Showing posts with label Nantikan. Show all posts
Showing posts with label Nantikan. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Suki Teruja Nantikan Kelahiran Anak Sulung


Suki bersemangat dalam mempersiapkan diri sebagai bakal ibu tidak kira daripada segi mental dan fizikal.

Penyanyi Suki yang kini sedang hamil enam bulan mengakui cukup teruja menantikan kelahiran anak sulung lelaki yang dijangka akan lahir pada awal Disember depan.

Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 24, berkata, keterujaannya itu membuatkan dia begitu bersemangat dalam mempersiapkan diri sebagai bakal ibu tidak kira daripada segi mental dan fizikal.






"Biasalah, menjadi bakal ibu kepada anak sulung, banyak perkara yang kita perlu belajar dan saya mula serius membaca pelbagai buku mengenai perihal ibu-ibu mengandung.

"Malah, saya turut memuat turun pelbagai aplikasi terutamanya berkaitan cara penjagaan makanan dan kesihatan buat ibu yang hamil di telefon bimbit," katanya kepada mStar Online.



Tambah Suki, dia menjaga kesihatannya dengan makanan sihat selain mengamalkan senaman yoga bagi memudahkan proses kelahiran nanti.

Sementara itu, kata juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, dia turut mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dalam kerjaya seni sepanjang tempoh kehamilannya.




"Saya tidak mahu tertekan dengan pelbagai kesibukan kerja. Tetapi tidaklah saya berehat terus sepanjang sembilan bulan mengandung. Cuma saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif.

"Sekurang-kurangnya saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dalam membuat pelbagai persiapan sebelum anak saya lahir.

"Dan selepas ini, saya mahu lebih fokuskan keluarga berbanding kerjaya," ujarnya.

Suki mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember 2012 di sebuah majlis tertutup di Pulau Punang.

View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Nantikan Kemunculan Hanis Zalikha, Diana Danielle dan Zizan Razak Di MeleTOP Malam Ini!



Tidak terlambat lagi untuk mengucap selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita kekal hidup aman dan damai serta bersatu padu tanpa mengira bangsa atau agama.

Episod 96 program MeleTOP malam ini bakal menyaksikan kemunculan barisan selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi pelbagai perkembangan terbaru mereka menerusi karier lakonan mahupun bidang nyanyian.

Dua jelitawan iaitu Hanis Zalikha dan Diana Danielle serta pelakon kacak Fizo Omar bakal muncul menerusi temubual mereka yang kini dilantik menjadi duta kepada jenama makanan Oat Krunch. Apa yang menarik tentang Oat Krunch yang terbaru?

Selain itu, pelawak dan pengacara terkenal tanah air iaitu Zizan Razak bakal muncul untuk mempromosikan program realiti nyanyi musim terbaru AF 2014 yang akan bermula tidak lama lagi. Apa yang bakal dikongsi Zizan buat penonton mengenai AF musim terbaru kali ini?
Lebih menarik, kehadiran dua penyanyi Black dan RJ yang kini sedang popular menerusi lagu Si Putih Si Merah di corong-corong radio. Mereka bakal melakukan persembahan secara langsung di studio MeleTOP khas buat para penonton!

Pasti anda tidak sabar untuk bersama barisan lima selebriti jemputan MeleTOP malam ini dengan pelbagai kisah menarik dan panas!
Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP episod 96 yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa malam ini bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Layari www.meletop.com.my untuk info trendy terkini seperti Gosip MeleTOP, Carta Filem dan Lagu MeleTOP serta banyak lagi!





View the original article here