dengan waras,” jelas Awie yang masih akur, bahawanya hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran seorang wanita.

Tambah Awie: “Sudah tentu saya memerlukan wanita dalam hidup tapi dalam masa sama saya perlu memberikan peluang kepada wanita mengenali dan mencintai saya serta semua anak saya.”

Tidak pernah terfikir untuk melepaskan tanggungjawabnya sebagai bapa menyerahkan anak-anaknya di bawah jagaan isteri dan bekas isterinya, Awie rela berkorban nyawa untuk anak-anak yang sedang membesar itu.

“Mereka (anak-anak) ialah nyawa saya dan saya tidak boleh berpisah dengan mereka. Kalau boleh, saya mahu melihat mereka membesar depan mata sehingga mereka berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.

“Fokus saya sekarang untuk mencari duit untuk anak-anak dan mendapatkan waktu berkualiti bersama mereka. Kalau saya sibuk, mereka akan saya bawa ke lokasi penggambaran. Kalau ada peluang bercuti, saya akan bawa mereka berjalan-jalan.

“Kalau boleh saya mahu menebus semula masa yang pernah saya sia-siakan suatu ketika dahulu. Bukan mahu tunjuk baik tapi mereka perlukan kasih sayang seorang bapa,” tambah Awie.




Dollah Superstar

Berkongsi perkembangan terbarunya, bintang utama filem komedi aksi Dollah Superstar berkata, filem itu pertama kali menampilkan karakternya sebagai gengster di layar perak.

“Ini cerita komedi dan saya bukan seorang pelawak, tetapi berlakon bawah arahan Kabir Bhatia membuatkan saya terfikir bahawa filem ini bakal menjadi sebutan.

“Selepas berlakon dengan Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan sekarang Kabir Bhatia, ketiga-tiga mereka mempunyai cara pengarahan tersendiri dan karakter Dollah yang saya pegang itu berbeza berbanding watak gengster yang pernah dilihat.

“Saya tidak membawa watak komedi tapi karakter itu sendiri yang kelakar,” ujarnya.

Selain Awie, filem Dollah Superstar turut menampilkan karisma lakonan Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Neelofa, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet. Filem itu bakal ditayangkan bermula 2 Oktober nanti.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Hafiz Hamidun, Saya sedia berjihad



PERJUANGAN di Timur Tengah seperti di Syria bukanlah perkara baharu malah, sebelum ini ramai umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pergi berjuang dan terkorban di sana.

Terbaharu, rakyat Malaysia, Mohd Lotfi Ariffin, turut melalui insiden yang sama apabila terkorban di bumi Syria.

Pun begitu, bukan sahaja rakyat biasa, malah golongan selebriti juga turut terlibat dalam perjuangan ini apabila bekas pemuzik kumpulan terkenal di era 90-an, Akel Zainal, turut berada di sana.

Melihat isu ini dari sudut positif, penyanyi terkenal, Hafiz Hamidun, lebih selesa menyifatkan ia sebagai hak kepada individu dalam membuat pilihan.






Menurut Hafiz, walaupun pelbagai reaksi masyarakat mengenai perkara ini, ia bergantung kepada individu itu sendiri dalam menilai erti perjuangan mereka.

"Dalam Islam, mati syahid ertinya Muslim yang meninggal dunia ketika berperang atau berjuang di jalan ALLAH SWT dalam membela kebenaran atau mempertahankan hak untuk menegakkan agama.

"Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam dan menjanjikan ganjaran syurga bersama para syuhada. Walaupun ada yang menganggap ianya terlalu ekstrem namun ianya terserah kepada individu itu sendiri.

"Namun, harus diingatkan, mati syahid ini bukan hanya diperoleh menerusi perang semata-mata. Sekiranya kita terkorban dalam menuntut ilmu atau mempertahankan agama, Insya-ALLAH, akan mendapat ganjaran yang sama. Sesungguhnya, syahid itu pelbagai cara," katanya.

Tambah pemuzik dan komposer ini, perjuangan di negara Islam ini ada baik buruknya dan bergantung kepada situasi.

"Relevan atau tidak, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Namun, sekiranya masih ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan tidak kira dalam keluarga, kewangan mahupun hal-hal lain, dahulukan apa yang lebih penting.

"Cabaran syahid juga bukan mudah kerana pasti ada yang akan mempersoalkan perkara itu. Namun, syahid atau tidak seseorang itu, bukan kita yang tentukan.

"Kita tidak mampu menghalang siapa sahaja yang mahu ke sana. Malah, sekiranya satu hari nanti, kesemua tanggungjawab saya sudah selesai, saya juga sanggup ke sana untuk berjihad," katanya lagi.




Kongsi perkara baik

Sebagai selebriti yang mempunyai ramai kelompok peminat, Hafiz menggunakan laman sosial sebaik mungkin sebagai penghubung antara dirinya dan masyarakat.

Malah, jika dilihat menerusi laman Twitter dan Facebook milik penyanyi ini, kebanyakan 'status' yang dimuat naik menerima puluhan ribu 'likes' dan 'share'.

Menurut Hafiz, dia menyedari situasi ini di mana masyarakat kita amat menyukai perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

"Saya tidak meletakkannya sebagai satu cara dakwah kerana ia juga boleh jadi motivasi dan pesanan sesama kita. Saya bersyukur kerana orang menerima perkara itu dan membawa kepada kebaikan.

"Malah, perkara yang baik perlulah dipanjangkan (share), sebagai satu peringatan kepada orang lain. Malah, kebanyakan 'quote' yang saya gunakan ringkas agar ianya lebih mudah untuk difahami.

"Saya berharap agar selain daripada aktiviti seharian saya, peminat juga akan dibekalkan dengan pengisian yang berguna," katanya.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Mariah Carey sedia cerai


HUBUNGAN Mariah Carey (kiri) dan Nick Cannon kini dalam keadaan sukar.

SELEPAS Nick Cannon mendedahkan bahawa dia dan isterinya, Mariah Carey sudah tidak tidur sebilik, kini Mariah pula dikatakan sudah bersedia untuk segera bercerai.

Satu sumber telah memberitahu E! News bahawa penyanyi terkenal itu sudah menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan untuk proses penceraian mereka.






Pada saat Mariah sudah bersedia untuk bercerai, lain pula halnya dengan Nick. Nick dikatakan masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka yang sedang bergolak dengan membawa Mariah bertemu kaunselor sebagai usaha menyelamatkan hubungan mereka.

"Nick menuntut peluang kedua daripada Mariah. Namun, Mariah seperti sudah tekad untuk bercerai," ujar sumber tersebut.

Terdahulu, Nick dalam kenyataannya memberitahu, dia dan Mariah sudah tidak tidur sebilik sejak Mei tahun ini.

Hubungan yang terbina sejak tahun 2008 itu dikatakan hilang harmoni disebabkan aktiviti karier Mariah sebagai penyanyi yang terlalu sibuk.



View the original article here