Showing posts with label Merah. Show all posts
Showing posts with label Merah. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

SEBENAR YE!!! MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI GURUN, KEDAH



 Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yg berusia dua tahun yg menaiki kereta Proton Wira yg dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yg berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yg dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yg merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yg aneh pun.

Kejadian yg mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yg cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yg mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yg dilihat melintasi lebuh raya itu.
HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT 

5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yg ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil

 tersenyum memandang saya "
PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH
19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yg melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yg pernah ditemuinya di Bagan Ajam.
"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yg dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
p/s: mane orang2 kedah? wujud ke ada cerita wanita berkebaya merah ni?

 


View the original article here

Saturday, 20 September 2014

PANAS! Gambar Karpet Merah Artis Di Filipina Seksi Habis




Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan lantas meraih publisiti daripada orang di luar sana.

Kebiasaannya, dalam mana-mana acara besar yang berlangsung pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun sedangkan ia hanya mendatangkan kesilapan.

Acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk. Ujarnya.









View the original article here

Wednesday, 17 September 2014

PANAS! Gambar Karpet Merah Artis Di Filipina Seksi Habis




Sebuah majlis gilang gemilang untuk penggiat seni telah berlangsung di Filipina pada Sabtu lepas dan ia sememangnya menjadi medan para artis untuk tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan lantas meraih publisiti daripada orang di luar sana.

Kebiasaannya, dalam mana-mana acara besar yang berlangsung pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun sedangkan ia hanya mendatangkan kesilapan.

Acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk. Ujarnya.









View the original article here

Monday, 1 September 2014

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah | Siapa yang mampu bertahan bila termakan sesuatu yang bercampur dengan haiwan seperti cicak. Sebelum ini heboh kisah botol kicap dan cili yang tercemar dengan bangkai cicak, kali ini lain pula ceritanya.

Terkini seorang pesara sebuah syarikat pengangkutan terpaksa menerima rawatan di hospital akibat mengalami muntah dan cirit-birit selepas memakan roti bersama gula merah yang dipercayai tercemar dan mengandungi bangkai seekor cicak.

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah

Mangsa, Balakrishnan Apu, 60, berkata, dia membeli gula merah itu di sebuah kedai di Jalan Pasar, di sini kelmarin untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.

Menurutnya, selepas membuka bungkusan dan menyapu gula ke atas roti, dia terus memakan roti itu.


“Lepas makan sekeping roti, saya ambil sekeping lagi untuk dimakan dan ketika itu baru saya perasan ada bangkai seekor cicak di dalam bungkusan gula berkenaan,” katanya.

Balakrishnan berkata, terkejut dengan penemuan itu, dia segera memuntahkan roti yang dimakannya.

Bangkai Cicak Dalam Gula Merah

Katanya, kira-kira satu jam kemudian, dia mengalami sakit perut dan terpaksa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

"Walaupun perkara itu memudaratkan kesihatan saya, namun saya tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan undang-undang.


“Apa yang saya mahu, syarikat pengeluar gula yang beroperasi di Perak itu dinasihatkan lebih berhati-hati supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.



sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/angkara-bangkai-cicak-dalam-gula-merah-1.312303

View the original article here