Showing posts with label Musnah. Show all posts
Showing posts with label Musnah. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

LAWAK!!! ‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya Kerana Wajah Persis Nenek




Tidak semua beruntung merasai dan menikmati keindahan cinta sejati ala-ala kisah

dongeng Cinderella.



Ini kisah malang seorang wanita yg sedang dalam perancangan untuk berkahwin

dengan cinta hatinya.




Ibarat ‘pelamin anganku musnah’, seorang wanita dari China dimaki dan diherdik

oleh bakal suaminya ketika pengambaran pra-perkahwinan mereka.






Insiden ini berlaku kerana wanita tersebut cuba menguji bakal suaminya dengan

mengenakan solekan persis seorang nenek.



Namun, bakal suaminya yang terperanjat mula memaki tunangnya kerana tidak

suka melihat wajah hodoh yg seperti dimamah usia.



Alahai, kesian pula nasib wanita itu yg pada mulanya ingin melihat reaksi

positif bakal suaminya tapi yg diterima sebaliknya.



Lebih memalukan, bakal suaminya memaki tunangnya di hadapan orang awam

di Dongmen Old Street, Shenzhen hingga menyebabkan wanita itu menangis

teresak-esak .






Orang awam yg menyaksikan pentengkaran tersebut memberitahu insiden itu

sebijik ala-ala aksi pertengkaran dalam filem.



Kejam betul lelaki ini sanggup memalukan tunangnya sebegitu!

Tapi kalau difikirkan semula, apa lak motif perempuan tu nak menghodohkan 

wajah sendiri ketika merakam gambar pra-perkahwinan tanpa berbicang dulu

dengan tunangnya ye.. hmm macam-macam.

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi


PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.



Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai.

"Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.



"Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor.

Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya.

Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.

"Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya.

View the original article here