Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Friday, 31 October 2014

OH FAZURA!!! Punca Tunku Mahkota Johor Tolak Cinta Fazura



Tunku Mahkota Johor pernah digosipkn ada hubungan cinta dengan digosipkn dengan seorang aktres cantik iaitu Fazura tetapi terpaksa berhenti di tengah jalan.

Semuanya kerana keluarga Tunku Mahkota Johor yg tidak menyukai dan menghalang percintaannya dngan selebriti tersebut.

View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

LAGI OSU!!! Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor




Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.



Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yg dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.



"Jangan cuba mencipta budaya yg bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.



"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yg bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.

Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yg kering tanpa darurat.



Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yg jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.



Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yg bercanggah dengan mazhab Shafie.



Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.



"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yg lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yg kini bekerja dengan sebuah NGO.



Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.



"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yg dicipta Allah yg memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yg sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.



"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yg kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.



Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yg hadir pada majlis itu yg dihadiri lebih 1,000 orang.



Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.



"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yg cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

View the original article here

Saturday, 11 October 2014

KURANG AJAR Video : Kejadian Ragut Di Johor Bharu



Johor Bharu - Satu video yg merakamkan kejadian ragut yg berlaku di Taman Molek, Johor Bharu telah menjadi viral baru-baru ini.

Menurut apa yg dirakam didalam rakaman cctv tersebut, seorang wanita sedang menjamu selera di bahagian luar sebuah restoran. Secara tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar menyentak beg tangan yg berada bersama wanita berkenaan.

Orang ramai yg berada berdekatan cuba mengejar peragut berkenaan tapi tidak sempat. Mungkin sudah ada rakan kepada si peragut sudah menunggu dengan motosikal beberapa meter dari tempat kejadian.



Peragut ni kalau nak meragut memang tak mengenal masa orang nak makan ke apa ke. Kepada wanita-wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan makhluk perosak ini. Jelas mereka ni menjadikan wanita sebagai mangsa utama bagi kegiatan keji mereka ini.

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi


PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.



Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai.

"Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.



"Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor.

Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya.

Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.

"Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya.

View the original article here

Thursday, 29 May 2014

Final Piala FA 2013 [Gol Norfarhan] Kelantan vs Johor DT [1-0]





Final Piala FA 2013
Kelantan vs Johor JDT [1-0]
Gol Norfarhan
Kelantan vs Johor Darul Takzim JDT
Akhir Piala FA 2013
Kelantan 1-0 Johor DT





View the original article here